Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!
Alhamdulillah telah sampai rombongan pelajar baru fasa pertama SPB 2009, rombongan pelajar tajaan MAIS seramai 26 orang kesemuanya. Memang sambutan kali ini berbeza benar dengan sambutan2 pada tahun sebelum ini. Menunggu kehadiran mereka umpama menunggu orang yang punyai pangkat yang sangat besar.. Masing2 sering mengingati rancangan2 yang telah dirancang setibanya mereka di rumah untk menyambut mereka. Kebijakan pengarah serta tuan presiden yang kecil2 lagi sudah menjadi presiden memang tidak dinafikan. Subhanallah, haza min fadhlin rabbi! terima kasih yaAllah kau hadirkan kami pemimpin selayaknya.
Untuk menceritakan setiap saat dan perincikan apa yang telah berlaku, itu pada perkiraan saya tidak perlu.. Jadi apa yang mahu saya coret bermuqaddimahkan adik2 yang saya sayangi ini??! Jika sudah mula menghukum blog saya banyak bercerita tentang diri dan perasaan, harus diingat ya, itulah gaya entri kali ini.. Memberitahu uslub entri kali ini agar anda membuat keputusan dan mengetahui tindakan selepas ini. Terus membaca?? atau tidak?? Terpulang!
Semalam ketika berkumpul dengan adik2, saya mula terbayang dan berangan 'alangkah indahnya jika kak ahiasah, kak nadia, kak aimi, kak hajar, kak amna, kak cu, kak timah berada bersama2 liqa' ini'. Hampir menitis air mata mengenangkan mereka yang sudah tiada disini diganti oleh Allah dengan 11 orang adik2 yang cukup matang. Jangan terperanjat ada di antara mereka yang sudah mengorak langkah lebih jauh tentang soal hidup berbanding kami. saya?? Punyai calon juga belum lagi,=P.. Ahaa, mempromote diri tidak sekali, hanya mengingati diri, sudah tahun 4 kini, harus mencari,ahakss..(tergugat dek adik2, ah!)
Terbayang ketika kami dahulu, setiba di bayt MQ, diberi layanan istimewa. Saya sudah mengagak pastinya Kak Ahiasah akan membebel dengan begitu panjangnya sepertimana di sekolah dahulu. dan sangkaan saya sah!! tepat!.. Bagaimana dia di sekolah dahulu, begitulah dia disini.. Bezanya apa?? di sekolah dahulu, saya amat tak suka dia.. Dan kini, di dalam keluarga kecil ini, dialah yang amat saya sayangi.. Subhanallah, Allah itu maha adil! Ketika rakan2 saya bertanya siapa senior Hisamudin yang ada disini, saya menyebut 2 nama ini, kak ahiasah, kak nadia.. Terus sahaja mereka tergelak. Bagaimana rupanya ya kami ini akan hidup bersama? Lihat! kini, mereka berdua yang amat saya rindui!! Moga2 rindu ini bertamu dalam taqwa..
Jika meneruskan cerita tentang kakak2 ini, udah tentunya panjang, masakan tidak, bersama mereka ini, 1000000 kenangan pahit manis yang kami lalui bersama.. Teruskan dengan adik2 pula ya!!
Hari ini kami berkumpul lagi, buka puasa bersama! makan tomyam birthday girl.. Mahu menyayangi mereka terlebih dahulu sebelum jumlah keluarga ini menjadi lebih ramai akan datang. Menyambut kalian dengan penuh tangan dan pintu rumah yang terbuka seluasnya.. Satu tahun saja, insyaAllah kita dapat bersama, moga2 perkenalan yang hanya seketika ini membibit ukhwah yang berkekalan dan syurga penghujungnya. Dua perkara saja yang utama, haflah takhrij nanti, semua orang kena datang!! dan lagi satu jangan wida' kitorang balik kat airport,wida' kat depan rumah ja!! (hihi sudah memikirkan pula, dalam masa setahun ini macam2 boleh terjadi, berdoa saja lah moga2 dapat khirij bersama)
Bukanlah ketaassuban yang saya tonjolkan disini ya. Sedang kami ini baru sahaja berjumpa, bermesraan itu juga belum cukup mesra, taassub itu haruslah dicampak jauh. Ini adalah coretan spb fasa pertama saja.. Sayang pada adik2 sama saja, cuma sayang pada adik2 baru itu, lebih lagi. Adik2 nailah, ainul, fathiyah, dan adik2 yang dah lama2 tu, haruslah bekerja keras lagi ya untuk meraih kasih sayang nenek2 insyirah ini, =P..
