Sunday, September 20, 2009

Satu pagi di hari raya!

Jom dengar lagu ini tanpa nangis!!




Satu pagi di Hari Raya
Aku sujud memujiMu
Satu pagi di Hari Raya
Aku sujud membesarkanMu

Ku melafadzkan takbir penuh rasa kehambaan
Ku melafadzkan tahmid penuh rasa kesyukuran

Gema takbir di pagi raya
Ku teringat kampung halaman
]Aku di perantauan
Tak berdaya menahan sebak

Gema takbir di pagi raya
Kurindukan ibu di sana
Keluarga, sanak saudara
Hanya doa kukirimkan

Marilah di Hari Raya
Kita semua bermaafan
Lupakan persengketaan
Eratkan persaudaraan
Harmoni di Hari Raya

Buat kali pertama pagi raya telefon keluarga tanpa titisan air mata, uhuk3..
Pastilah makcik2 di Banting dan Kampung Jawa beraya dalam kesedihan kerana tidak beraya bersama dengan anak saudara mereka yang paling baik dan rajin ini.. huk3..

No comments: