Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu.


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sungguh!! nilai kasih ibu tiada tolok bandingnya.. apa saja kemahuan, sebolehnya diturutkan sekiranya mampu..
"Ya Allah! Ampunilah diri kami dan ibu bapa kami, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kecil. Jadikan kami anak yang solehah dalam keluarga yang engkau redhai.. Jadikankah kami penyejuk mata mereka,temukanlah kami jodoh yang boleh menyayangi mereka sepertimana kami menyayangi mereka"..

2 comments:

lavenderpurple said...

cik ton dah nk jadi ibu dah.huk33..

cik ton bilela hang nk join kursus umhtangge ha?hhahahha.

xleh nk jd ibu lg nih.pening kple ank2 ko nnt.ank nth mane makpun nth mane.hik333

cik santun.. said...

aish blenderpurple ni!!!
aku ni calon ibu mithali tau! mana ke nak jadi ibu dah.. kawen pun belum..

join kursus umahtangga?? ai, umah ni kan dh de tangga.. ko nak buat tangga g mane lagi?? naik bumbung??