Monday, February 23, 2009

mataku.

Bismillahirrahmaanirrahiim.. Assalamualaikum..


ini cermin mata sy yg dah terputus talinya.

"Dua nikmat agung yang sering dilupakan oleh manusia, ialah nikmat sihat dan masa lapang"
Apabila jatuh sakit, ataupun dalam keadaan sibuk, barulah mnyedari akan 2 nikmat ni.. Renung kembali nikmat Allah samada yang kecil atau besar, sungguh banyak sehingga tidak terhitung nilainya.. Dan salah satu nikmat itu adalah mata..

Kenapa sy nk menyebut mata?? huhu kerana cermin mata saya telah terputus talinya (bingkai separuh, dan bawah tu getah-tali putih- ape ntah namanya),adehhhh.. dan sy telah pergi ke kelas akhir tgahari tadi dgn keadaan macam org buta selayaknya dengan power pada cermin mata saya. Tetapi bersyukurlah kerana masih lagi mempunyai mata, walaupun akan dapat melihat dengan jelas berbantuankan cermin mata, =)

Selamatlah kalau dah berjalan tanpa cermin mata, jumpa kawan melayu dari jauh, kalau selalu boleh "haaaai", tiba tak pakai cermin mata, takut pula jika dikatakan sombong. takkan lah nk tersengih je sepanjang jalan tu, nnti kate gile pulok.. dah la tersengih, tak pakai cermin mata,tk nmpak lak tu ada tiang kat depan.. kalau terlanggar, mahu naya..

Memang benar lah mata ini, boleh dikatakan pokok pancaindera.. org bisu, orang buta, dan orang pekak.. antara ketiga2 ni, orang buta la paling kesian.. tapi selalunya org buta ni, pendengarannya tajam.. tapi kalau saya, tak pakai cermin mata, tak dengar jugak apa org cakap.. taktahulah penyakit ape pulak ni ='(..

Bagi sesiapa yg belum rabun, silalah jaga mata, dan takde 'cun' nye pakai cermin mata ni. Bahasa lebih sedih adalah 'cacat', hua3.. dan menjadikan cermin mata itu suatu yg sgt penting, dan apabila cermin mata itu pun ditarik, 2 kali keadaan nikmat penglihatan kita ditarik. dan terpaksa menangguhkan segala kerja dan terus ke kedai untuk buat cermin mata baru..

Jadi bersyukur lah dengan mata yang dikurniakan.. Orang yang menjaga matanya hanya untuk melihat kebaikan, merenung kebesaran Allah, membaca buku, mengkaji ilmu-ilmu dianggap orang yang bertaqwa dan taat disisi Allah SWT. Sesungguhnya orang yang bersyukur itu, akan ditanbahkan nikmat baginya.. Oleh itu berikhlaslah kepada diri sendiri dalam menggunakan nikmat mata yang dikurniakan Allah kepada kita.

huhu hr ni mmg byk pndang2 jeling2 org kot..
"menjeling-menjeling ku memandang, mata kita sama bertentang"...<-- btol ke??

wallahu a3lam..

8 comments:

Anonymous said...

Saudari perlu memahami makna yang tersirat di sebalik kepatahan cermin mata itu kerana tiap sesuatu itu terjadi dengan makna. Justeru apa maknanya?

Maknanya nanti dapat cermin mata barulah! Hahaha

Anonymous said...

tu la.. pandang lg org tu..

cik santun said...

ye betullll.. cm tau2 je, uhuk..
mmg dr hr tu nk buat cermin mate baru.. jd penyebab la patah tu..kikiki..

cik santun said...

spek,
pndg sape?? =D

Anonymous said...

dapat bayangkan camne cik santun bile jalan2 g jami'ah xpakai cermin mate..hu3
n mayb 1st tyme cik santun dok diam smbil xmesra alam dgn sesape yg lalu di sebelah die..heh
ape yg dpt dianalisis,cermin mate lame da merajuk ngan cik santun..dats why dye mematahkan diri=)

cik santun said...

al-huda,
tu ar, jangankan kate nk tegur, pandang pun tak.. adehh pening pale 2 hari tak pakai cermin mate.. kesian cermin mta ynag lame tu, semua kedai tak mahu menerima, sbb bingkai patah, dan cermin pecah.. betapa kesianya cermin mata kesayanganku itu..huhuhu..

al_irsyad said...

cermin mata patah yer?.

tula...sapo suruh ganas2...

kan dah patah...

sapo suruh selalu buat inbestigation...

hehe

cik santun said...

tu ar.. inbestigation cam makcik rabun dlm cite sindarella tu, huk3..
mata hanya pinjaman.. rabun2 pun hidup mesti kene diteruskan.. walaupun dh cam nak termasuk dlm tong sampah gara2 tak nmpk kereta yg laju gile nk mati.. hua3..