Saturday, January 31, 2009

Jangan boikot!!!

Assalamualaikum.. yg ni pun kopi qahwah saadah gak dari ibnu zack.clapclap


Pernah sekali saya terbaca satu tulisan seorang 'ulama' tanah arab (bukan tulisan tapi transkrip kaset).

Katanya, kita boleh membeli barangan Israel selagi mana barangan itu halal. Alasannya,jangan kita haramkan apa yang Allah telah halalkan dan sebaliknya. Hujahnya adalah Nabi saw juga pernah berjual beli dengan Yahudi Madinah.

Saya tak tahulah Bagaimana 'ulama' ini mengaji sirah. Yahudi yang Nabi berjual beli itu adalah Yahudi Madinah yang ada perjanjian sekutu dengan orang Islam. Yahudi ini hidup di Madinah dan berhak kepada perlindungan daripada pemerintahan Islam. Sedangkan Yahudi Zionis yang disebut sebagai 'wajib boikot' ini adalah Yahudi yang menaklukkan tanah-tanah Islam, yang membunuh warga Islam. Dan berdagang dengan mereka hanya akan menguatkan kekuasaan mereka ke atas Baitul Maqdis dan menjerut leher warga Palestin.pika25

Bukankah situasinya terlalu berbeza?

Jikalah dikatakan boikot itu mengharamkan apa yang halal, maka adakah ahlul Madinah sendiri pernah mengharamkan apa yang halal apabila mereka memboikot Telaga Ruumah yang dimiliki Yahudi dan kedai-kedai Yahudi di Pasar Madinah kerana penjual Yahudi menipu dalam jual beli?

Kalaulah memboikot sang penipu dibolehkan, apakah memboikot si pembunuh diharamkan?question

Kita tidak boikot Yahudi kerana agama mereka Yahudi. Kita tidak boikot Zionis kerana nama dia Zionis. Tapi kita boikot dia kerana dia serang dan dera saudara kita.

Begitu juga ada yang cuba merendahkan boikot. Mengatakan bahawa boikot ini tidak ada kesannya. Kalau ada pun sedikit. Lebih kurang begitulah.

Saya rasa cukup ganjil dan aneh. Apakah Allah Taala itu lebih memandang hasil daripada usaha? Jika benar, maka apakah darjat syahid syuhada yang gugur di medan Badar dan Uhud juga berbeza sebab hasil peperangannya (Badar menang dan Uhud kalah) berbeza?

Allah Taala memandang usaha kita. Dipandangnya kesungguhan dan taqwa kita. Soal hasil itu adalah ketentuan Dia. Dia boleh mengekalkan Israel di bumi ini sampai tempoh yang Dia mahu walaupun satu dunia tembak nuklear atas tanah Palestin yang terjajah itu, walaupun satu dunia memboikot dan menghalang perdagangan dengan tanah Palestin yang terjajah itu. Seperti mana dia mengekalkan kerajaan Islam Mameluk Mesir di bawah pimpinan Al Malik Muzaffar Saifuddin Qutuz (Ashairah) walaupun satu dunia (Empayar Monggol dan Kristian) menentang mereka.

Begitu juga Dia boleh menghancurkan Israel itu dengan sekecil-kecil sebab. Walaupun dengan hanya satu dua orang boikot tak makan McD. Sepertimana Dia boleh menghancurkan kerajaan besar Namrud yang dimulai dengan sekecil-kecil sebab; seekor nyamuk memasuki rongga hidung sang raja.

Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairul Makiriin

Sesungguhnya manusia merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang

Had kita untuk membantu Palestin dengan kadar ini ada 5. Doa, boikot, sebaran maklumat, demonstrasi dan derma. Boikot adalah 'serangan' kita kepada Zionis. Derma adalah 'pertahanan' kita kepada rakyat Palestin. Demo sebagai tanda suara kebencian kita untuk didengar. Sebaran maklumat untuk jalinan dakwah itu tidak akan putus.

Ada juga golongan yang menolak demonstrasi. Alasannya tiada dalil hadis dan Al Quran maka ia menjadi haram.

Sebelum jawab saya nak tanya, apa dalil kita jual naskhah Quran? Apa dalil kita jual naskhah sahih hadis? Apa dalil kita jual khat ayat Quran kemudian buat kain gantung dekat Kaabah? Apa dalil kita makan dulu lepas sendawa baru bayar sedangkan kita diajar utk bayar dulu baru pakai barang/makan kita beli? Apa dalil kita bayar zakat fitrah pakai duit (thaman bi al-nuqud al-Mithli) sedangkan jelas disebut segantang makanan ruji bukan duit? Apa dalil kita azan 2 kali sembahyang jumaat sedangkan Nabi buat sekali saja?

Kenapa bila sampai tahap sebegini baru tiba-tiba kita nak cakap, "oh itu sebab masoleh mursalah, sebab uruf, sebab istihsan, sebab istishab, sebab pendapat sahabat, sebab ijtihad etc etc"?

Kenapa? pika16

Kalaulah boikot tak boleh, demonstrasi tak boleh. Apa jalan yang lebih berkesan menentang Zionis dengan tahap kita?

Bila ditanya begini, diam pula. Mengkritik tahu, memberi penyelesaian tidak sama sekali.

Maka benarlah kata bijak pandai:

Setiap pengkritik itu bodoh melainkan dia memberikan penyelesaian atas apa yang dikritiknya..
pika14

2 comments:

::alifdalmim:: said...

waahhh...kupasan yg menarik..Good Job!

Fathoni said...

Assalaamuálaykum,

Emm, saya tengah menunggu jawaban ustad mengenai pendapat saya ini. Dalam kes boikot barangan Yahudi hari ini menurut pandangan saya bukanlah ianya mengenai memberi pengajaran kepada Zionis Yahudi akan tetapi dengan niat menolong saudara Islam kita yang didera dan di bunuh di Palestin. Akan tetapi, ada perkara yang lebih patut dijadikan keutamaan dalam berkempen iaitu berkempen (semua ummat Islam harus terlibat) menyeru dan meninggikan kalimat Allah sehingga iman ummat ISlam kuat dan datang ámalan sholih dalam diri ummat Islam serta ianya akan mendatangkan rahmat dan pertolongan dari ALlah. Siapakah yang dapat menolong ummat Islam apabila Pemberi Pertolongan tidak memberikan pertolongan-Nya? Siapakah yang akan membantu dan memenangkan ummat Islam apabila Pemberi Kemenangan tidak memberikan bantuan dan kemenangan? Untuk itu menurut pendapatdan pandangan saya, kempen boikot baik tapi bukan yang utama yang perlu diberi tumpuan dan perhatian. Wallaahuálam.