Friday, May 8, 2009

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis.

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah...

Sekian lama menjengah2 ke blog sahabat-sahabat malaysia, selalu gak jumpa iklan ni.. Diam2 je la, tk komen pun.. Sekali ada gak orang mintak letak kat blog ni, haha.. Hei, layan je laaa... Diam tak bermakna tak ambil tahu, hehe.. Iklan ini mula digembar-gemburkan bermula 16 April sehingga kini.. Tapi, dh tarikh tutup daftar dah, hihi..

Ntah camane saya pun leh tersesat diorg suruh iklan kat blog, adehhh (bajet comel la tu, =P).. dari Pembina Melaka.

konvensyen-berakhirnya-agenda-zionis

PWTC, Kuala Lumpur: Persatuan Belia ISLAM Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis bertempat di sini, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Seminar sehari ini menyaksikan kehadiran panel-panel hebat yang dijemput khas dari luar dan dalam negara. Butiran lanjut tentang Konvensyen ini adalah seperti berikut.



Hari : Sabtu
Tarikh : 9 Mei 2009 (14 jamadil Awal 1430 Hijriyah)
Masa : 8 pagi - 5 petang
Yuran Penyertaan: RM 10.



Seminar yang bertujuan mengumpulkan para belia dari seluruh pelusuk tahanair agar menghayati dan memahami isu ini turut akan mengadakan pameran dan jualan sepanjang berlangsungnya konvensyen. Dengan kerjasama Aman Palestin, antara panelis yang dijemput serta tidak asing dalam isu ini di peringkat antarabangsa adalah seperti Dr. Azzam al- Tamimi (London), Assoc. Prof Dr. Mohsen Salleh (Lebanon) dan juga Dr. Roslan Mohamad Nor.



Konvensyen yang menyasarkan kehadiran lebih 3000 orang turut mengharapkan sokongan dan kehadiran belia dari sekitar Melaka. Bagi para belia yang duduk di sekitar Melaka dan berminat menyertai konvensyen ini, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Saudara Lukman al-Hakim di talian 019-2... atau e-mail kepada editor [at] pembinamelaka [dot] com selewat-lewatnya sebelum 1 Mei 2009.

2 comments:

~ZuLhAiRi~ said...

salam...

jom2...sapa nak p join geng kami, dari melaka kami 3 bas, jom kita pergi konvensyen zionis!...eh, konvensyen berakhirnya agenda zionis la...:p

cik santun.. said...

wsalam...

dari jordan 1 kapal terbang..jom2 pegi...