Wednesday, April 22, 2009

cinta berapi



Cinta adalah Api.

Bila digunakan pada tempatnya, maka ia akan menghangatkan, memasak, menerangi dan membawa keindahan.

Namun bila ditaruh bukan pada tempatnya, maka akan membakar dan menghanguskan. Inilah api yang dhahir.

Bagaimana dengan api yang batin, ketika berpijar dalam kerinduan kepada ALLAH SWT.. Nafas Muhammadiy.. Jiwa Muhammadiy.. Semangat Muhammadiy saw..

Demikianlah jiwa-jiwa yang merindukan ALLAH, insan-insan mulia yang bernafas di muka bumi dalam satu nafas..

Oleh sebab itu, ALLAH SWT menamakan Nabi Muhammad SAW adalah “Siraajan Muniira” (Pelita yang berpijar terang benderang), dan pelita itu terang karena apinya. Api cinta Sayyidina Muhammad SAW kepada ALLAH SWT. Cinta yang paling suci dari semua cinta.


♥ ♥ ♥

Wallahu a’lam

diambiltanpa segan silu dari : almukminun..


Bercinta sebelum kawen??
- Menjadikan kita sangat menghormati masa.
Kejutkan subuh, waktu chat, waktu call semuanya tepat pada masa.. Namun apabila azan, menyahut seruan ilahi, dilambatkan.

- Menjadikan kita lebih sensitif.
Nak merajuk2, sudah ada orang yang menjaga hati. Jika kawan buat sedikit yang terasa, mula menarik muka masam, mengadu pada buah hati..

- Menjadikan kita sentiasa gembira.
Sentiasa tersenyum tengok handphone, sentiasa berbunga hati apabila mendengar lagu-lagu tentang perkahwinan, bidadari, puteri raja, dan lain2..

- Menjadikan kita sangat taat.
Kalau boleh, semua yang berlaku, hendak diceritakan kepada si dia. Semuanya hendak meminta izin. taat sungguh, seperti makwe mithali dan solehah la kira..

- Menjadikan duit kita habis.
Pening fikir hadiah untuk beli masa birthday, duit habis call, duit habis sms.. Tidak boleh kah simpan duit itu selepas kawen, semua akan menjadi nafqah... nafqah anak, isteri, kan dapat pahala..

- Menjadikan kita sentiasa berseri-seri
Ya, kita akan sentiasa menjaga kecantikan muka. Mulai menjaga berat badan. Beringat!!apa la guna jika mnjga kecantikan jika tidak disandarkan pada pemilik kita.. Sape yang lebih berhak??

lalu, untuk apa mahu menjadi mangsa bercinta sebelum kawen..
Cinta itu hangat bila digunakan benar-benar pada tempatnya.. indah, bukan??
(takde kene mngena dengan saya),
Belum mahu untuk punyai putera raja di hati.. =P

7 comments:

Anonymous said...

berjumpa, tidak pula bercerita soal jodoh..
justeru, apa yang berlaku wahai adindaku yg kegusaran??

Anonymous said...

ciyes nada ni macam nada cemburu gila..
apakah maksud tersirat???

cik santun said...

anonymous,

sape la anonymous yg selalu kujumpa ini??
apa yg berlaku?? hehe.. pos2 selepas ini mungkin akan lebih mnyentuh bab2 ni. kenapa?? ada sebab tersendiri..

kadang melihat kawan yang bahgaia bersama 'kekasih non halal' tu, rasa seperti mahu juga.. tapi, terngiang2 kalimah ini 'untuk apa menjadi mangsa bercinta tu' serta 'meletakkan cinta pada tempatnya, tentu indah' menjadikan diri kuat..

alhamdulillah, moga diri tak terjebak dalam kancah percintaan non halal itu.. dan tidak ada masa memikirkan perkara tu..

Allah lebih mengetahui segala yang terbaik buat hambaNya.. tak gitu??

Kuat!! Kuat!! Kuat!!

cik santun said...

anonymous 2,

maaf.. tidak ada cemburu langsung..

yang tepatnya ialah, menyampah dan meluat..

Nasuha said...

sempena karisma yg makin hmpir ni,meh le kite bercinta dengan bolaa..yeaaahh!!

anuarhasrizal said...

so how abt bercinta selepas kahwin ..komen 2.

cik santun said...

naz a.k.a wawa,

mak aii bercinta dgn bola.. kalau cinta, takleh tampar2 bola tu wawa..
yeahh tu dia wakil bola tampar irbid tuk karisma.. cayok2!!!


anuarhasrizal,

ayat ni feninn..bercinta selepas kawen.. lelaki yang dah kawen ngn anak dara org kah?? perempuan yang dh kawen dgn lelaki bukan suaminya kah??

bercinta selepas kawen (suamiisteri).. bukankah itu yang terbaik??

percintaan antara lelaki dan perempuan yang punyai ikatan yang sah, berlandaskan iman dan ketaqwaan, apa lagi yang mahu disangkal??

jangan biar diri tersungkur dalam permainan syaitan..
sekali terjebakkan diri, amat payah untuk keluar..

semoga kita semua sentiasa berada dalam redhaNya..