Friday, December 25, 2009

kayu cendana, air mawar, talkin..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Mahasiswa2 irbid pada tahun ini telah dikejutkan dengan pelbagai berita tentang kematian, tidak kisah samada dari keluarga darah daging sendiri hinggalah guru2 atau ustaz ustazah di sekolah, hinggalah kenalan, dan hinggalah saudara2 seukhwah serta seagama islam..

Semoga Allah merahmati dan memberkati roh mereka dan dimasukkan dalam golongan orang2 yang beriman.. Sudah tamat taklifan mereka di atas muka bumi Allah ini.. dan semoga amalan baik mereka di bumi ini diberkati serta diredhoi.. Ameen..

Tetapi…………

KITA pula… Apakah pula taklifan kita terhadap mereka yang sudah meninggal selagi mereka berada di atas muka bumi ini?? Sudah tentu menguruskan pengkebumian jenazah mereka..

Jadi persoalan disini, adakah kita mampu serta mengetahui bagaimana cara hendak menguruskan pengebumian?? Apakah dengan membiarkan hanya tok imam dan ustazah2 yang biasa menguruskan saja yang hendak menguruskan jenazah2?? Jika tok imam itu tiada, siapa pula yang hendak menguruskan jenazah mereka?? Ataupun adakah kita sendiri tidak pernah menghadiri dan mengikuti mana2 jenazah yang hendak diuruskan??

Menguruskan jenazah adalah FARDHU KIFAYAH.. Tapi adakah cukup dengan hanya membiarkan ia hanya diketahui oleh golongan yang tua2 sahaja.. Mereka sudah tentu mengharapkan anak2 muda juga sebagai pelapis untuk menguruskan, dan timbul lagi persolan disini, apakah sudah KITA yakni para remaja belia yang lebih2 lagi belajar di timur tengah ini, cukup mampu untuk melaksanakannya??

Nantikan.. zaaasss!!

1 comment:

Faridrashidi said...

Assalamualaikum,

Salam ukhuwah. Saya ingin menjemput ke blog saya.

http://www.faridrashidi.com/2009/12/25/menjadi-berani/#comments