Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!
“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”
“Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).
Sahur di sekolah dahulu, saya dapat merasainya di asrama sewaktu tingkatan 3. Mudah saja makcik dewan makan mengejut bangun sahur. Hanya dengan membingitkan telinga kami, membunyi loceng selama setengah jam di dewan asrama dengan begitu kuat sekali. Mahu menyambung tidur, hanya akan rasa geram saja di dalam hati, sudah tentu tidurnya tidak begitu kualiti sekali waktu ini, jadi mahu atau tidak mahu, terpaksa juga menolak selimut dan bersama rakan lain yang turut kebingitan telinganya dek loceng makcik dewan makan yang begitu hebat sekali..
Teringat suatu ketika di asrama dahulu, sahabat sedorm saya ceritakan kepayahan dia mengejut adiknya bersahur. Sudah ditarik selimut, menyorok pula bawah katil. Mujurlah adiknya seorang penakut, katakan saja ada mata merah di bawah katil itu, terus saja dia keluar dari bawah katil dengan menjerit. Kemudian diheret ke meja makan, apa yang buat kami tergelak ialah dengan keadaan mamai adiknya menuang lauk ke dalam pinggan sehinggalah lauk itu penuh melebih nasi dan tumpah2.. Selepas itu barulah adiknya benar2 terjaga.
Pelbagai sungguh ragam ketika bersahur ini.. Walau dihumban dengan hadith yang pelbagai menyatakan kelebihan bersahur, namun bila tiba waktu sahur, terasa lemah saja mahu melawan syaiton, rasa seolah badan sudah digam dan dipaku kemas oleh laskar2 durjana itu.
Ada yang tidak kisah jika tidak bersahur pun. Ada yang perlu juga untuk bersahur, jika tidak sepanjang hari umpama orang mahu pengsan, tiada arah tujuan lagaknya, dan bermacam lagi. Tapi, apalah salah untuk bangun menjamah walau sedikit kurma sekalipun, itu saja sudah mendapat sunnahnya!
Jadi sahabat2, bagi bersama kita mahu menghidupkan ramadhan yang berbaki kurang 13 hari ini, ayuhlah kita bersama hidupkan semula sunnah, mudah saja, yang satu itu, apa dia?? bersahur.. Moga2 sahur kita itu sebagai pembuka tenaga sepanjang satu hari menahan lapar, dahaga, dan nafsu..Penat bukan di kala soifi ini dengan keperluan yang memerlukan kita ke sana dan kesini.. Jadi, eloklah kita bersahur.
Wallahu A'lam, disini saja dulu ya, undur dulu..
2 comments:
salam...
haa...betul3...jgn la tinggal sahur...seteguk air pun cukup la...lantak la tahan ke tak puasa kalau tak sahur pun...tapi buat niat kerana Allah n sunnah...
wsalam..
eh2, kalau bangun2, telan airliur, tu kira sahur tak? keh3.. (nak kene cepuk betul!!)
Post a Comment