Thursday, February 19, 2009

Familyku permai..

Assalamulaikum..

“Peumpamaan orang-orang mukmin dalam masalah kecintaan dan kasih sayang serta pertolongan di antara mereka bagaikan satu tubuh. Jika salah satu organ mengeluh kesakitan, nescaya seluruh tubuh ikut panas dan tidak dapat tidur” (Hadits Riwayat Ahmad dan Muslim)

Alangkah indah hidup kita ni kalau semua manusia macam hadith nabi nih. Susah sama-sama, senang sama-sama. hidup dalam rukun dan damai. Setiap manusia tu dh ditaklifkan dengan taklifan masing-masing. Setiap orang ada tugas, dan kne buat tugas tu dengan baik. Jika seorang lalai melakukannya, ia akan membabitkan orang lain juga..

seperti de satu syiir saye bljr sem lepas,
"anak-anakku seperti satu anggota tubuh. Masing-masing punyai peranan yang penting, seperti tugasan anggota tubuh. Tugas hidung untuk menghidu, tugas mata untuk melihat, tugas telinga untuk mendengar. Dan kini salah sorang anakku telah meninggal, dapatkah digantikan hidung itu untuk melihat?? Maka, hilanglah satu cabang dari anggotaku"

Tetapi, ramai manusia kini yang suke hasad dengki, saling mengumpat sesama lain, mengutuk, menyalahkan orang lain, menipu kawan sendiri, dan sebagainya. Tidakkah kita baca kisah-kisah muhajirin dan ansar yang mana kaum Ansar ini sanggup memberikan isteri mereka kepada saudara baru mereka dari kaum muhajirin. Bayangkan sehingga sanggup memberikan isteri, apetah lagi, barangan lain, keperluan makanan, tempat tinggal dan sebagainya. Mereka hidup dalam keadaan cinta yang membuak-buak dengan kasih dan cinta Illahi.

Sepatutnya bagi setiap orang Islam, perlu ada semangat Win Win (menang, menang) bukan Win Lose (Menang, Kalah) sesama kita. Biar kita menang dan pada masa yang sama pesaing kita (juga kaum muslimin) tidak kalah. Tak perlu kita tindas menindas sesama kita. Tak perlu kita bertelagah sesama kita, yang akhirnya pertelagahan ini akan menimbulkan rasa tidak berpuas hati, mahu berlawan balik, bertikam lidah.

Marilah kita bersama menyuburkan semula taman PERMAI yang permai dan damai. Kita eratkan ukhwah kita yang telah sememangnya terikat. Semoga jalinan ukhwah kita dibawah satu aqidah dan perjuangan ini dilimpah ruahkan dengan bunga-bunga kasih Ilahi..

p/s : PERMAIKU!! FAMILYKU!! Nape taknak kawen ngn dak permai?? sbb permai family saye.. takleh kawen ngn family, tak berkembang, :P..
Yok ahli permai, kite ber'family day'.. ini lah masenye.. menghabiskan waktu hujung minggu ngan family, kite santai2 dan berkelah di umm qays.. ahaksss :p..

6 comments:

irbid dekat sgt said...

sya setuju ngn cik ton..hidup berorganisasi mengjar kta cara hidup yg lebih teratur n bersistematik. knape nk hidup cmtu?hidup cmtula mnjadi tunjang utk membentuk satu tamadun yg maju..wallahua'lam.

eake cik ton xnk kawen ngn family 'PERMAI'?..kuang2. itu family seukhwah,mnakn same darah yg mengalir dlm tubuh masing2.keh3..
bak lagu yg pnh sy dgr...kalau benci kataknla..kalau suka xyh malu2..(olahn sendiri)

cik santun.. said...

huhu siapakah irbid dekat sgt ni??

lavenderpurple said...

ala cik tonnn...jgnla memalu...btl ke xnk kawen ngn fmly PERMAI.leh sye nk intai sket muke tu...huhu

saye yg memahami.hhehhehe

biscuck said...

haha..lawak gak statement cik tunn.. kuikui..

family la sangattt~..:p

Anonymous said...

kalo dh jodoh, tak kemane.. permai ke tak permai ke mmj ke mmy ke.. hari ni dapat byk instant mesej kt ym ingatkan ni,

" Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah.

Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan.

Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI"

Semoga menjadi wanita solehah dan mendapat yang 'soleh'., selayaknya untukmu, dik..

cik santun.. said...

hahaha.. org cite psl tikam belakng, mengunpat, dlm jemaah sume, yg g komen cni semua psl kawen, kui3..

tkpe2, silekn mnjadi psgn ke-4 irbid...