Sunday, June 7, 2009

tebas menebas..

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah, setelah sekian lama kurang menjengah pada blog kesayangan ini, akhirnya malam ini dapat juga menghabiskan masa untuk bermesraan dan bermanja-manjaan dengan blog ini. Asalnya ingin menulis seperti perkongsian tentang aktiviti menebas ghobah soghirah bersama sahabat2 lain, tapi apabila difikirkan semula, tidak wajar rasanya, kerana perkongsian itu seolah tidak mendatangkan manfaat. Fikir semula ketika mula berblog, adakah untuk menulis diari sebgai perkongsian, atau menerpa nama semata?? sudah tentu tidak!! Lalu, untuk apakah saya menukilkannya?? Ayuh, baca lagi.. Semoga bermanfaat..


Situasi kepelikan..

Hari pertama menebas, ialah pada hari pertama bermulanya cuti. Seorang sahabat berjumpa dengan tuan rumah untuk meminjam cangkul atau alatan2 lain yang sewajarnya untuk projek hari pertama cuti kami ini, namun hampa apabila tuan rumah kata dia tidak punyai walau satu pun alatan itu. Dan kami pelik sesama sendiri "Apakah orang tempatan tak ada satu pun alat2 tu?? kalau rumah aku kat Malaysia bukan setakat cangkul, malah sabit, mesin potong rumput, bahkan bulldozer juga ada di rumah". Pelik, kan?

Maka, kami pun mulakan projek dengan membalut tangan dengan plastik, dan dengan menggunakan pisau kami yang masih baru dibeli. Tidak mengapalah, itulah gunanya pisau. Apa guna pisau yang masih tajam kalau tak digunakan. Terkenang pisau itu juga yang telah menyiat kulit salah seorang sahabat serumah saya ketika hendak memotong ayam. Berbakti sungguh bukan pisau itu?? hehe.. Jadi, kami mulakan dengan bahagian ghobah di bahagian kanan dahulu, sunnah la tu, mulakan kanan..


Situasi hari pertama - ghobah sebelah kanan..

Ghobah sebelah kanan ini, kawasan kecil sedikit dari sebelah kiri, dan hanya punya satu saja pokok. Lalangnya panjang-panjang tetapi pokok duri hanya sedikit, cuma di tepi saja. Jadi, hari pertama ini, kami agak seronok sikit membersihkan laman ini, kerana tak perlu risau tangan tercucuk duri walau ada juga tercucuk sedikit, tapi biasalah adat berkebun. Jika taknak gatal, taknak berdarah, pilih sajalah untuk tidur. Ya, tidak?? Selepas dibersihkan, barulah terasa seperti laman rumah saya ini besar, dan bila terpandang bawah tangga, terfikir "Best jugak petang2 main lari2 ke nyorok2 ke bawah tangga ni".. Lebih lagi apabila dibersihkan, tarik semua ranting2 yang sudah mencacak dan daun2 yang sudah menjalar, baru kelihatan seperti taman, tidak lagi seperti ghobah soghiroh, =P..


Situasi hari kedua - ghobah sebelah kiri..

Ghobah sebelah kiri, lalangnya agak kasar, pokok duri merata-rata, banyak sangat sampah yang terselit di pagar, yang dibuang dari makhluk-makhluk yang tidak punyai akal barangkali serta pokok bunga layu yang merimbun. Jika musim bunga, kawasan inilah yang sangat cantik, musim salji juga, kawasan inilah yang akan berebut2 nk tangkap gambar.Tapi bila tiba musim panas, janganlah mengaku pernah bergambar disitu, hihi.. Dengan hanya 2 pisau juga, satu penyapu, satu penyodok, satu batang kayu dan tangan masing2 yang berbalut plastik, kami mulakan.. Memang susah, sehingga jadi kayu masing2 tidak tahu hendak berbuat apa. Tapi, dengan cogankata "sikit je lagi ni, sikit je lagi ni", kawasan yang asalnya tidak kami terniat untuk membersihkan semuanya akhirnya ditebas sehingga ke hujung sana.. Semua gara-gara semangatnya akk senior kami kak ahiasah dan kak aimi yang sgt bersemangat menebas, juga semangat sahabat2 saya yang sememangnya bersemangat..


