Sunday, January 24, 2010

batch JAIS 2006.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Sekian lama tidak menulis, izinkan saya menggunakan kata ganti nama diri pertama 'aku' dalam entri kali ini.. Dan kubiar segala yang bakal mengganggu sy menulis kali ini dalam keadaan tertutup sehingga tidak berjaya mengganggu saya.. Facebook, sign out!! ym, sign out!! skype, sign out!! mafia, sign out!! handset, biar lah... dan memberi kebenaran kepada mata untuk membenarkan bendungan2 yang terkumpul sekian lama mengalir..

4 tahun yang lalu, di airport Kuala Lumpur, ketika berpisah dengan keluarga untuk memulakan satu misi bersama sahabat2 di Jordan, aku berazam untuk menjadi seorang yang tabah dan kuat.. Bermula tadika sehingga tingkatan 6, tidak pernah sekali aku bersekolah jauh, kesemuanya dalam satu jalan yang sama di Kampung Jawa, Klang.. Bermula Tadika Kanak2 Islam (TAKIS), Sekolah Kebangsaan Klang, Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin Kampung Jawa.. Kesemuanya adalah dalam satu jalan yang sama, dan hanya tidak berjaya masuk satu sekolah lagi yang sangat meletup di jalan itu iaitu Kolej Islam Klang (dulu panggil KIK, skrg KISAS).. dah cukup syarat sekolah satu jalan, cuma tidak ada rezeki untuk menuntut di situ.

Mendapat tawaran ke Jordan, membuat ku terfikir apakah dapat untuk aku hidup disana.. Dan dalam masa yang sama, aku menerima tawaran Kolej Matrikulasi Perlis.. Mempertimbangkan 2 bidang yang berlainan arahnya, amat payah.. satu jalan Bahasa Arab yang amat aku sayang, dan satu lagi jalan Akaun yang amat aku minat.. Akhirnya, Jordan juga yang kupilih, alhamdulillah, bersyukur padaMu Ya Allah..

Aku nekad walau aku tak sekuat mana, akan aku harungi juga segala rintangan, hidup berdikari, menjadi seorang yang kuat untuk tempuhi bermacam halangan.. Mak selalu pesan, "baik2 dgn kawan2, hidup jauh dengan keluarga, apa2 cari kawan2 jugak.. kalau ada masalah, bincang baik2".. Dan kami pun hidup dengan satu batch akhawat JAIS+MAINS 2006/2007, satu bangunan, satu sutuh.. Kemudian tahun 3, kami berpindah 8 orang dalam satu rumah. Pelik tidak pelik orang melihat bagaimana boleh kongsi 2 orang satu bilik dah besar2 ni, itulah kami..

Dan kini, sudah 4 tahun!! 9 orang akhawat, 9 orang syabab, kami memulakan langkah bersama..tapi hari ini, 3 dari kami telah berjaya menamatkan degree, 2 syabab, dan sorang akhawat di Mafraq ketikamana aku sekarang sedang tercungap2 mengejar muaddal.. Tidaklah muaddal itu punya kaki untuk berlari, majazi benar kiranya.. tapi cukuplah memahami bahawa muaddal aku tidak mencapai target, dan lebih menyedihkan buat kali pertama aku menerima subjek yang gagal.. Sudah tahun 4 ini, barulah Allah mahu menguji ketabahan dalam gagalnya madah?? Ah, sudah tentu tidak mampu aku bendungi.. Iyakah?? YA, Benar!!

Sudah aku tulis disini tentang ketidaksanggupann aku untuk madah wajib ni, dan ketidaksanggupan itu terbukti dengan markah yang aku peroleh cukup untuk aku katakan gagal, dan wajib ulang.. "YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI!!"..
Dan disebabkan kesedihan yang penuh mengelilingi hati, aku membuat keputusan untuk tidak bersama2 mengikuti program batch yang julung2 dan tunggal saya kira diadakan..

Sungguh!! aku berterima kasih kepada sahabat2 yang sangat memberi sokongan dan dorongan, terima kasih kepada sahabat2 yang menyedarkan aku betapa ruginya kalau tak pergi prgram tu..

orang 1 : nape ko tknk pegi?? pegi la, kalau ko tknk pegi, aku pun taknak pegi la..
orang 2 : weyh, ko pegi tau, pinjam duit aku dulu..
orang 3 : ko pegi, duit ko jangan risau, kitorg support!!
orang 4 : nabila wasiatkan ko suh pegi jugak.. die yang jauh nk pegi, tk dapat pegi.. ko lak yang taknak pegi..

Mesej 1 : Shafiqah, jom la join program batch kita.....
Mesej 2 : Betul ke ko taknk pergi??
Mesej 3 : Mesej untuk berfikir - 4tahun tak pernah kumpul sama2, tak pernah rehlah sama2, tak pernah muhasabah setiap sem sama2, dan bila tiba waktu, TAKNAK PERGI PULAK.. Ni kali pertama dan mungkin kali terakhir. Selagi berpeluang, hargailah setiap masa yang ada bersama, kerana kita dari satu kapal yang sama= JAIS.. Btol ko tak pegi ni??
Mesej 4 : Carilah kekuatan dari diri ko dan kawan2 ko.. Maka, jom join prgram esok, ade kekuatan disana, =)..

[menangis.. menangis.. menangis.... menangis.. dan menangis...]

Tidak adil benar dek kerana emosi sedih yang keterlaluan, aku mempersiakan waktu bersama sahabat, yang sudah 4tahun kami bersama.. tapi kerana satu madah yang membuat aku jatuh tersungkur dan terguling2 serta tak mampu bangun, aku tak pandang benda yang lebih berharga dari itu, UKHWAH!!

Ya Allah, aku bersyukur sangat ditempatkan di Jordan, bertemu dangan rakan2, mengajar erti tabah, biah yang best, ukhwah yang mantap.. Sesungguhnya zaman mahasiswa yang paling best adalah di JORDAN!! =)..

APA YANG ADA PADA KITA SEKARANG, MAKA SAYANGILAH!





kerana isi INSYIRAH sangat berharga.. hahaha.. =)

1 comment:

C@H@Y@P3MBUK@@N said...

alhamdulillah.. capix.. balik malaysia lambat lah nie?ke sama je??
semoga selamat disana yea.. belajar rajin2 tau