Friday, December 5, 2008

Cite Nabi Ibrahim..

Cite Nabi Ibrahim.. bersama ciksantun.. yaRabb.. ceh cm mari bercerita ustz zamri lak.. tv9, dekat dihati..

Nabi Ibrahim..
- Membina kaabah bersama anaknya Nabi Ismail.. walaupn terdapat khilaf ulama disini yang mengatakan kaabah sudah dibina sejak sblm zaman Nabi Ibrahim, dan ade yg berpendapat kaabah dibina oleh malaikat memandangkan ade baitul makmur di langit.,
- Nabi yang kedua banyak disebut di dalam al-Quran selepas Nabi Musa.
- Kisah Nabi Ibrahim direkod dalam al-Quran semenjak bermulanya baginda diutus menjadi rasul.
- Nabi kedua yang merupakan uswatun hasanah selepas Rasulullah
- Dikenali sebagai abu al-anbiya'


Kehidupan..
Sejak diutuskan menjadi rasul, Nabi Ibrahim berdakwah kepada bapanya supaya menyembah Allah.. Seperti yang termaktub didalam al-Quran, ayahnya iaitu Azza (khilaf ulama ade berpendapat Azza adalah name berhala) adalah pembuat berhala.. dan Nabi Ibrahim hidup di zaman mmg semua orang menyembah alam iaitu bulan, bintang dan matahari sebagai tuhan.. Suatu mlm, nabi Ibrahim melihat bintang, dan berkata "bintang ini bercahaya, mungkin ini adalah tuhanku", ttpi bintang itu hilang.. kemudian melihat pula bulan dan berkata "bulan ini cantik, menerangi, mungkin ini adalah tuhanku", ttpi apabila siang bulan itu hilang.. dan kemudiannya baginda melihat pula matahari dan berkata "matahari ni besaaar dan menerangi alam, mungkin ini tuhan kita", ttpi apabila menjelang malam, matahari itu tenggelam..
Kejadian itu Nabi Ibrahim menyaksikan bersama-sama umatnya, dan berkata sume yang disembah itu hilang, layakkah kita nak sembah tuhan yang tak kekal.. Nabi tercari2 siapakah tuhan die yg menjadikan langit dan bumi.. matlamat sebnar bukan mencari tuhan ttpi untuk dijadikn hujah dalam berdakwah.. Cerita ini ada digambarkan dalam surah (Al-An'am ayat 74-87)..

Kemudian dikisahkan dalam Surah Maryam 41-50.. Nabi Ibrahim mendapat pengiktirafan siddiqan Nabiyya.. siddiqan disini ade dua pentakrifan iaitu yang sentiasa membenarkan dan tidak pernah menipu..
tetapi Nabi Ibrahim pernah menipu secara zahir dalam 3 keadaan :

1) menipu raja mesir..
Nabi Ibrahim ke mesir dengan isterinya Siti Sarah selepas diahalau dari negeri. Raja Mesir ketika itu tidak boleh melihat wanita cantik, dia akan nak jadikan isteri. Jadi Nabi Ibrahim telah menyuruh isterinya supaya menipu apabila ditanya, akan dikatakan Nabi Ibrahim itu adalah abangya. Tetapi keinginan raja itu terbantut kerana mengalami mimpi dan telah insaf, lalu memberikan Siti Hajar kepada Siti Sarah sebagai hadiah...

2) helah tak g pesta
kawan2 nabi Ibrahim mengajak untuk ke peta, die menipu dengan kate die sakit.. dan nabi Ibrahim mengambil peluang ini untuk memecahkan berhala yg kecil2, dan meninggalkan berhala yang besar..

3) helah ketika menjwab tentang berhala..
nabi Ibrahim apabila didakwa bahawa dia yang memecahkan berhala, menjawab bahawa bahale yang besar itu yg terdapat pada tangannye kapak itu yang telah memecahkn berhala2 yg kecil..
hujah : kenapa engkau menyembah berhala yang takleh dengar, tak boleh melihat dan tak boleh membantu sedikit pn.

Nabi Ibrahim terus terusan berdakwah kepada bapanya dan sentiasa berdoa agar diberikan hidayah dan dibukakn hati untuk mengikut nabi Ibrahim dan meminta pengampunan untuk bapanya.
Kemudian Nabi Ibrahim bersama anak dan cucunya (Nabi Ishak dan Nabi Yaaqub) berhijrah ke Syam, bumi yang diberkati..

No comments: