Wednesday, February 18, 2009
Resolusi Pertama
1) Memperbanyakkan program khusus yang membincangkan isu semasa di Malaysia dan seluruh dunia.
2) Menyeru mahasiswa kearah kesedaran dalaman dan ilmiah untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti.
3) Menubuhkan alumni Jordan sebagai badan bertindak untuk memberi kefahaman islam dan dakwah kepada masyarakat malaysia serta menyalurkan kepada kerajaan.
4) Menubuhkan biro multimedia, penerbitan dan komunikasi untuk melatih kemahiran ICT, menerapkan kefahaman islam dan jihad yang sebenar disamping memasatkan produk-produk melalui media cetak dan elektronik.
5) Tidak menghadkan program-program kemahiran insaniah kepada barisan kepimpinan sahaja.
6) Merancang program anak angkat bagi meningkatkan akademik, kemahiran komunikasi dan kemasyarakatan.
7) Memperkayakan diri dari segi ilmu dan pengetahuan semasa termasuk fatwa-fatwa seluruh dunia.
8) Meletakkan objektif Biro Pembangunan Media dan Akademik MPPM bago melahirkan daie yang professional.
9) Meningkatkan kemahiran menyelidik dan menganalisa isu semasa.
10) Mewujudkan integrasu dua hala antara mahasiswa seluruh negara dalam menyuarakan pendapat terhadap isu semasa.
11) Mendalami hukum hakam bagi lelaki dan wanita demi menolak feminisme dan fahaman yang seumapamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment