Monday, June 21, 2010

Saya bukan....... :(

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah kupanjatkan kepada pemilik alam, selawat dan salam ke atas Rasulullah serta pengikutnya pemegang amanah ISLAM sehingga ke hari kebangkitan..

Seminggu saja lagi nak menghabiskan sisa2 kehidupan di Jordan ini.. 4 tahun! Jika punyai anak, sudah ke tadika anak itu barangkali.. Sudah petah berkata, sudah tahu ke tandas sendiri, sudah tahu serba serbi, itu dan ini.. 4 tahun di Jordan, apa pula perubahan dari tahun 1 dulu sehingga kini.

Hah, terkenang.. Di Jordan, zaman mahasiswa saya. Di Jordan, saya membesar!! =). Di Jordan, saya belajar erti TABAH. Di Jordan, belajar menerima family baru. Di Jordan, mengenali ragam arab. Di Jordan, mengenali jemaah. Di Jordan, banyak perkara yang berlaku dan saya belajar disini. Siapa yang tak suka Jordan, mari sini serahkan muka pada saya untuk dilempang manja, =)..

12 Sept 2006. Segerombolan kami seramai 18 orang, 9 syabab dan 9 akhawat beserta ustaz yang mengiringi kami, ustaz Asmadi tiba di Jordan. KAmi disambut mesra oleh senior2, kak aimi, kak amna, juga 2 orang syabab.. Sememangnya sebelum kami berlepas ke Jordan lagi, akak2 yang baru tahun 1, yang baru batch pertama dihantar JAIS ini sangat mengambil berat dan mnolong kami apa yang patut dalam urusan ke Jordan ini, semenjak di daurah bahasa arab lagi. Suatu malam di daurah itu, kami 9orang akahwat ini berkumpul di dalam bilik Arika kerana katanya ada panggilan istimewa dari Jordan.. Tiba saatnya, rupanya kak nadia dan akk2 lain itu mahu 'bercerita' tentang keadaan di Jordan, musimnya, jamiahnya, apa yang perlu dibawa dan apa yang perlu disedia. Habis sahaja berborak, masing2 berbaring di katil dan sudah hilang hatinya terbang ke Jordan. =)

Setiba di Queen Alia Airport, kami disambut oleh kak aimi dan kak amna. Kak ahiasah dan kak nadia tunggu saja di rumah, ada hal tidak boleh bersama menyambut di airpot.. Tiba di MQ, kami dijamu dengan tomyam, dan mula sesi taaruf.. Yang paling saya ingat ketika itu adalah kak nadia dan kak ahiasah, kerana satu sekolah saya. Dan mulut serta suara mereka juga sangat saya kenali, kerana keduanya berjawatan besar di sekolah dahulu.. Dalam taaruf tu, saya berkata, "saya kenal kak ahiasah dari kecik, tadika lagi, dan sekarang pun, SAH!! ini adalah kak ahiasah, tak pernah berubah suaranya, tegasnya"..

Saya sangat rindu dengan suasana ketika di tahun 1, rindu akak2 senior.. Dahulu, kali pertama saya jumpa kak Sarah (graduan medik just tahun ni), adalah di rumah saya, di waktu petang dan ketika itu sibuk dia menanyakan duit JAIS cukup tak, kalau tak cukup, cakap. Risau sangat kakak kami yang seorang itu.

Ada saja silap kami pasti ditegur, banyak kali juga saya dimarahi senior, tapi itu semua adalah tarbiyah.. Kini, jika adik2 buat salah, saya tak mampu tegur.. Tak dapat jaga adik2 sebaik senior2 saya menjaga saya..

Pernah suatu kes dahulu, saya berhubung dengan seorang senior syabab.. Tidak lama lepas tu, saya menerima mesej berbunyi, "Shafiqah, jangan ingat akak diam, akak tak tahu apa awak buat!".. Mesej tegas begini jika tidak bernama pun saya sudah tahu dari siapa. Petang itu saya dipelawa ke rumah akak2 senior, makan2, borak2, kemudian mereka tanya, "awak ready dah nak nikah?". Saya jawab "tidak, saya mahu belajar".. Kemudian jawab mereka, "kalau nak belajar, tinggalkan orang tu, jika tidak akak sendiri boleh pinangkan dia untuk awak".. Terkedu saya ketika itu, kata mereka "akak sayang awk!"..

Halus cara mereka, bukan saya mahu cerita untuk membuka pekung di dada, tidak.. Saya anggap itu yang terakhir. Yang pertamanya adalah dari mula sehingga seminggu saja lagi ni baki saya di Jordan, saya gagal menjadi senior seperti itu. Senior yang menjadi tempat mengadu ketika susah. Senior di dalam tarbiyah. Senior yang sering menghulukan bantuan buat adik2.. saya gagal..

Akak2, maafkan saya tidak dapat menjaga adik2 dengan baik, tak dapat menjalankan amanah akak2 sebaik mungkin.

Adik2, maafkan akk tak dapat menjadi senior yang baik seperti adik2 harapkan.

No comments: