Saturday, January 30, 2010

Ubat dan nametag!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahamtullah!!

Suatu masa ketika dalam fatrah imtihan lalu, saya rasa sangat excited mahu mengupdate blog, tapi bila tiba waktu cuti begini, mengapakah perasaan tu hilang?? haha penyakit apakah pula ini..

Suatu hari, setengah hari yang tepatnya, saya mengeluarkan nota2 pelajaran dari tahun 1 sehinggalah sem lepas, dari bahasa arab 1 nya, sehinggalah ke ijtimak nya, untuk dikumpulkan dalam bank nota akademik MMY.. Almaklum saja junior adab tahun ini sangat ramai, dan mengumpul nota, itulah tanggungjawab dari pihak akademik MMY kepada kami..

Menerima junior yang sangat ramai, saya berasa hampir malu, ada yang seusia saya, satu sekolah, tapi mereka jauh berjuta2 ribu lebih mantap dari saya walaupun saya adalah senior mereka. Kadang rasa cemburu, kadang rasa gembira, bercampur baur perasaan itu..

Kembali pada mengumpul nota ya! Ok, bersama-sama nota yang saya kumpul itu, ada lagi 2 perkara yang saya mahu senut disini yang telah saya kumpulkan.. Maaf, bukan tikus atau lipas!!! 2 itu adalah ubat dan nametag.. ubat.. nametag.. ubat setiap kali sakit, syaratnya jumpa doktor saja, walaupun ubat itu tidak dimakan.. dan nametag setiap kali pegang jawatan dalam program.

Saya bukanlah doktor untuk cerita tentang ubat, dan saya juga bukan orang tertinggi persatuan untuk cerita mengapa nametag jadi bahan penting pemegang jawatan dalam program.. bukan ya!! tapi aspek yang lebih besar disini adalah KESIHATAN dan PERSATUAN.. bukan saya mahu mengaitkan 2 perkara ini, tapi 2 perkara ini adalah amat perlu dijaga..

KESIHATAN..
Babak cerekarama saat bermulanya saya pengsan di Jordan ini adalah ketika di tahun 1, bulan puasa, waktu itu petang, baru habis kelas bahasa arab 1.. Seingat saya ketika itu sahabat saya Arikah dan Sabarina yang membawa saya pulang.. Kurang gula dalam badan katanya.. Kemudian selalu saja pitam dan pengsan sehingga di tahun 4 ini saya tidak tahu lagi sudah berapa banyak kali saya pengsan di Jordan ini.. hoho dan itu kisah saya..

Adalah amat penting ya untuk semua orang menjaga kesihatan lebih2 lagi di musim syita' ini.. Salah seorang pengetua saya di Hisamuddin dahulu, seorang yang sangat cintakan ilmu. Dapat sambung belajar di Mesir, siang dan malam hanya buku saja yang ditelaahnya.. Percaya atau tidak, dia tidak pernah tidur didalam selimut tebal, hirom la, kerana hirom itu akan membuat orang yang berada dalamnya susah untuk keluar, hanya nikmat dan pejam mata saja.. Jadi, nikmat bersedap2an bawah hirom itu diketepikan dengan tidak membeli langsung benda alah yang bernama hirom itu.. Lantas, seusianya 40 tahun sudah mengalami sakit tulang kemudian bertongkat.. Itu bagi lelaki, kebiasaannya.. Untuk wanita, mari kita tanya doktor2!

Saya pun terfikir, apakah kaitan cerita saya pengsan dengan tidur tidak pakai hirom?? owh itu adalah bawah satu tajuk yang sama iaitu kesihatan.. Banyak lagi cerita2 tentang kesihatan, tapi saya amat risau tersalah fakta, mungkin selepas saya dapat suami doktor, baru saya berani rasanya.. =P

NAMETAG
Ya, nametag.. Mengikut perkiraan saya, sudah mengumpul 11 nametag tidak termasuk program yang memang tiada nametag atau nametag yang hilang.. Sedang2 sibuk agaknya membuat kerja, nametag letak tepi, kemudian lupa dan hilang, (amat poyo, bukan?? =P)..

