Tuesday, September 15, 2009

Cinta Gorilla (3)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah ats segala nikmat kurniaannya, masih lagi hamba ini dapat bernafas .. Tuhan pemberi rezeki yang melimpah ruah, moga terus dibuka pintu rezeki buat kita. Selawat dan salam buat Rasulullah serta pengikut2 ajaran islam sehingga ke hari akhirat..

Petang itu, aku berborak lagi dengan Afiq,

Afiq : Assalamualaikum sayang, rindu abang tak??

Aku : Waalaikumussalam abang.. mestilah rindu!! abang tengah buat apa?

Afiq : Tak buat apa.. tengah dok berangan la dengan bakal isteri abang..

Aku : Hihi... abang berangan apa haaa??!

Afiq : Ade laa.. Sayang, nanti dah kawen, sayang nak anak berapa?? abang nak 12 tau!

Aku : haa?? amboiii!! nak buat team bola sepak ke? ala 7 la paling banyak pun..

Afiq : Ala 12 la, jeles la tgk kawan2 yg dh kawen tu anak diorang dh berapa dah.. hari tu pergi rumah kawan, anak kawan abang tu panggil ayah dia "abi.. abi.. abi..", ala syoknyaaa!! kan best ada anak sendiri..

Aku : Dah tu, datang la rumah cepat.. sayang tak sabar terima berita gembira abang dari umi abi tau!

Afiq : Ya?? boleh?? yes, dah dapat lampu hijau dari sayang, sekarang jugak abang pergi!!

Aku : Eleh, macam la umi abi bagi. Abang tu kerja pun tak lagi. lepas kawen nak bagi sayang makan apa?? pasir rebus?? ala kurus la sayang camniiiii... nanti sayang masuk bersamamu pulak.. kisah keluarga anak 12 hidup kat rumah pondok, atap bocor2, pakai air perigi, hahaha..

Afiq : Ha baguslah! famous kita satu family.. lepas tu bersamamu bagi duit lagi.. ha, kan best!!

Aku : Heee takmooo2!! nak cari orang lain la camni! nak anak dato' ke, anak raja ke.. ha, dapat duk rumah macam istana, honeymoon kat luar negara, switzerland ke..huuu beshnyaaa!!

Afiq : Owh, memilih! cuba lah redha je dapat suami macam ni.. abang ni cukup hensem pe.. tegap lagi tu.. sayang, rumah idaman sayang camne??

Aku : Hmm sayang nak rumah banglo kat tepi pantai.. pastu depan rumah ada laman besar, tempat minum petang dengan abang dan tengok anak2 main..

Afiq : Tepi pantai?? ha eloklah, kalau tsunami, family kita kene dulu..

Aku : Ish, tak baik taaauuu!!

Afiq : Yela2, takkan abang nak doakan family kita macam tu.. kalau nak kita hidup satu family, sayang kene la jangan cari anak dato', abang kan ada, abang cucu atok, ok la tu kan??

Aku : Alah, tu nak buat apa.. Semua orang cucu atok.. Apa la abang ni!! Abang, terima kasih ya abang, sebab sentiasa bersabar dengan sayang. sayang taktau macamane hidup sayang tanpa abang.. abang la yang menggembirakan sayang tau..

Afiq : Mestila abang kene menggembirakan isteri abang, ni la latihan untuk kita selepas berkawen nanti bagaimana nak membahgiakan hati isteri..Sayang pun!! Jangan nak berfikir bukan2, masuk bersamamu lah, itulah, inilah..

Aku : Eh abang, dah azan la.. sayang nak pergi solat ya..

Afiq : Owh ok! Assolatu ala waqtihaa, jangan lewat2kan solat ya!! sayang doakan abang ya, doakan kita dapat hidup bersama, doakan cinta kita tak melebihi cinta kepada Allah, doakan moga2 cinta kita ini diredhai Allah..

Aku : Ya abang, sayang sentiasa doakan.. Assalamualaikum ya habibi!!

Afiq : Waalaikumussalam ya khaliilati!!!

Aku tersenyum mendengarkan kata Afiq itu, selepas solat asar berjemaah di musolla, seperti biasa pasti akan ada pengajian. Hari ini pengajian kitab bertajuk perkahwinan. Berkobar semangatku untuk menghadirinya, aku datang awal, dan mengambil tempat depan sekali di bahagian muslimah..

Ketika pengajian, fikiranku melayang mengingati Afiq, terdengar cebisan kata2 penyampai petang itu,

Perkahwinan bukanlah suatu yang mudah!! Ia adalah tanggungjawab yang sangat berat, yang perlu mengikut al-Quran dan as-Sunnah.. Ianya untuk manusia mencapai kebahagiaan, tetapi kebahagiaan itu haruslah berada atas landasan syariat, sejak awal lagi. bagaimana?? bermula dari proses taaruf, khitbah, sehingga ke peringkat2 seterusnya.. Jika dari awal sudah diselangi nafsu syaitonnn, bagaimana mahu mendapat kebahagian yang dicari pada hujungnya?? Bagaimana jika jalan yang kita lalui, dari mula lagi sudah salah, apakah akan sampai ke destinasi yang sebenarnya di akhir jalan?? Dari Selangor mahu ke Melaka, tapi melalui jalan Sabak Bernam, bagaimana?? Mungkin tidak akan sampai, tetapi mungkin juga akan sampai tetapi banyak onaknya, perlu bermujahadah yang tinggi. Lihat, di jalan raya juga memerlukan arah petunjuk dan peta, apa lagi kehidupan, jika tidak bertemankan al-Quran, jika tidak merujuk as-Sunnah, bisa hidup kita terumbang ambing.. nauzubillah..


