Friday, February 27, 2009

Aku pencinta adab..

Bismillahirrahmaanirrahiim.. Assalamualaikum..

Aku pencinta adab.. Apakah yang membuatkan saya sangat mencintai peradaban arab?? Benarkah kata-kata orang-orang yang tidak menyelami peradaban arab ini dengan berkata, 'budak adab hanya tahu syiir jiwang sahaja'.

Syair merupakan suatu hiburan bagi masyarakat arab suatu ketika dahulu. Mereka sangat kaya dengan lafaz dan uslub yang sangat indah dalam membuat syair. Tidak wujud lagi pada zaman mereka itu jinas taam, jinas naaqis, tibaaq, dan sebagainya, tetapi rentakan muzik (iiqa3 musiqi) syair pada ketika itu sangat indah.Dan mereka bersaing dan berlawan melagukan dan berbalas syair di pasar-pasar serta apa sahaja medium yang mereka dapat untuk melagukan syair. Ada daripada syair-syair itu yang mereka tulis semula dan kumpulkan, terbukulah muallaqat dan qasidah-qasidah.

Kebanyakan syair adalah khayalan para penulis, namun khayalan ini tidaklah memberi makna yang kosong, sebaliknya menceritakan tentang dirinya, atau peristiwa yang telah dialami. Mereka menyampaikan apa yang terlintas di hati dan fikiran melalui syair yang kelihatan seperti khayalan semata. Tetapi apabila kita pelajari dan hayati, akan dapat tahu, apakah mesej yang hendak disampaikan kepada pembaca sebenarnya. Contoh saya ambil seperti salah seorang penyair zaman abbasi, yang terpandang sekumpulan perempuan yang cantik dan muda. Penyair sangat takut hendak menghampiri wanita itu kerana sudah terlalu tua, namun dia menyedari bahawa cinta itu tidak mengenal warna rambut! Hakikat yg hendak disampaikn dalam syair ini adalah diibaratkan wanita itu adalah kerajaan Sultan Mutawakkil, iaitu sultan pada zaman abbasi. Rasa kecintaannya terhadap pemerintahan Sultan Mutawakkil digambarkan bersama khayalan wanita muda yang cantik..

Namun begitu, terdapat juga syair ritha' (sedih), syair hija' (cacian) dan madah (pujian), tetapi syair hija' telah diharamkan pada zaman Islam, kerana boleh menimbulkan perpecahan kauman yang sememangnya kita mengetahui mereka sangat asobiyah dan ini boleh mencetuskan pergaduhan antara puak-puak ini. Masyarakat arab dahulu sangat menghalusi kesenian mereka sehinggakan mampu membuat syair yang sangat dalam maknanya, dan hanya dapat difahami setelah dikaji dan diteliti. Jadi, untuk memahami sesuatu syair, memerlukan daya pemikiran yang kuat.

Para udaba' sekalian, marilah kita bersama-sama mencintai peradaban arab kita.
Sahabat seperjuangan adabku, -kak hajar, kak amna, kak cu, kak ummu, azimah, yati, dalilah, atiqah, shaheera, ustaz faiz, anis, wani, basyar, hanis dan miza-

p/s - kritikan (naqad) adalah suatu cara dalam memperbaiki syair. Jadi, jika ada komen, atau tersalah, silakan komen..

2 comments:

saifuddin sang filsuf said...

Saya pula pecinta falsafah. Maka tak reti komen di sini. wakaka

cik santun.. said...

falsafah dan adab takleh dipisahkan.. mcm sy belajar syiir hadith (peradaban moden la kire), antare sebab kemunduran islam ni ialah memisahkan 3 bnde penting iaitu falsafah(mantiq), adab (sastera), dan agama.. jadi, kite kene bergabunggggg..