Suatu persamaan..

Persamaan yang bagaimana saya ingin bawakan pada anda?? Ok, ibaratkan taman-taman itu seperti mad'u, dan alatan berkebun itu sebagai cara kita berdakwah..

Situasi taman sebelah kanan itu, tamannya lebih kecil, lalangnya tidak menyakitkan, hanya saja perlu berusaha untuk menghabiskan kerja-kerja.. Inilah ibaratnya mad'u yang lebih senang dilentur, hanya dinasihatkan dengan baik, sudah boleh terima. Walaupun kelengkapan tidak mencukupi, iaitu cara berdakwah kita kurang menarik, tidak bersesuaian tapi boleh saja diterima, cume mengambil masa yang lama.. tapi kan lebih bagus jika kita menggunakan cangkul untuk membersihkan laman itu, iaitu menggunakan uslub yang bersesuaian dalam berdakwah.. bukankah lebih senang?? ya, kn??

Lihat pula situasi hari kedua itu, pokok duri di mana-mana, perlu berhati-hati, memasukkan pokok2 itu ke dalam plastik hitam juga perlu berhati-hati.. Inilah mad'u kita yang sukar dibentuk, kerana duri itulah penyebabnya. Jadi, perkara pertama haruslah membuang dahulu segala pokok duri yang mencalar dan melukai tangan dan kaki itu. Membuang pokok duri juga perlu dengan caranya, kerana apabila jatuh duri itu ke tanah, ia membuat kaki orang lain pula terluka.. Begitulah juga mad'u kita, kita perhati dan kaji dahulu silapnya, lalu dengan berhati-hati kutip keburukan itu dan campak jauh-jauh.. Paling penting, bersabar itu perlu.. Istiqamah dan jangan berputus asa.

Setiap orang islam adalah daie. Jangan segan untuk mengaku anda adalah seorang ustaz atau ustazah. Tapi juga seorang doktor, jurutera, akauntan, harus malu jika apa yang kamu pelajari itu tidak dihubungkaitkan dengan islam.. Ilmu saya juga tidak seperti ustaz-ustazah, tapi jika mahu menunggu ilmu semantap ustaz-ustazah, bila agaknya ya?? sampai mati juga belum tentu.. Jadi apa yang saya mahu kongsikan, yang baik, ambillah.. yang tak baik, campakkan di laut mati, =P

Ayuh kengkawan, kita perbaiki diri dari ghobah ke hadiqah jamiilah.. Maaf ya, nak tangkap gambar asik lupa, padahal depan umah ja.. hehe nanti la.. Pakcik2 serta syabab arab yang melihat kami membersihkan laman ini, hanya satu kupinta iaitu merasa segan jangan lagi membuang sampah dengn selamba badak di hadapan rumah ini. Tidak malukah?? Rumah kami bukan tempat pengumpulan sampah.. <-- tidakkah ayat ini seolah syabab arab bangunan depan ni bukak blog saya, atau faham apa yang saya tulis?? hahahaha..

Wallahu a'lam..Sekian, wassalam..~~ngantukkkkkk...

2 comments:

~ZuLhAiRi~ said...

salam...

Dari kuala sungai diredah,
Cantiknya pemandangan sungguh indah,
Impian Shafiqah terlaksa sudah,
Ghobah menjadi hadiqoh jamilah.

jangan main2, jangan sangka air yang tenang takdak bOya...jangan disangka cik santun malas berkebun...xpercaya?...buktinya pergilah ke bait insyirah...hihi

Insyirah said...

Salam kak,
mabruk3 :D Lepas niey make over bahagian laen lak yerk! Sambil2 senaman tangan, hik3 :D Pasneyh tanam bunge lak yerk :P