Monday, August 3, 2009

imtihan nihaie

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Hari ini saya dapat lagi sebuah cerita yang menarik, mahu dicopy sahaja, tidak sedap pula.. jika dikarang, mengambil masa pula. Tambahan saya baru pos sesuatu yang berkaitan sedikit tentang perkara itu, jadi tidak enak rasanya jika dimusimkan blog saya ini dengan musim pos kawen2.. Jadi2, tenang2 dulu ya!! =P..

Berjalan2 ke blog2 maya ini, di waktu2 di Malaysia sekarang sedang punyai satu isu yang sangat besar, sudah tentu kerjanya asyik bergaduh saja.. Jadi kawan2, ingat ya, kita beri pendapat bukan untuk lawan sapa menang sapa kalah, memberi pendapat itu tiada istilah begitu!! dan raikan lah kesemua pihak. Lawan2 pendapat itu adalah suatu yang positif, kerana itu menujukkan semua mengambil tahu hal itu, tetapi ia juga boleh jadi negatif jika tidak saling menghormati dan menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya..

Geram dan sakit juga membaca, namun itulah rakyat negaraku, Malaysia yang dirindui..

Syarat perlunya dimansuhkan ISA itu kalau tidak mereka sedar, tiada guna juga.. Jadi, cubalah bayangkan jika kamu yang di ISA, tanpa sebab, tanpa bicara, tak pasal2 masuk bilik bawah tanah yang sejuk, baju nipis, bagi makan pun jika bernasib baik.. Bayangkan keluarga kamu di rumah itu bagaimana?? saranya, kesedihan mengenang kamu, dan lain2 itu..

Mereka yang di ISA itu seolah kembali ke zaman RAsulullah, yang diseksa, dihina, dicaci, ditolak dakwahnya..
Jadi orang yang menyeksa itu tidakkah seperti orang yang menentang dakwah Raulullah?!
Dimanakah al-Quran dan as-Sunnah kamu??!!

Dan saya adalah mahasiswi tajaan JAIS, Selangor itu bawah PR. Bermakna saya adalah mnyokong kerajaan, dan bukan menentang kerajaan. (pendapat seorg sahabat) keh3.. pn begitu, sy adalah non-partisan, ceyt!!!

Apapun, tumpu dulu ya imtihan nihaie minggu depan :

Hasub: 9 Ogos 2009
Adab Muqaran :11 Ogos 2009
Syiir hadith 2 : 11 Ogos 2009

Kesedaran mahu exam itu sudah ada, tapi kemahuan membaca buku itu belum wujud.. masih melayan kegilaan lama.. suara alka yagnik dan udit narayan memang masyukkk!! bagaimana ya??dan selepas imtihan nihaie itu saya akan kesunyian..... (bermaksuddd.......??)