Aku tertunduk, tetapi kekerasan hatiku yang langsung tidak mahu menerima nasihat orang lain, membuat aku terfikir ketika itu, ah! aku dengan cara hidup aku, aku bahagia begini! orang lain tak faham aku, dia tak pernah bercinta, boleh la dia kata macam tu.. Cuba kalau dia bercinta, ha baru tau!! lalu terdengar lagi katanya,

Pernikahan itu bermaksud penyatuan dua sosok selepas beraqad. Jadi, apakah nama hubungan sebelum bernikah yang melayakkan kita seolah sudah bernikah?? Mudah saja jika yang mahukan yang satu itu, islam ada caranya.. apa dia?? nikah!! Jika tak mampu, berpuasa..


Ah! bingit sungguh telinga aku petang ini. Nikah?! ya, memang itu yang telah kufikirkan, tapi sekarang bukan masanya.. Banyak lagi perkara yang harus aku fikirkan.. Terdengar lagi katanya,

Pernikahan itu matlamat utama nya adlah kebahagiaan, tetapi ia juga boleh menjadi kesengsaraan. Jadi perlu bersiap sedia untuk itu, perlu sediakan fizikal, mental yang cukup. Persediaan fizikal bukan sahaja menyiapkan diri untuk suami, tapi, kekuatan kita.. bagaimana nanti kita hendak membahagi masa untuk anak2 serta suami. bagaimana nanti mahu mengemas rumah, masak, jaga anak2.. semua itu, harus disiap sediakan! juga mental.. bagaimana mengawal emosi untuk jaga anak2, jika suami yang menjaga, satu minggu atau dua minggu saja, pasti lebam2 badan anak itu, kerana suami walau penyayang, ada juga tahapnya.. tugas itu, diberi pada isteri, tapi jika isteri juga kesabarannya di tahap yang biasa, siapa yang mahu menjaga anak?? juga bagaimana isteri mahu menyambut hasrat suami ingin berkahwin lebih atau sebagainya.. Isteri2 harus ingat!! suami bukanlah hak milik anda..

Aiii??!! bermadu?? aku??? ya, itu telah tertulis di dalam al-Quran. Aku harus akui!! Abang Afiq sayang, sayang takkan bernarkan abang kawin 2.. Cukup je la sayang sorang ni.. nak apa2, sayang boleh bagi.. Fizikal dan mental sayang, semua telah aku percukupkan.. Saat itu, aku terdengar cebisan2 katanya,,

Bakal isteri2 yang belakang sana, harus menerima poligami itu. Harus berlapang dada bahawa kasih suami bukan untuk anda saja.. Jika kasihnya bukan untuk madu2 anda pun, juga kasihnya adalah untuk pencipta alam itu, yang maha memberi kasih sayang.. Kalian boleh mengawal hidup suami, tapi, ingat ada lagi satu yang mengawal kita. Jika nyawa suami ditarik, apakah kita mampu lagi untuk mengawal, untuk menghidupkannya semula?? Jika kalian mampu untuk mengawal cintanya hanya pada anda. Ya, cubalah anda mengawal cinta Allah padanya..


Ya, kasih Allah itulah yang harus diutamakan!! Memang isteri2 mampu untuk tidak membenarkan suami mereka bernikah lain, tetapi jika Allah lebih menyayanginya dengan tarik nyawanya, apakah dapat isteri mampu untuk menghalang??

subhanallah, petang yang sangat menginsafkan, tidak sia2 aku ke pengajian itu tadi. malam itu, aku bangau malam, dan menangis semahunya. Aku berjanji dan bertaubat aku tidak mahu meneruskan cinta dusta ini..

* belum habis lagi, nk bersiap pergi taklimat spb.. dah jumpa dah nik nur madihah, hihi.. buat biase je sudah!!
* rumah dah sunyi balik, adik2 dah masuk sakan..tak rindu kat korang laa!! g la sakan toing2 korang tu!
* agak2 mak abah bg duit raya tak?? bila jais nk bg duit raya ya??=(

6 comments:

Anonymous said...

bangau malam tu cmna??

cik santun said...

eh salah tulis laa..
bukan bangau.. bangun..
bangau malam, saya pun taktahu bagaimana...huhu..

syphoon said...

mcm drama bersiri plak dah...

Ramadhan edition.

Haih...

cik santun said...

ha, kalah drama 'NUR KASIH' kat msia sekarang, =)

~ZuLhAiRi~ said...

ana tgh suspen bile watak utama nak kuar...GORILLA yg comel!...haha...

cik santun said...

Zul,

haihhh pelik betul, GORILLA comel??!!

pening.. pening.. pening.. (sambil picit kepala)