Friday, May 15, 2009

khulasah tazkirah

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Selepas hilang semangat melihat ketebalan nota arab untuk imtihan nihaie semalam, alhamdulillah, dinaikkan semangat itu dengan tazkirah kak aimi yang begitu panas dan mantap.


" man yuridullahu bihi khairan, yufaqqihu fiddin"

Bagaimana dapat merasakan yang diri telah difaqihkan oleh Allah seperti hadith nabi ini? Adakah kita semua telah digolongkan dalam golongan yang Allah mahukan kebaikann keatasnya? Adakah ilmu yang kita pelajari dalam kelas itu, sudah cukup untuk kita menjadi golongan yang nabi sebutkan itu??


UNTUK APA??
Untuk apa kita belajar?? Untuk apa kita menjejak bumi anbiya' ini?? Adakah kerana hendak mendapat title 'oversea'?? Adakah kerana mahukan populariti?? Sudah tentunya segalanya untuk mendapat keredhaan. ya, tidak?? Tapi, bagaimanakah ilmu itu diredhai sekiranya ilmu itu tidak kita praktikkan?? Ilmu itu sendiri, adakah dia redha, sekiranya kita memilikinya, tapi tidak digunakan??

ILMU TANPA AMAL.
Apalah guna sekiranya kita belajar segala macam bidang ilmu di dunia ini, namun tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Semua ilmu ada manfaat tersendiri, tp bagaimana kita mahu kaitkan ilmu dengan mengenal Allah. Ilmu syariah sendiri, yang sudah sememang jalannya kita nampak untuk mengenal Allah, tapi berapa ramai yang mempraktikkan ilmunya? Bidang adab, bagaimana kamu belajar falsafah, dan dengan apa yang dipelajari itu, dikaitkan dengan pencipta? begitu juga ekonomi.


PENDORONG
Apakah yang menjadi pendorong kita berjaga malam untuk membaca buku, dan mengharamkan tidur, masing-masing punyai jawapan..
Sekiranya pendorongmu itu adalah mahu mengejar muaddal yang tinggi, kerana mahukan kesenangan, mengejar pangkat dan ingin bersaing semata, maka rugilah waktu kamu belajar tanpa tidur itu.
Sebaliknya, jika bangun malammu itu semata mahukan keredhaan Allah, menghidupkan sunnah Rasulullah, serta mengelokkan akhlakmumenyucikan budi pekertimu serta menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau.


GELOMBANG
Apabila kita berdoa, doakan untuk sahabat-sahabat kita juga. Dalam satu penyelidikan, apabila kita mengingati seseorang, gelombang kita akan sampai ke orang itu, dan berpatah balik ke kita, maksudnya orang itu pun akan mengingat kita juga. (camtu la lebih kurang - selamba membuat fatwa sendiri).. Begitulah juga di dalam doa, apabila kita mendoakan orang lain, gelombang itu akan sampai ke orang yang kita doakan itu, dan dia pun akan mendoakan kita. Apabila kita mendoakan kebaikan orang lain, orang yang kita doakan itu mendapat kebaikan, kita yang berdoa akan lebih-lebih lagi mendapat kebaikan.. Jika semua begitu, kita semua akan berjaya dengan cemerlang.


USAHA vs HASIL.
Ada orang yang usahanya lebih, tapi hasilnya tidak seberapa. Ada juga yang usahanya kurang, tapi result semua gempak. Ada juga yang usaha setimpal dengan hasil.
Kita jangan tertipu dengan natijah imtihan. Ingat, semua itu datangnya dari Allah. Sekiranya Allah mahukan kita mendapat banyak, kita akan dapat banyak, dan bersyukurlah, moga-moga nikmat itu ditambah lagi. Sekiranya Allah mahu kita dapat sikit, kita akan dapat sikit, dan bersabarlah serta renungi balik dimana silapnya. Kesemua yang berlaku ada hikmah.

DOA
Doa itulah senjata orang mu'min. Saat kita tidak punya sesiapa untuk bergantung harap, di dalam hati kita yaqin Allah itu ada, dan bagaimana cara kita hendak berhubung dengan Allah untuk meminta sesuatu? dengan berdoa. Doa!! dan Doa!! semoga ilmu yang kita perolehi diberkati dan dapat kita sampaikan kepada generasi akan datang.


Maaf, ni hanya kesimpulan saja, hihi. Almaklum la semalam duduk sebelah kami, memang dia yang paling bersemangat, duduk depan sekali, kak aimi pun mengadap dia ja, tapi dia juga yang paling banyak gelak.. hua3.. nasib baik akk santun yang duduk sbelah dia, sopan la sikit, duduk tersipu-siputtt.. =P..

Semoga sahabat2 dan akk2 nak khirij, kak ahiasah, kak aimi, kak nadia, kak timah, kak hajar, kak cu, kak amna, dan semua akak2 iqitisod, kak beah, kak ika, kak su, (semua akk2 iqtisod 23 orang), berjaya khirij dengan muaddal dan syakhsiah yang cemerlang..

Pengisian solat hajat perdana - solat maghrib, solat hajat, bacaan yasin (dituju juga kepada ummi halimaton dan nenek kak ifa), tazkirah, solat isyak, santapan baton,keh3, bukan nak berlagak, tapi sy yg buat air, dorg kate air sedap (bukan nak kate ape la, kn??).. eh2, masak bubur jugak.. tak caya tanya kami.. kan kami?? uhuk3..

3 comments:

mastermind said...

bagus2 cik ton ni..
sampai buat air pn nk masuk
dlm blog.kui3..
ikhlas x ikhlas ni buat air?

klu xden yg rso dh lame dah
air ekao tu tawaq habiaq..haha

pasni klu ekau basuh pinggn ka,
basuh baju ka,masak air ka,tanak nasi ka,boley la post byk2 lagi ea
huhuhu..

semangat cik eton!!! yeah!

~ZuLhAiRi~ said...

salam...

ana suka baca khulasah tazkirah ni, kalau dpt dengar semua mesti lg besh, nak2 dengar face to face...hehehe...

apa pun syukran sgt sudi berkongsi...ana suke...ana suke!...:D

cik santun.. said...

mastermind,

eh, ikhlas dalam hati la..haha..

air tu sebenarnya dah sedap dah.. aku bg ko rasa ja, kene ar dapat ittifaq udaba' sedap tak sedap.. kui3..

nak belagak sikit2 je..nak letak semua, blog pn tak cukup nk letak semua kerajianan2 aku, wakakaka.. kn paling rajin dalam umah.. keh, =P..


zul,
wsalam..

haih, mufti yg bagi tazkirah mesti lg best.. mesti semua tumpu je perhatian.. nak ber'ibadah sirr' pn tak sampai hati.. hehe..

ilmu Allah semua, kongsi la.. kalau ilmu sy, nak gak kedekut2..=)