Menjadi senior yang mithali, itulah azam tahun 4 ini. Bagaimana akk2 MQ berjaya menjadi senior yang sangat mithali bukan sahaja pada kami, bahkan seluruh warga PERMAI, begitu lah kami juga ingin menjadi senior mithali, tidak pada keluarga PERMAI pun, sekurangnya pada adik2 dalam kelompok kecil, adik2 yarmouk.. Moga2, begitulah......
Kali terakhir menyambut adik2, kali terakhir ramadhan di Jordan, kali terakhir beraya di Jordan, semuanya buat terakhir kali. Tahun last ini, pesan kak nadia, berkhidmat lah semampu mungkin. Jika tidak, balik Malaysia nanti akan menyesal. Tidak kiralah berada di atas atau di bawah, berkhidmat itu, bukan pada jawatan.. Dakwah itu tidak kira kita berada di atas atau di bawah.. Selagi berdiri diatas nama Islam, teruskan.. (pesan kak nadia di airport)
Maaf adik2, sekiranya saya tidak mampu menjadi kakak terbaik buat kalian!
*pelajar JAIP pula akan tiba esok, insyallah.. kemudian 13 hb MARA, 15 hb JPA. Husna pula raya ke4. Sangat segan dengan rakan satu kelas yang turut sama tiba semalam, sudah pastinya dia sangat mantap dengan ilmu dan saya masih seperti dulu, (harap2 die tak tahu saya ada blog)
4 comments:
aduhh akak..
terang2 name tu..
JAIP tu negeri pahang ke?
hihi..
JAIP tu Perak la..
Pahang yang hantar YP jek, yayasan pahang.. dorg lepas raya..
nak nangis sbnrnye bce entry ni..klu akk2 insyirah balik,mesti org akn pandang dak2 nailah plak..tp,ktorg tau yg ktorg x sehebat akak2 semua..x sehebat akk2 MQ ngn akk2 insyirah..teringin menjadi spt kalian..tp rse x mampu..maaf ye..
rse msh x bersedia utk menjadi super senior..dirr ni terlalu bnyk kekurangan..
teringt mlm masak sahur tok adik2 bru ni..kte n timah berborak ngn kak sheera..borak pasal masa depan kot n mcm2..haha..tp,mmg x mampu n terasa thn 3 ni bnyk bnda yg nk dipikir n dibuat..klu Allah bukakn pintu hati ni utk terima,wallahualam..hehe..
ap2 pon,manfaatkn mse yg kurang setahun ni utk berbakti pd PERMAI especially pd kami dak2 nailah..huahuahua..
p/s:akk ni yeye je ari tu soh jgn nmpk gigi la..pdhal dia yg plg happy go lucky..kim salam kt toing2 blkg akk tu ye!!larikkkk!!!
syafiqah..
lama tak buka blog awak..
harini baru berpeluang buka..
akak nangis!!
nangis baca apa yang awak tulis.
nangis rindukan adik2 semua..
waaa.. rinduu~!
kalau awak tanya, apa yang akak pernah pesan pada awak, akak dah tak ingat, walaupun baru 2 bulan akak tinggalkan bumi Jordan.
tapi, betullah kata orang, bicara dari hati akan sampai ke hati. apa yang akak pesan pada awak (spt apa yg awak tulis), memang itu dari hati akak... dan awak ingat! kerana ia sampai ke hati awak.
sememangnya itulah cabaran terbesar yang akak hadapi ketika hendak pulang dulu. setiap orang lain nasihatnya. itu bukan susah. yang susahnya adalah, nasihat itu perlu seiring dengan hati. jika nasihat itu hanya di mulut, maka ia akan hilang begitu saja. jika nasihat itu dari hati, mungkin boleh mempengaruhi kita..
moga awak dapat manfaatnya. akak sayang awak syafiqaaaahh!!
p/s:adik2 nailah jangan masukkan unsur2 jeles di sini ya!sila buat blog jika mahu komen sebegini.haha.(gelak jahat)
Post a Comment