Saturday, September 12, 2009

Cinta Gorilla 2

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmtullah!!...

Alhamdulillah, masih lagi dapat bernafas pada saat dan ketika ini. Saya tidak tahu semenjak bila saya sudah mula menulis cerita2 berbentuk siri, bermaksud entri yang punyai bahagian 1, bahagian 2, dan seterusnya.. Agak pening dengan diri sendiri semenjak kebelakangan ini.. Jadi bagi meneruskan cerita bersiri, inilah sambungan CINTA GORILLA.. Jika ada yang bertanya apakah cinta gorilla itu, jawab sahaja cinta monyet di alam universiti, =P..

Kad itu lalu kuberikan pada sahabat karib Afiq, Saiful untuk diberikan pada nya. Aku harap Afiq faham keadaan aku, bukan aku menolak cintanya, moga2 Afiq faham aku masih punyai perasaan terhadap dia, dan aku juga tidak sanggup melihat dia menikahi perempuan lain. Tapi aku tak mampu mengatakan perhubungan kami ini benar berada atas landasan yang sepatutnya.

"Ya Allah, bantulah hambamu ini melawan nafsu , aku sedar perhubungan ini hanya melayan nafsu semata, meski aku tidak pernah berzina dengannya, memegang tangan dan dating tidak sekali!! namun mesej2 kami umpama melebihi orang yang sudah bernikah.. Kuatkan kami Ya Allah. TAk mampu aku melawannya tanpa bimbingan dariMu, jangan biar aku sendirian. Ampunkan segala dosa2 kami.. Jika kami telah dijodohkan bersama, maka aku redha.. Jika tidak, juga aku redha. Berilah yang terbaik buat kami!!"

Aku hanya mengharap yang terbaik, malam itu, aku buka handphone, lihat ada 30 missed call dan 10 mesej, aku buka satu persatu, kesemuanya dari Afiq, mahukan penjelasan terhadap apa yang telah aku lakukan. Dia bertanya apakah aku sudah punyai yang lain sepanjang kami tidak berhubung, apakah aku sudah menerima orang lain?? apakah dia tidak layak untukku?? apakah aku sudah terdesak mahu berkahwin tanpa menunggu dia?? apakah dia tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadaku?? dan apakah apakah apakah lagi..

Aku nyahkan mesej2 nya, aku menangis, berdoa mengharap kekuatan.. 'Owh abang Afiq sayaaaang, tolonglah faham'.. Aku baring di katil sambil membuka lagu kasihku abadi di mp3 dan membayang2 saat terindah kami dahulu, sehingga tertidur.. Tertidur dengan takungan air mata..

Aku menghadiri usrah, mendengar ceramah serta talaqqi dengan harapan aku boleh menyibukkan diri dengan amalan2 seperti itu selain mengingati Afiq. Payahnya untuk aku melupakan dia. Petang itu, selepas aku menghadiri kuliah, aku pulang, membuka handphone dan melihat kiriman mesej dari Afiq lagi, mesejnya seolah tiada apa yang berlaku, mesej yang biasa kuterima, "Assalamualaikum bakal isteri abang, sayang kenapa ni?? ceritalah pada abang.. Abang rindu sangat laa.. nak mati sangat ni kalau sayang tak balas mesej, tak dengar suara sayang.. sayang.. balas ya sayang, abang tunggu"..

Ah!! mesej itu buat aku lemah.. aku off handphone, dan buka pula laptop..Lihat offline mesej ym, sama kesemuanya dari Afiq, ah!! aku perlu bermujahadah untuk lawan ini... Tiba2......

Afiq : BUZZ .. Assalamualaikum sayang.. ha baru nampak online, mana sayang abang menyepi ni ha.. abang rindu tau.. sayang nak tau, abang dah belikan cincin untuk sayang tau.. ish, mesti cantik jari sayang abang pakai cincin yang abang belikan ni.

Aku melihat skrin dengan menangis, mengharap kekuatan..

