Saturday, October 9, 2010

Hari Bakat- bersajak sehingga menangis~

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah.

Alhamdulillah berakhir sudah Hari Ihtifal PASTI Negeri Selangor. Walaupun banyak sangat dugaan sebelum program dan ketika program, dengan keadaan bertemu guru dan anak2 murid 22 kawasan di Negeri selangor, tapi Alhamdulillah masih boleh bergembiraan siang tadi..

Awal Ogos lalu, se'muda' 3 hari usia saya menjadi guru, sudah diminta mengikuti mesyuarat Majlis Guru PASTI. Oh apalah yang saya tahu perihal guru2 ini, mereka yang lain sudah arif selok belok PASTI, saya baru mahu mengetuk pintu bertanyakan khabar dan perihal PASTI. Dan di dalam mesyuarat itu mendapat satu tugas yang jangka masa tugas itu adalah selama 2 bulan.. iaitu mengajar budak sajak untuk program hari ini, Hari Ihtifal PASTI Negeri Selangor.



Ah 2 bulan, lama lagi. Oh itulah ungkapan pertama bagi saya yang sangat mencintai buat kerja last minute, =).. Cuti nuzul quran sudah, cuti merdeka sudah, cuti penggal sudah, cuti raya juga sudah, latihan sajak tidak lagi bermula. Puas dimarahi bos, kubuat dekk saja. sudah 3 minggu lagi untuk menjelang 9 Oktober baru sedar oh sajakku tidak mula2 lagi, argh.

Sajak itu tiada masalah bagi saya, sememangnya saya minat, cuma tidak hebat. Pernah hantar 6buah sajak dalam satu pertandingan anjuran biro pembangunan rohani PERMAI dahulu pun, kesemuanya tidak menang, haha malah dipergelk dan masih diejek lagi oleh kawan2 sehingga kini kerana ayat saya di dalam sajak itu begini, 'oh tiang tempatku bersandar'.. ini kesenian namanya, ya kan?. Sehingga kini diejek dan dipertokok tambah oleh mereka 'oh katil tempatku beradu, oh kerusi tempatku duduk, oh meja tempatku makan', haha sangat merindui mereka~

Ok sambung.

Cuma itu minat saya dalam saja tapi tidak sama dengan situasi sekarang iaitu mengajar kanak2 6 tahun bersajak. Pada kasarnya bagi saya senang saja mengajar mereka kerana budak lagi, tapi itu secara kasar. saya ulangi, secara kasar.. Secara halusnya bagaimana mahu melatih budak2 melalui hatinya itu tidak saya dalami..

3 minggu.
Ya dalam masa 3 minggu kelam kabut melatih budak sajak, amat meletihkan dan sangat memenatkan. Pergi ke PASTI waktu pagi, dan balik petangnya. Hari ini ajar, esok lupa, itu sudah biasa. Kanak2 kan? Telah saya sediakan beberapa buah sajak hasil curian di internet, dan setelah ditanya pada sebahagian ajk dan menyuruh budak2 itu membaca, saya telah pilih sajak Pres PERMAI tahun lalu, "Lagukan Cintamu ke Angkasa".. Mereka suka sajak ini, tapi dengan kuasa guru sajak yang saya ada, saya sendiri telah menukar sajak mereka kepada sajak yang lebih ringan dan mudah untuk disebut.

Ok, kesemua sudah hafal, sudah saya ajar gaya dan nada, saya tarik nafas, dan beri semangat pada diri sendiri budak2 ini boleh, tawakal sahaja ke rehearsal di PASTI Bukit Naga. Ketika itu, oh!!! kenapa?? Rupanya peserta lelaki saya segan bersajak depan orang, dan terus melatih budak lain, sambil memberi semangat pada peserta asal supaya menjadi berani. Hari Jumaat baru membuat keputusan untuk memilih budak baru yang hanya berlatih 4 hari saja bersajak untuk menyertai pertandingan, 2 rangkap pun jadilah asalkan ada penyertaan. Itu juga nasihat orang lain. Sungguh ku tak sangka budak2 PASTI saya penyegan.

Tiba hari pertandingan, dan tiba waktunya namanya dipanggil dan kedepan. ..Diam..Geleng..Diam.. Geleng.. oh kenapa ni? Bergegas ke depan untuk memujuk, sambil disaksikan oleh semua yang ada di dewan itu, oh hakim lelaki 3 orang itu juga menyaksikan! haha.. Saya minta untuk ditangguhkan gilirannya, bagi air dan telefon ayahnya untuk bagi kata2 semangat pada anaknya. Kemudian namanya dipanggil semula, tidak mahu kedepan pula, oh dari malu semua menyaksikan drama kami itu, lantas menarik penyertaan. Sempat lagi mencari publisiti disini, haha.

Kemudian peserta perempuan pula.. haha tak mampu nak bercerita disini, hanya gelak yang dapat saya sembahkan, haha. Apapun, cikgu bangga dengan semua anak2 murid cikgu. Lepas ini kita bodek2 ustaz mintak duit belikan hadiah eh?? =p.
Tahun ini Kota raja tidak menang apa2 penyertaan, tapi tetap berbangga dengan semua. Walaupun gugup2 di depan, tidak boleh bercakap, tarik diri dalam 2 penyertaan walaupun sudah di hadapan, tetapi melihat anak2 ini, hilang bengangnya, hilang semuanya.

Muhasabah.
Muhasabah PASTI As-Syifa' sendiri, mungkin selepas ini saya akan minta semua anak murid saya berceramah di pasar malam untuk melatih diri menjadi ketua dan berani, oh cikgu kamu ini sangat kejam~ Sudah sememangnya sajak lelaki kita tidak ada penyertaannya, saya redha.

Muhasabah Kota Raja, nantilah, kita2 aja, =p..

No comments: