Monday, June 7, 2010

Kisah cinta 2

Ini adalah sambungan kisah cinta, yang sebenarnya sudah ngantuk malam tadi dan tidak tahu mahu beri tajuk apa.. Jadi, biar sajalah tajuknya kisah cinta,walau agak geli juga mendengarnya, =).

*Mesej tidak berbalas*

Kemudian beberapa lama kemudian, Wati memberi mesej lagi kepada Yusuf, yang berbunyi :
"Saya nak tahu apa status saya, kalau awak tak sudi, sila terus terang, jangan buat saya mengharap.. Kenapa awak kata 'masing-masing sudah berkeluarga?', saya mahukan penjelasan agar lebih jelas"

Mesej itu dijawab Yusuf :
"Ana tahu.. Perkara ini bukan boleh dibuat main, petunjuk Allah itu yang utama dan perlu didahulukan.. Bukan ana tak sudi, dan bukan mahu memberi harapan, tapi yakinlah dengan janji Allah.. Lagi pula perjalanan kita masih jauh, kita punyai tanggungjawab yang lebih besar yang perlu ditunaikan, kita punyai impian dan cita2 yang pelu kita capai.. "

Lalu dibalas Wati :
"Tapi tak salahkan kalau kita berkenalan sekarang?? kenal hati budi dan sekufu itu bagaimana mahu kita tahu jika tidak kenal??

Dibalas lagi Yusuf :
"Ikhlaskan lah hati enti, sekarang kita sama-sama tumpu belajar.. 'sesungguhnya wanita baik itu dengan lelaki yang baik, yakinlah dengan janji Allah'. "

Baru tenang sedikit hati Wati apabila Yusuf akhiri mesej dengan ayat Allah yang itu. Sungguh walaupun dari kecil dia dimuakkan dengan ayat-ayat Al-Quran, namun seringkali dia tersasar, dan dia yakin Yusuf antara orang yang dapat mengawal dirinya.. Sebab itu dia berusaha mendapatkan Yusuf walau dirinya kelihatan seperti tidak sabar, lagi dek kerana Yusuf sering menjadi sebutan sahabat2 muslimatnya.

Wati pun bercerita pada sahabat akrabnya yang dipercayai, bagi mengurangkan sedikit bendungan di hati..

Ain : Wati, ana bukan tidak berpihak pada enti, tapi ada benar juga kata yusuf itu, perjalanan kita masih jauh.. Enti sudah solat istikharah? Minta petunjuk daripada Allah??

Wati : Tapi kenapa dia seolah bagi harapan, dan jadikan belajar itu seolah penghalang? Kawen itu menyekat dia dari belajar kah?

Ain : Lelaki kan, dia bakal ketua keluarga, sudah tentu dia mahukan kestabilan. Mahu jaga anak orang lagi, dengan family dia lagi.. Takkan dia nak hidup sara keluarga dengan duit mak ayah enti?? Sudah tentu dia malu. Sebab itu agaknya, dia mahu kejar cita2, melengkapkan segala yang kurang.. Dia pencinta ilmu, sangat tekun belajar, jadi jangan risau, mlainkan sudah tercatat dia bukan jodoh enti, tidak ada sebab lain dia tidak memilih enti.. Bersabarlah! Doa saja banyak2..

Wati : Ana tak boleh terima orang lain melainkan dia. (menangis)

Mereka pun berpelukan dalam esakan..


***************

Suatu petang Wati mendapat tahu Yusuf bakal bernikah dengan orang sekampungnya.. Baru saja dia hendak menaip mesej untuk dihantar ke Yusuf, mesej pun masuk dalam inbox nya, dari Yusuf..

"Assalamualaikum, maaf jika kehadiran mesej ini membuat hati enti sedikit terluka. Ana mohon maaf, ana bakal bernikah dengan seorang muslimah sekampung ana. Pernikahan ini dirancang keluarga, dan ana takut menolak risau terguris hati ibubapa ana.. Ana doakan enti berjaya dengan cemerlang dunia akhirat, serta mendapat jodoh yang lebih baik berbanding ana.. Maafkan salah silap ana, assalamualaikum.."

Wati menarik nafas tenang, sambil berkaca mata nya membalas mesej itu :
"Waalaikumussalam, tidak ada apa yang perlu dimaafkan. Andai itu sudah surata taqdir, saya terima, saya redha.. Semoga menjadi suami yang soleh, dapat membimbing isteri ke jalan yang diredhai. Saya tidak menghalang awak mahu ceritakan kisah saya kepada isteri awak, andai itu buat awak selesa demi menjaga rumahtangga awak, saya tiada masalah.. Selamat Pengantin Baru, barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama3a bainakuma filkhair, =).. "

Mesej itu berakhir disitu..

Itulah beza penerimaan 'takde jodoh' antara orang beriman dengan orang tak beriman.. Tenang pengkhbaran tiada jodoh itu bukan kerana tidak ada perasaan. Setiap orang pastinya sedih, tapi yakinlah dengan janji Allah.. Mungkin orang yang kita minat itu baik, tapi bagi Allah, dia bukan terbaik untuk kita.. Kan Allah tahu segala yang terbaik buat kita?? =)..

*Ini bukan cerita saya.. Cerita ini bosan dan tak 'happy ending', aduh sedihnya..

2 comments:

Unknown said...

mesejnya yang penting.. hidup ini bukannya slalu berakhir dgn happy ending.. hakikat.. :) jzk atas perkongsian

Anonymous said...

haha..perempuan-perempuan.
kahwin gn aku sudah.wati.meh sini.