Assalamualaikumwarahmatullah...
Dapat satu ilmu baru dari ustaz alex, iaitu Ilmu Penahan Api Neraka. Apakah imu penahan api neraka ini?? Hui syirik ni. Ilmu penahan api neraka adalah ilmu yang wajib dipelajari oleh semua lapisan masyarakat, tidak kire jurusan, umur, pangkat atau ape2 selainnya. Kerana ilmu ini dapat menahan api neraka sekaligus menjadikan kita orang islam yang sentiasa berada dalam syariat allah SWT. Ukuran ilmu penahan api neraka ini tidak tertumpu kepada orang perseorangan.
Kita selalu menuding jari ke arah sesuatu golongan bahawa golongan itu lah yang bertanggungjawab dalam membuat perubahan atas kemungkaran di kalangan umat islam, dan menjadi contoh terbaik kepada golongan yang lain. Wajarkah kata-kata sedemikian diungkapkan sedangkan tanggungjawab itu terletak di bahu kita. Wajarkah kata-kata itu diungkapkan seolah-olah golongan itu sahaja lah yang akan dapat menahan api neraka dan masuk ke syurga.
“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada keburukan, dan beriman kepada Allah”
Siapakh umat yang terbaik?? Adakah dikhususkan pada segolongan umat yang menuntut ilmu syariah?? Adakah dikhususkan pada juruteknik?? Adakah dikhususkan pada pensyarah atau pendakwah?? Atau adakah golongan umat yang menuntut ilmu syariah itu dikurangkan dosanya apabila melakukan kesalahan kerana telah mempelajari ilmu syariah?? Atau adakah golongan juruteknik itu tidak dikira kesalahannya apabila telah melakukan dosa kerana tidak mempelajari ilmu syariah??
Agar menjadi terbaik, kita hendaklah berada di tangah-tengah masyarakat untuk mengubah dari segala aspek kehidupan. Bagaimana?? Adakah para ustaz-ustazah mampu untuk berada di dalam hospital merawat orang sakit dan berdakwah kepada pesakit?? Adakah ustaz-ustazah mempunyai kepakaran untuk menjadi arkitek dalam membina tandas supaya tempat buang air tersebut tidak menghadap kiblat. Dan mampukah ustaz-ustazah bekerja di bank-bank bagi mengawal riba’ haram yang terdapat di bank-bank??
Kita semualah yang telah Allah taqdirkan masing-masing mengambil jurusan masing-masing agar membawa islam itu kembali bagi memelihara kehidupan manusia dari semua keburukan dalam akhlaq, dalam ekonomi, dalam pendidikan, dalam pentadbiran, dalam perubatan dan sebagainya.
Maka untuk merealisasikan impian ini, kita hendaklah hidup dalam jemaah dimana golongan dari setiap jurusan ini berkumpul bagi membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk menjadi arkitek yang berlandaskan hukum islam, doktor yang berlandaskan hukum islam, juruteknik yang berlandaskan hukum islam, dan sebagainya. Dan bukanlah menuding jari pada sesetengah golongan itu. Kemusliman itu hendaklah dipupuk dan dikembangkan agar betul-betul menjadi golongan mukmin yang sejati.
Wallahu A3lam..
~Selamat mendalami ilmu penahan api neraka~
5 comments:
tau untuk sape..
kata-kata yang dibalas dengan penulisan yang baik.. ilmu penahan api neraka..
salam..
tak ditujukan pada sesiapa.. lebih kepada peringatan untuk diri sendiri, tntg tanggungjawab..
harap tak salah faham.. tau dh anonymous tu sape, haha.. aku tknk kne saman..
cepat korg masuk bloh aku.. tk smpi brape minit pos..
Mintak kebenaran untuk ambil artikel imliah ini...
Izz al-islam.. sile lah amik.. halal, tak kene potong tgn.. huhu ayat ntah hape2 ni pun de org nk mik.. sile2..
Post a Comment