Afiq : Ok la takpe, sayang ambil masa dulu ya!! sayang mesti sibuk nak belajar. Kalau free nanti kita borak ya!! sayang bakal isteri abang.. kiss

Selepas aku nampak Afiq offline, baru aku membalas,

Aku : Abang, sayang takut.. Betul ke apa yang sayang buat ni?? Demi menjaga perhubungan, sayang telah melukakan hati abang. Bukan sayang punyai calon yang lain, tapi sayang harap abang faham, tidak ada perhubungan yang lebih mesra melainkan nikah. sayang sangat mengharap saat indah itu menghampiri kita. Alhamdulillah, Allah masih menyayangi kita, menyedarkan kita sebelum terlambat..Ketika ini, air mata tidak henti2 tertumpah.. Moga kita sama2 kuat..

Selepas itu aku menutup laptop dengan seribu titisan air mata..

Malam itu pula, aku terjumpa dengan sahabatku, katanya ingin berdaftar bayt muslim, dan mengajak aku untuk sama berdaftar.. Lalu tanpa menghiraukan perasaan dia, aku berkata, "ingat ana tak laku ke sehinggakan kene berdaftar di bayt muslim??"..
Lalu jawabnya dengan tenang:
"Bayt Muslim bukan untuk orang tak laku.. Bukan sekadar mencari pasangan, tapi lebih dari itu. Lakukah diri tu jika bercinta dan mesej yang bukan2?? Lakukah diri tu jika berborak seperti orang yang sudah berkawin?? Lakukah diri itu jika menangis kerana bergaduh dengan pasangan?? Lakukah diri itu, lakukah diri itu, lakukah diri itu...." ah! semua itu buat aku tertampar.. sakit dan perit!

Aku menangis lagi. Aku pulang dan terus-terusan menangis..

Handphone berbunyi lagi, melihat mesej dari Afiq lagi :
salam sayang, apa yang abang buat sampai sayang tak layan abang ni.. abang minta maaf k.. abang ada buat salah ke? terus terang la.. jangan buat abang terseksa camni.. kita kan jauh, susah abang nak pujuk.. sayang jangan la merajuk2 ya sayang. nanti abang belikan aiskrim nak?? hii tak malu betul la merajuk2.. nanti kang dah kawen, anak2 tengok, malu je!! dah2, jangan merajuk2 lagi ya, buruk.

Ya Allah, kenapa lah di saat aku kesedihan begini, kau hadirkan mesej dari Afiq. Ah! Afiq memang pandai memujuk, seringkali aku tercair dengan pujuk rayunya.. Dan saat itu, tidak tahu kuasa apa yang menguasai diri, aku pun membalas mesejnya..

Semenjak dari itu, kami seringkali bermesej seperti dahulu.. Aku sedar itu silap dan berdosa, tapi aku meyakini dalil "iman yaziid wa yanqus".. Ada saatnya kita lemah, ada saatnya kita kuat..

6 comments:

Anonymous said...

akhlak tak seindah pemakaian, aku pun pernah cmni.. kalau tau oleh orang awam, taktahu apa persepsi orang luar tentang orang yang belajar agama..

Semoga terus istiqamah, dan yang belum pernah terjebak, jangan mulakan..

Nauzubillah..

cik santun said...

Ya, jika tak berani lawan, jangan sesekali mulakan..

Nauzubillah, jika sudah terjebak, amat sukar untuk keluar..

~ZuLhAiRi~ said...

Betul3...:)

terus menulis cik santun...best gak ikut cerita ni...nak tgk ape jadi gOrilla tu nanti...hihi

oh ya..pandai mujuk ye...nak eskem gak!!..:p

Anonymous said...

buat maksiat berdalilkan iman yazid wa yanqus.. pandai 'aku' tu..

cik santun said...

Zul,

gorilla terlepas dari hutan..
nak eskem? beli sndiri!! =)


Anonymous,

hihi tu la, rasa nak ketuk je kepala dia..

Anonymous said...

kebetulan Tajuk yg sama digunakan dalam penulisan buku Ustaz Hasrizal. Antara pengajaran dalam buku itu, Berfikir keseluruhannye, iaitu mula berfikir dari akhir