Friday, May 1, 2009

mempercintakan sahabat.

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Mempersahabatkan cinta dan mempercintakan sahabat.. bagaimanakah??

Bagaimana cinta itu tanpa didahulukan dengan bersahabat.. dan bagaimana bersahabat itu tanpa diselangi dengan cinta??
Cinta dan persahabatan, 2 bnda yang bergerak bersama. dimana ada cinta disitu lah wujud persahabatan.. dan dimana ada persahabatan disitulah tercalit percintaan..

Cinta dan persahabatan itu tidak harus dipisahkan, dan tak perlu bincang mana yang lebih kita dahulukan. Sememangnya kedua ini merupakan saudara kembar. Tapi kekadang, cinta itu yang merosakkan persahabatan, ='(.. Cinta yang bagaimana yang saya maksudkan?? jika cinta Allah, rasul, tidak perlulah diceritakan..



Cinta dan Persahabatan adalah sahabat baik, selalu bermain bersama, bergurau senda. Pada suatu hari, pemikiran Cinta telah dikuasai oleh nafsu, dan berfikir bahawa Persahabatan telah menggugat dia untuk mendapat perhatian.



"Seandainya tidak ada Persahabatan, mungkin aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak orang memberi perhatian kepadaku" fikir si Cinta. Sejak hari itu, Cinta memusuhi Persahabatan. Apabila Persahabatan bertanya apa2 kepada Cinta, Cinta hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi meninggalkan Persahabatan.



Kesedihan pun menghampiri Persahabatan dan Persahabatan tidak sanggup menahan air matanya dan menangis. Kesedihan hanya dapat termangu memandang Persahabatan yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa Persahabatan, Cinta mulai bergaul rapat dengan Kecewa, Putus asa, Kemarahan dan Kebencian.



Cinta mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang mulai tidak menyukai Cinta. Cinta mulai dijauhi dan tidak lagi disukai.Walaupun Cinta cantik, tetapi sifatnya mulai memuakkan. Cinta menyedari bahwa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak orang yang menjauhinya. Cinta mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Cinta, dan menyampaikan kepada Persahabatan bahwa Cinta sedang dalam kedukaan.



Dengan segera Persahabatan berlari dan menghampiri Cinta. Saat Cinta melihat Persahabatan menghampiri dirinya, dengan air mata yang berlinang Cinta pun meluapkan seribu penyesalannya meninggalkan Persahabatan.

Cinta bertanya pada Persahabatan, "mengapa engkau ada jika aku sudah ada, lalu Persahabatan menjawab,untuk meletakan senyuman ketika kau meninggalkan air mata,”.. terjawab lah akhirnya pertanyaan yang sentiasa bermain di benak pemikiran Cinta..

Saya juga sangat menyayangi sahabat, semoga cintaku ini tidak palsu.. dan semoga kemesraan ini bukan lakonan.

6 comments:

lavenderpurple said...

weh lawak gile entry ko yg ni.yg lastttttttttt skli ayat bwhhhh skli.huhu.

weh aku nk kasi award kt kola sebagai....taraaaaaaaaaaaa:
PELAKON TERBAEK 2006-2009 adalah....
SHAFIQAH SANTUN a.k.a CIK TON

tahniah kami ucapkan...

cik santun said...

ko jgn buat aku gelak guling2 kt sini..hahaha..
tu ar, dh 3tahun jadi pelakon, baru skrg dapat anugerah..
takpe la ye, usaha kn tangga kejayaan..keh3..

jangan berlakon..berlakon tu ibarat menyembunyikan duri dalam baju.. last2, sndiri juga yang terkena dan sakit..

jd penyanyi tkpe.. keh3.. rumah kita kn ramai penyanyi.. ziana zain, anis suraya, hahaha..

mastermind said...

"Saya juga sangat menyayangi sahabat, semoga cintaku ini tidak palsu.. dan semoga kemesraan ini bukan lakonan."

setuju ngn ayt ni..

sungguh aku menyayangi shbt wlu dlm suka n duka..cuma kita kne pandai mengawal emosi tatkala ada perselisihan antara kita..
bila sudah keluar ayt yg xsptutnya takut2 sendiri yg akn nyesal..

(huhu..tingat akn kelakuanku)
maafla ea andai ada terguris hati..

'mempercintakn shbt'..
adat bersahabt penuh dgn gelak tawa,marah hiba..
tpi inilah lg yg akn menguatkn
ikatan persahabtn kita..

huhu..sungguh ak xsangka..
selama ini lakonan yg 'kau' persembhkan..

hebat..habat..hebat..! tahniah!
boleh menang anugerah skrin tu..
anugerah skrin pn setahun skali je..
huhuhu..

cik santun said...

komen mastermind yg sgt menyentap qalbu (kalbu, albu, jalbu, galbu - kata doktor yahya syatnawi)

jgn melafazkan kata yg terlalu ikut emosi.. lebih lagi yg sejantina kita ni.. bukan kita sahaja yang ada perasaan, org lain juga..

haha masing2 menunjuk kehodenismeannya menjadi pelakon.. apa pun, kita dah ada pelakon wanita veteran terbaik dan tetap laa, =P..

leraikan je sengketa tu.. fikir2 balik silap kita, hikmahnye msti ada..

1) dapat makan banyak2.. =P
2) kurang berebut tandas..=)
3) buat kita lebih matang, lebih bersedia menghadapi ujian2 sebegini pada masa akan datang..

tarbiyah Allah sentiasa bersama kita, kalau kita sentiasa mencarinya..ya,bukan??

hasif said...

haha
dey,apa da korunk..cilok ayat gua beb..

aku nk tulis ape ye?habis skrip aku kena hambik..kahkahkah..

xpe la bai,bagus jgk korunk da tulis..nnt aku pikir ayat lain la plak..

hamba hina di mata ALLAH said...

entry yang menarik..

PERSAHABATAN akan lenyap bila CINTA itu bukan keranNYA..

Hanya PERSAHABATAN yang mampu mengalahkan CINTA bila kita sandarkan ia kepada Yang Hak..

Tapi sering kali PERSAHABATAN kalah bila CINTA menguasai..

PERSAHABATN itu manis..
CINTA itu juga manis...

Tapi bila PERSAHABATAN pergi, kita kan kenangkan ia kenangan manis..

Tapi bila CINTA yang pergi, kita akan tahu ia kenangan pahit untuk kita