Sunday, March 15, 2009

bola.. iman..

Bola.. bola.. bola..

Tidur bola..
Duduk bola..
Baring bola..
Mandi bola..
Makan bola..
Minum Coca Cola, boikotttt...

Semalam, ade yg bengkak mata kawan-kawan yang gilekan M.U, sebab menangis M.U kalah ngn liverpool 4-1.. Haha teringat mase form 3 dulu, duduk asrama, malam2 turun tgk bola.. England kalah, sok pagi g sekolah mate bengkak..
Penyakit bola ni, buat semua penggila bola sanggup tak tido malam, bersengkang mata sampai ke pagi. Tidak kira lah samaada yang tengok di rumah sahaja ataupun pergi kedai-kedai, tengok dengan kawan-kawan.. lebih seronok kalau pergi ke uncle don, hartamas (promot.. promot..)..tempat lepak ngn kawan2 mase zaman jahiliyyah dulu-dulu.. selalu jumpe ashraf sinclair, firhad.. fuyoo.. Ashraf Sinclair minat arsenal tau, selalu pakai jersey arsenal, no 7.. haha pemilik nombor siapakah itu??

Nak cerita sikit pasal bola.. Bermain bola sepak (lebih maaruf dgn bola je), pemain yang dapat bola berusaha untuk menjaga bola tu daripada diambil oleh orang lain.. Dan berusaha untuk membawa bola tu sampailah ke jaringan gol.. Orang yang daripada kumpulan lain, akan berkejar untuk cuba merampas bola tu dari pihak lawan (kejam betul), dengan mengikut syarat (tidak boleh kene tangan, tak lebih dari garisan)..Dan berterusan sebegitu sehingga minit yang ditetapkan.. Dan juga akan diberi masa tambahan..

Begitu jugalah kehidupan kita, ibarat lah kita berlari mengejar bola tu umpama kita sedaya upaya melakukan amalan baik.. keadaan kita berlari tu umpama kesungguhan kita dalam melakukan ibadah, dan bola yang kita bawak umpamakan iman.. iman ni, akan kita jaga, takkan bagi kat orang lain, kita akan pertahankan, lindung serta suburkan dan sasaran terakhirnya adalah syurga (gol).. Selagi belum masuk gol tu, kita akan berjuang habis-habisan untuk menuju ke tempat jaringan gol.. Jika pemain yang handal-handal, akan cantik sepakan dia untuk masukkan bola dalam gol.. begitu juga sekiranya amalan kita handal, mantap dan hebat, kita akan masuk ke syurga cepat je.. dengan masa tambahan iaitu syafaat daripada Rasul SAW..

Perlunya kita ni hidup dalam jemaah seperti pemain2 bola sepak ini, ade defender, ade goalkeeper dn seterusnya.. mereka akan beermain dalam kumpulan, latihan bersama dalam kumpulan, bersatu dalam kumpulan dan susah senang bersama-sama dalam kumpulan.. jika kalah, satu kumpulan kalah, menang, satu kumpulan menang..
Begitu juga kita ni, perlu hidup dalam kumpulan. Masing2 mempunyai peranan dalam jemaah masing-masing, bersama-sama mempertahankan aqidah dan iman sesama muslim, amar makruf nahi munkar.. Jika sorang hanyut, semua akan hanyut.. nauzubillah..

Berterusan la dalam beribadah, seperti pemain bola yang diberi mase 90 minit, berlari satu padang tanpa henti.. Kite jangan ambil contoh goalkeeper lak, kang tido je..
Tapi saya paling suke goalkeeper, sgt suke Iker Casillas, penjaga gol Real Madrid ngn sepanyol.. Gile saya pada Casillas tu, smpaikn emel pun name kaka casillas.. kaka pemain ac milan.. casillas pemain real madrid.. hr tu frward satu emel kt permai ngn ukhwah.com, sekali terperanjat yg name keluar situ kaka casillas.. selalu keluar name penuh, ni name yg tu lak.. adeh, terbongkar rahsia kegilaanku dulu-dulu, kikikikiki..

9 comments:

~ZuLhAiRi~ said...

salam....wah, minat bola rupenye kamu ni...dasat2...teruskan...:P

cik santun said...

dh tk minat dh.. skit2 je.. sbb kt cni tkde uncle don.. tk thiqah la ustazah minat bola..

Anonymous said...

thiqah la ustazah minat bola..

cik santun said...

eic... thiqah tu tk layak untuk kite2 ni.. thiqah tu untuk perawi hadith, ulama'.. kite2 ni tk layak..

Anonymous said...

capikah dulu kawan lepak aku kt andalas corner.. balik tusyen, ronggeng kt tmn rkyt.. segan aku maa minah sorg ni.. ustazah baaai..

~ZuLhAiRi~ said...

xsemestinya...thiqah...kalau org biasa pun bOleh asal menjaga etika dan tatatertibnya...

bagi ulama', perawi hadith and so on...thiqah mereka dalam erti kata yg lain pula...:)

tp kalau ustzh main bOla tu...gasenye...thiqah mmg da lari la...hehe...

cik santun said...

car chunk,
best gile ar kawan2 kt andalas corner.. walaupun dah berlainan fikrah, kenangan bersama ttp tersemat dihati.. waduh2, geli lak ayat..ecehhh..

zul,
ustazah2 ade yg terer main futsal tau.. jgn pndang sebelah mata.. bukan thiqah yg lari, thiqah tk main bola.. kaki yg berlari, =)

Anonymous said...

tulisan yg sgt bermnfaat..
pndai kaitkn kehidupn dgn permainan yg sgt digilai..
beruntung la org yg suke berfikir..

Anonymous said...

muahahaha...ina lah dia temanku.dia memang minat bola.em,xsalah ustazah minat bola..em,jaga2 ya ustazah.ada yang jeling2 tu..