Monday, March 9, 2009

Hari Mekap sePERMAI..

Assalamualaikum..
Pertama dan selamanya mengucapkan syukur pada Allah, kerana dapat juga anak2 mekap saye berkumpul setelah sekian lama. Terima kasih kepada PR kerana memberi ruang kami bermesra2 sepanjang malam dengan ilmu yang masyaallah banyaknya dikongsi dari anak2 mekap saya, GEMILANG!!

Antara yang dibincang :
-menolak orientalis yang mengatakan Rasulullah gila seks..
Ketika ayah Rasulullah meninggal, ayah Rasulullah itu berumur 17 tahun, menunjukkan disini org dulu kawin awal.. tapi Rasulullah kawen umur 25.. kalaulah benar Rasulullah gila seks, mengapakah tidak kawen umur 12 atau 13 atau 14.. dan kenapa kawen ngn janda iaitu saidatina khadijah, dan dapat anak kandung dari siti khadijah saja..

Dan apabila siti Khadijah meninggal, dtg seorang sahabiah kepada Rasul, dan mengemukakan pendapat supaya berkahwen lagi, dan memberi 2 name, iaitu Aisyah dan (wallahualam lg sorg name ni keliru, antara isteri2 rasul juga), tetapi yang dipilih adalah bukan Aisyah.. Dan saidatina Aisyah adalah isteri ke3 Rasulullah..

Kemudian tentang poligami, dimana telah diperintahkan oleh Allah, dibenarkan beristeri 4 orang sahaja.. Ketika ini, Rasul mempunyai 9 org isteri pada waktu yang sama, (ade yg kate 11, sbb 2 org sebelum Saidatina Aisyah), dan nabi tidak menceraikan isterinya, kerana isteri-isteri nabi adalah ummahaat mukminin.. Org lain tidak boleh kawen dengan isteri-isteri Rasulullah selepas kewafatannya, begitu juga tidak boleh kawen dengan mereka apabila mereka diceraikan.. Jadi, apabila nabi menceraikan isterinya, tidak akan ade sesiapa pun yang boleh kawen dan menjaga isteri2 nya itu.. Dan Rasulullah tidak menceraikan isteri-isterinya.. Bukan kerana menzalimi wanita seperti yang dituduh oleh orientalis.. Sebaliknya, lebih menjaga kemaslahatan wanita.
Mulianya rasul kita.. sollallahu ala muhammad..

Dan ilmu baru dari adikku, Mariah :
Dari hadith nabi "Aku berpuasa Isnin kerana hari kelahiranku"..
Disini Rasulullah mengajar kita, supaya berpuasa di hari kelahiran sebagai rase bersyukur. Tetapi budaya yang diterapkan pada kita ialah, sambut birthday dengan makan2, parti, dan sebagainya.

Ini adalah 2 video yang saya nk kongsikan kerana telah berjaya menumpaskan air mata kami.. paling2 yang tak nangis, bergenang la jugak..

satu ni mase kuliah subuh..time kaseh pade adek yg bg kuliah subuh tu, adek Qalbi.



Jangan jadi seperti kera.. Kera ni memanjat pokok tinggi, dan diatas berjuang dengan 3 angin, iaitu angin kencang, ribut dan taufan.. Kera ni akan pegang pokok kuat-kuat takut angin kuat.. Tapi apabila satu angin ni, iatu angin sepoi2 bahasa dtg, dia akan sedap je.. tertido dan terjatu kebawah, mati.. Begitu juga lah kita.. Kita akan bersatu apabila dengan cerita Palestin diserang, rakyat Malaysia dizalimi, mase tu la kite boikot semua, doa, makin syg umat islam.. Tapi, sekarang macam aman-aman sikit, tak boikot pulak, lupa doa n sebagainya.. Jika kite seperti ini, sama lah kita dengan kera yang disebut tadi..


dan yang ni, dari blog PR.. time kaseh pd PR, bersama membangun dan menyemarakkan kerohanian..

Semoga video ini dapat menyuburkan hati-hati yang lemah dan layu..



semakin sayang pade anak-anak mekap mama =P..


k, bace buku naqad hadith.. nk exam..

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih kerana sudi jadi mama pada kami.. berbungalah sentiasa hati ini, ade kakak yang sntiasa bagi semngat.. gemilang bersama dalam mncapai mardhotillah..