Thursday, August 27, 2009

Jaulah Mesir (2)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Perjalanan hari kedua di Mesir adalah ke Sinai,selama 3 hari 2 malam..Sepanjang perjalanan itu,perhentian pertama kami adalah di Tuba..

TUBA
Tuba adalah kubu terakhir Israel dalam penaklukan Mesir. Benteng2 tugu ini telah ditutupi oleh pasir2 sehinggakan mengaburi mata para muslimin ketika itu. Tentera islam sangat hairan dari mana bom Israel datang mengebom jentera2 mereka. Akhirnya pada suatu malam, seorang ulama' muslim telah bermimpi untuk menghancurkan Israel hanya dengan menggunakan air saja. Mereka telah menggunakan air dari udara ke padang pasir tersebut sehingga akhirnya pasir2 itu jatuh dan terlihatlah kubu2 Israel laknatullah itu, dan akhirnya kawasan itu ditawan semula oleh Mesir.


Kereta kebal yang terdapat di dalam kubu2 itu dapat mengesan objek sejauh 60 km jauhnya. Tetapi ianya hanya akan dikeluarkan selepas mendapat arahan dari bilik yang satu lagi yang berada di atas bukit, didalamnya terdapat teropong.Jadi kereta kebal itu dikawal oleh sistem di bilik itu.
Inilah teropong yang terdapat dalam bilik kawalan ini. Dari sinilah akan memberi isyarat kepada orang bawah untuk bersiap sedia bertindak. Sudah tentu orang yang berada di bilik ini yang paling berisiko sekali untuk mati awal, kerana satu saja di atas bukit.Strategi mereka dahulu saya tidak tahulah, tapi jika saya jadi pihak musuh, memang itu dulu saya serang., =P..


Kesan tulisan yang ditinggalkan disini adalah berbahsa Ibri, saya pun tidak faham bagaimana bahasa ini, tapi itulah yang telah diberitahu musyrif kami.


*************************************************
UYUN MUSA
Seterusnya kami ke Uyun Musa (Mata air nabi Musa), tetapi yang ini punyai khilaf.


وإذ استسقى موسى لقومه فقلنا اضرب بعصاك الحجر فانفجرت منه اثنتا عشرة عينا قد علم كل أناس مشربهم كلوا واشربوا من رزق الله ولا تعثوا في الأرض مفسدين(60)

Ayat ini dari Surah Al-Baqarah ayat 60, sila buka al-Quran teman setia sentiasa di hati masing2 serta tadabburkan ayat ini. Ayat Quran yang terbukti depan mata, tiada apa keraguan bagi al-Quran itu, Islam itu benar, Al-Quran itu benar, Rasulullah itu benar, nabi2 terdahulu juga benar!!
Ketika Nabi Musa memohon kepada Allah untuk memberi kaumnya air, maka Allah telah memerintahkannya untuk memukul batu dengan tongkat kayunya, dan dari situ terpancar 12 mata air dan diberi minum pada 12 kaum pada ketika itu. Memang benar disini punyai 12 mata air tetapi yang masih kekal sehingga kini adalah sebanyak hanya 3 sahaja, yang lain itu telah dikambus oleh tanah pasir.

Pokok ini, menurut orang arab yang jaga tmpat tu, pokok ini, punyai kalimah ALLAH.. Lihat ya, Alif di hujung sana, kemudian Lam, Lam dan Ha' di hujung sana pula. Dapat lihat?? Siapa tak dapat lihat, Jumaat terakhir barangkali, =P..


Tempat yang kami pergi ini adalah qiil yang tidak berapa kuat, dan qiil yang kuat tentang mata air ini adalah ia terletak di Wadi Muqaddis, akan kita tiba di tempat itu sebentar lagi ya!

********************************************************
HAMMAM FIRAUN
Seterusnya ke Hammam Firaun, Hammam Firaun ini adalah tempat firaun berendam atau bermandi manda. Airnya busuk berbau belerang, dan panas. Disini juga terdapat gua yang panas, baik untuk kesihatan. Didalamnya bergelimpangan orang ramai yang inginkan sauna semulajadi.



******************************************
ST. KATHERINE??
Kemudian kami pun tiba lah di destinasi sebenar, kawasan Bukit Sinai.. Sepenjang perjalanan saya tertanya2 mengapakah disini terdapat Hospital St. Katherine, Restoran St. Katherine, Hotel St. Katherine. Siapakah gerangan pemilik nama St. Katherine ini yang namanya sangat terkenal dan sangat agung di tempat ini?? Agak tersilap juga saya tidak mencari dulu apa2 yang berkaitan dengan bukit sinai ini sebelum ke Mesir dan kurang pengetahuan tentang tempat tersebut, tetapi saya tidak menyangka akan nama yang pelik ini boleh wujud di tempat bersejarah para rasul. Di sepanjang jalan penuh namanya, segala binaan disandarkan dengan namanya.

St. Katherine adalah nama seorang kristian yang telah menawan Bukit Sinai suatu ketika dahulu selama 68 tahun. Dia akhirnya telah menjadi pengikut nabi Musa, namun orang2 kristian tidak katakan begitu, dan mendakwa bahawa beliau tetap seorang kristian, dan menganggap St. katherine adalah Saidatina Maryam, ibu Isa Alaihissaalam. Kerana itulah, gereja sangan banyak disana, termasuklah di sebelah maqam nabi Salleh..

WADI MUQADDIS
Jam 5.30 (janji asal pukul 5, ntah kenapa ade org tu punye perut buat hal,=P), kami ke Wadi Muqaddis. Di wadi Muqaddis inilah qiil yang kuat dan rojih mengatakan ia tempat sebenar uyun nabi Musa. Lihat, punyai 12 garisan yang dikatakan nabi Musa memukul tongkatnya disitu dan terpancar 12 mata air dari tempat pukulan itu..


WADI ARBAEIN
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke atas bukit untuk menuju satu lagi lembah iaitu Wadi Arbaein. Wadi Arbaein adalah tempat yang dikatakan disini berkumpulnya 40 orang rasul.

gmbar hiasan semata.. gambar di Wadi Arbaein tidak ada satu pun yang sesuai untuk dikongsikan..

3 comments:

Mr. Swift said...
This comment has been removed by the author.
~ZuLhAiRi~ said...

wadi qurra' x p ke?...hehe

cik santun said...

Zul,

Wadi kure2 tu takyah mendaki!! klik2 je.. Kalau mendaki lambat sampai, sbb kn kure2, =D (ketawa besar)..