Sabda Rasulullah : Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.
Hadith diatas menunjukkan bahawa Islam menggalakkan untuk bersukan kerana dengan bersukan kita dapat menguatkan fizikal seterusnya menjana kepada otak yang cergas. Islam menggalakkan umat menjaga kesihatan dan memiliki tubuh badan yang sihat, kerana dengan tubuh yang sihat, kita dapat melaksanakan hal-hak agama dan dunia.
Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia, dan bukanlah jalan melukakan perasaan. Pihak menang tidak harus terbawa-bawa dengan kegembiraan sehinggakan menghina pihak lawan, dan yang kalah pula janganlah dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Dan seharusnya diingat bahawa kekalahan itu adalah sebagai pembuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka sentiasa bersabar dan memandang kekalahan itu suatu yang positif dan berusaha kerah penambahbaikan untuk diri mereka.
Namun begitu adab serta etika pemakaian dalam sukan juga perlu dititikberatkan. Seperti pemain bola, jangan lah memakai seluar yang pndek sehingga menampakkan lutut. Bermain bola itu suatu ibadah, dan janganlah mencacatkan ibadah itu, hanya kerana perkara yang remeh, yang semampunya kita buat, namun tidak dilaksanakan. Begitu juga dengan wanita. Justeru, atlit-atlit perlulah mempunyai pengetahuan dan pemahaman berkenaan batasan islam dan adab dalam bersukan.
Manusia sangat cenderung dalam hiburan dan sukan merupakan salah satu cabangan hiburan. Jadi, sejauh manakah sukan ini dapat membantu dalam berdakwah?? Lihat lah Muhammad Ali yang telah meraih kejayaan yang cemerlang dalam perlawanan tinju, dan beliau melibatkan diri dalam urusan dakwah di Amerika. Ini sedikit sebanyak dapat menaikkan kemuliaan islam di mata dunia.
Contoh lain, lihat sahaja pemain-pemain bola sepak France bagi peminat bola, ramai pemainnya yang telah menganut agama islam, dan mereka tidak segan silu untuk berdoa di tengah-tengah padang sebelum memulakan perlawanan. Tidaklah kita lihat mereka sebagai contoh yang terbaik, tetapi hendak memberi contoh kepada kembangnya islam itu di dalam arena bintang sukan bola.
Janganlah kita mengambil sukan ini sebagai matlamat, sebaliknya sukan adalah satu wasilah kita dalam menjalankan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. Wallahu a3lam.
No comments:
Post a Comment