Friday, August 28, 2009

Jaulah Mesir (3)

victoire Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualikumwarahmatullah..

Perjalanan pada hari ketiga diteruskan lagi. Hari ke 3 ini, seawal jam 2.30 pagi (janji asal jam 2, seperti biase org itu buat hal,=P), mendaki gunung sinai. Mulanya saya amat takut, dan takut sekali, berjalan dalam gelap gelita hanya berteman torch light. Almaklum saja saya ini penakut orangnya, apabila saya terpandang kiri, terlihat satu benda yang sangat besar, punyai sedikit2 warna putih disitu, jantung saya seolah tak berdegup. Apabila ditanya pada rakan apakah di sebelah kiri itu, baru saya tahu itu adalah batu2 yang membentuk bukit. Mungkin perasaan itu saya sorang saja alami, tapi bayangkan saja seorang penakut yang berjalan di tengah malam dan di sebelahnya ada suatu bukit yang sangat besar, macam2 yang difikirkan, bukan??

GUNUNG SINAI.
Gunung Sinai lebih dikenali dengan Jabal Musa (Bukit nabi Musa). Mengapa dinamakan sebegitu?? Kerana inilah gunung yang didaki nabi Musa untuk bermunajat pada Allah, selama 40 hari 40 malam, dan di puncak gunung ini juga nabi Musa telah bertemu Allah Subhanahu wa Taala dan dikurnia kitab suci taurat padanya yang telah dipesong oleh orang yahudi laknatullah. Selama permunajatan Nabi Allah Musa di atas puncak gunung Sinai sana, Nabi Musa telah mewakilkan nabi Harun untuk mengambil alih tugas menjaga umatnya sepanjang ketiadaannya.

Keistimewaan nabi Harun selain sangat lembut orangnya, ialah baginda lebih petah dalam percakapannya berbanding Nabi Musa.. Dan ketikamana nabi Musa menyendiri di puncak sana untuk bermunajat, seorang yang bernama Samiriy telah menyebar fitnah, mendakwa Nabi Musa telah memungkiri janji sepatut ketiadaannya selama hanya 40 hari 40 malam saja, tetapi nabi Musa memungkiri janji dengan menambah 10 hari lagi. Dan samiriy ini telah mengukir lembu betina atau dikenali sebagai lembu Samiriy sebagai tempat penyembahan mereka. Dan sebaik nabi Musa turun dari gunung Sinai, kebanyakan kaumnya sudah menyembah ukiran patung itu yang terdapat pada bukit di sana. gambar dibawah ini, silalah selidiki, terdapat disitu ukiran patung lembu tersebut.

Yang dibulat merah itulah diaa.. Terima kasih pada yang tolong buatkan, huhu jasamu dikenang!

Gunung Sinai ini punyai 6 checkpoint sebelum mendaki batu2 yang lebih curam menuju masjid di puncak. dan di checkpoint yang ke6 itu kami berehat, solat, dan melihat fajar terbit.

Ini Muhammad namanya. Dialah yang membawa kami menunjuk jalan hingga ke atas. Umurnya baru saja 18 tahun, dan sangat berfasih berbahasa inggeris. Apabila kami bertanya dari mana belajar cakap english sehingga begitu fasih?? katanya "disini"..


Selepas checkpoint yang ke6 itu, akan mendaki batu2 yang punayi lebih 750 anak tangga lagi. Apa yang menyadiskan ialah ianya sangat curam dan ia bukan tangga!! batu2 itu yang terpaksa kami daki, ah!
Ketika naik, jangan sesekali pandang bawah, teruskan saja mendaki hingga keatas, itu saja bekalku dalam keadaan penat yang teramat sangat itu. Mendaki gunung sinai sangat mencabar, terbayang juga bagaimana nabi Allah Musa mendaki ke atas sana, dan bagaimana penerokaan orang2 yang mencari jalan untuk keatas. Berbekalkan "Wahai Musa, aku mahu melihat tempat kau bermunajat kepada Allah yang maha Esa, untukku jadikan ibrah, ibrah dari kisah2 para rasul. untukku, untuk orang2 yang akan kusampaikan pengalaman ini", saya teruskan juga untuk sampai ke atas.. Subahnallah!!


Inilah tempat munajatnya! Kami ambil masa beruzlah disini, ada yg tidur, ada yang membaca quran, layan blues (ish3, tempat best tuu), solat, bergambar, dan sebagainya..

Inilah pandangan Sinai dari atas, seolah tidak sangka saja telah mendakinya, ketika naik, seolah tidak rasa apa. Tapi bile dilihat dari atas, seolah tidak percaya "owh betul ke aku dah naik gunung yang curam ini??"..

Ketika itu, saya sudah berazam, inilah kali pertama dan terakhir saya mendakinya, tidak mahu lagi.. terfikir hatta sudah kawen pun, suami bagi rm10000 ajak naik juga saya tidak mahu. Tetapi, sekarang ini saya rasa nak naik lagi pula..aishh..

*********************************************
DAHAB
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan lagi ke Dahab! Dahab adalah pantai laut merah yang paling cantik. Disini ada kapal selam Britain yang karam. Dan yang paling penting disini juga kami makan cipud(kata manja seafood)

Kami memilih 3 ekor ikan, seekor sotong dan setengah kilo udang. Semasa kami menempah, ustaz yang menjadi musyrif kami telah beri amaran, "ni bukan makan, ni pelahap namanya!! order banyak2 ni, tak habis siap!!", lalu balas saya, "boleh tapau, kn??".. dia angguk..

Bila selesai makan, ustaz itu saya rasa terkejut agaknya makanan itu semua habis dan licin. Bukan kerana lapar, tetapi kerana kami ini sudah lama sangat tidak makan makanan laut. Almaklum saja Jordan ini yang ada hanya laut mati, mahu beli udang atau sotong itu, harus disekat dulu perbelanjaan sebulan kerana harganya yang mahal.. Jadi, apabila diberi peluang begini, memang tidak akan melepaskan peluang.. Jika malu, rugi!!. Jika malu, lapar!!.. mahu yang mana??


3 comments:

sabe said...

hahahaha...xleh blah la yang part makan tu..ust tu pun,xsporting la.bukan xtahu jordan xde laut kecuali laut mati...xpe2ak tetap soskong korang...setuju sgt2...hihihihi

~ZuLhAiRi~ said...

ish3...pelahapnye...ntah bile la harapan nak diet tu jadi kenyataan ye....

cik santun said...

sabe,

eh ustaz tu sporting la.. cuma agaknye die terkejut kot tgk kali pertama akhawat makan sebanyak tu dn habis, haha..tu ahli rumah kite ber3 je yg g, kalau sume 7 org pergi, kne makan 7 ikan bakar agaknya.. hahaha..

ya, tu dia bendahari pun bersetuju.. mengawal duit keluar masuk setiap masa.. ni dia takde, leh la habiskan duit g beli udang ngn sotong kat dhoiah, yahooo!!!


Zul,
haha.. puasa ni kurus la insyaallah, =P..