Saturday, March 7, 2009

Lau kaana rasulullah haiyan fii qalbik..

Jikalau Nabi itu hidup di hatimu, ianya akan dipenuhi dengan kecintaan.
Jikalau Nabi itu hidup di hatimu, ianya akan membiasakan sunnahnya dan adabnya.
Jikalau Nabi itu hidup di hatimu, ianya akan merindukannya dan berakhlak dengan akhlaknya.
Jikalau Nabi itu hidup di hatimu, ianya akan membawa kegigihannya bersama Allah.

Matamu,
Hidupkannya dengan kehidupan mata baginda..
Jangan engkau lihat kepada perkara yang haram.
Telingamu,
Hidupkannya dengan kehidupan telinga baginda..
Jangan mendengar dengannya perkara haram..
Lidahmu,
Basahkan dengan lisan baginda dan kalam Allah,
Jangan engkau tuturkan lidahmu,
Melainkan ianya menyebabkan engkau bertemu dengan Rasulullah.

Jikalau Nabi itu hidup pada hatimu,
Nescya engkau tidak boleh memutuskan silaturrahim yang baginda laranginya..
Jikalau Nabi itu hidup dihatimu,
Nescaya engkau tidak mengutamakan sesuatu yang binasa berbanding yang kekal..
Nescaya engkau tidak cemarkan hatimu yang hidup dengan rasulullah dengan maki hamun ataupun sikap membenci..walaupun terhadap orang yang mencacimu atau menyakitimu..
Jikalau Nabi itu hidup dihatimu,
Masa itu tidak akan berlalu,
Melainkan engkau akan memohon rahsia kehidupan dengan mengingati Allah Taala.

Hidupkan masjid-masjidmu dengan membaca kalam Allah (Al-Quran)..
Hidupkan jalan-jalanmu dengan adab-adab Rasulullah..
Hidupkan pasar-pasarmu dengan adab serta hukum-hakam Rasulullah,
Yang hidup dengan berzikir, ibadah dan muamalah bersama Allah..
Hidupkan pengertian sebegini,
Nescaya engkau hidup dengan kehidupan
Yang tidak akan musnah dan berakhir selama-lamanya.
Sehingga Allah menghimpunkanmu,
Dengan kehidupan sebenar dalam alam barzakhmu.
Kemudiannya di hari akhirat bersama Rasulullah..
Kemudiannya di syurga Firdaus yang tertinggi..

Moga-moga Allah menjadikan kita dari mereka yang hidup sebegini.
“Ya Allah, Hidupkan kami dengan kehidupan kekasihmu!”

2 comments:

Naqeb Sulaiman said...

Amin.
Moga terus berpuisi untuk menghidupkan hati.

Anonymous said...

Copy ya ukhty..assalamualaikum... =)