Persatuan.. Program pertama saya jadi ajk, adalah ajk Kak Aiman, bawah Tugas2 Khas dalam program Aidil Adha. Kak Aiman adalah senior saya masa di Hisamuddin, saya amat terkenal ya di Hisamuddin, haha.. Jika anda mengenal saya di Jordan, dan sudah lihat saya adalah seorang yang kecoh, maka silalah bersyukur dan beruntung kerana tidak kenal saya semenjak di Hisamuddin.. Saya rasa di Jordan ini saya sudah banyak diam dan murung, =(..

Cerita di atas tidak ada kena mengena dengan nametag cuma kenanya dengan persatuan.. Persatuan di Irbid dalam erti kata lainnya PERMAI adalah sangat berharga bagi saya.. 3 perkara yang paling seronok sekali dalam PERMAI adalah I.B.U. I untuk ilmu, B untuk biah, dan U untuk ukhwah..

Ilmu, sudah pasti.. Jika dibahas panjang, barangkali saya tak tidur malam.. Biah, sesuatu yang bakal dan amat saya rindui bila balik nanti.. Jika dibahas panjang, barangkali saya tak tidur 2 malam!! dan Ukhwah.. ya!! ukhwah.. Pelik tidak, jika saya katakan 98% akhawat saya sudah kenal di Irbid ni, JUST mahupun Yarmouk. Jika mereka tidak mengenali saya itu perkara kedua, utamanya adalah lihat muka, saya sudah tahu nama, ataupun dengar nama, saya sudah tahu wajahnya..

Pelik tidak seorang saja 'link' kn sesuatu di ym nya, seminggu selepas itu sudah menjadi kegilaan satu penduduk Irbid.. Pelik tidak penempatan akhawat JUST dan Yarmouk itu jauh, tapi setiap minggu dapat berjumpa di tafaqquh.. Pelik tidak JUST dan Yarmouk, bidangnya berbeza, tapi dapat dikumpul dalam satu persatuan yang sama.. Bukan membangga persatuan sendiri, tidak sama sekali.. tapi inilah penguat2 saya suatu hari nanti saya akan berkata, "Aku bangga jadi ahli PERMAI".. haha Fathiyah, sila bangga sekarang!!!!!!

p/s : ternanti2 juga bila agaknya boleh buat ayat begini, "Pelik tidak JUST dan Yarmouk tu ade yang kawen.." haha..

Ok la, sampai sini saja.. Saya masih sedar lagi, entri saya semakin bosan.. owh mannn!!

3 comments:

~ZuLhAiRi~ said...

salam...

" mungkin selepas saya dapat suami doktor, baru saya berani rasanya.."

" Pelik tidak JUST dan Yarmouk tu ade yang kawen.."

Dua kenyataan yg membayangkan cik santun sudah benar2 bersedia dilamar doktor (encik santun), apa tunggu lg?...:P

n0m0s said...

wawawawa...
lamaaaaa gilerr x komen kt blog akk..
hehehe..

1. akk ad salah tulis 'sebut' jadi 'senut'..haha..x kira,nk gelak gak

2. akk mmg x sedar klu nametag hilang..sbb dlu masa kte kerja bwh akk program PERTAMA thn lepas,nametag kte akk dah hilangkan,nk pakai sekali pon x merasa..tau2 dah hilang..

3. cerita pasal pitam, teringat masa kelas sirah..haha..ni pon kte nk gelak gak!!huahuahua..
doc : lain kali awk jgn lupa mkn sarapan dan tengahari
ktorg : padahal sebelum dtg kelas dah makan nasik dah(haha..cakap dlm hati je)

4. nampak sgt akk x sabar nak kawen kan??

ainshams said...

salam ziarah cik cantun!!
oo..dah kecosanan bercuti ke??
tggl 1 sem lg, manfaatkan elok2 eh!

"ternanti2 juga bila agaknya boleh buat ayat begini, "Pelik tidak JUST dan Yarmouk tu ade yang kawen.." haha..nantikan..ader jek..opss!
(yg pasti, not me la..huhu)