Saturday, October 3, 2009

tidak ada apa

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Akhirnya malam ini tergerak juga untuk masuk blog yang sudah sekian lama tidak berjenguk dan dibiarkan bersawang ini. Kerana kemalasan yang melanda, maka saya telah menyibukan diri dengan satu kegilaan yang baru. Kegilaan itu tidak perlulah dinyatakan disini, kerana ia hanya mengisi ruangan2 malas yang terlompongnya diatas masa yang tidak digunakan dengan sebaiknya..

Sedang esok kelas bermula seawal 8pagi, dan mata ini tidak dapat dipejamkan, maka telah memberanikan semula jari ini menaip sesuatu yang hasilnya nampak dpan mata, bukan hanya mata sendiri, malah juga sesiapa yang membaca..

Semenjakk 2 menjak kebelakangan ini, saya seringkali dihamburkan dengan masalah2 cinta.. Bukanlah kerana saya ini pakar dalam cinta, dan menjadi doktor cinta terbaik atau menjadi rujukan bagi mereka yang menghadpi masalah cinta.. Bukan itu!! Saya mendapat cerita itu kerana saya yang bertanya.. Masalah2 itu sehinggakan saya rasa nikah itu adalah perkara yang sangat jauh dari diri..

Kisah bercinta dengan orang lain, kawen dengan orang lain, itu perkara biasa.. Kisah bercinta sahaja tapi tak kawen2, itu juga biasa.. Kisah kawen, tapi tak bercinta2 juga walau sudah lama berkahwin, juga perkara biasa..

Ah! bukan itu yang saya mahu bicarakan sebenarnya.. Malam ini tidak mahu membebankan kepala dengan masalah-masalah seperti itu.. Malam ini, mulanya saya disedarkan dengan status ym salah seorang sahabat yang maksud dari status itu sangat menusuk.. Sesuatu yang telah saya juangkan suatu masa dahulu, dan kini diuji semula, dan ternyata saya lemah.. Kemudian seorang junior pula, telah mengingatkan perkara yang sama..

Memang benar saya sangat menjauhi apa yang dinamakan cinta itu, tapi jalan2 kearah itu tidak pula dijauhkan.. Bagi saya, cukup 'dia bukan pilihan aku, dia sudah ada yang punya, aku takkan jatuh hati dengan dia', itu membolehkan kami berkawan, itu silap.. Sedang iman itu turun dan naik, dan sekiranya tika turun ini, tidak sedar dan membiarkan ianya terus turun dan hanyut, tenggelam, maka mahu naikkan ia susah sekali..

Subhanallah, terima kasih di atas peringatan yang cukup terkesan pada hari ini.. Bersyukur punyai rakan sekeliling yang sentiasa hidup dalam biah solehah.. Walau teguran2 itu tidak secara terus, hanya di status ym, tapi kerana persekitaran kita begitu, ia juga sangat terkesan..

~Seruan kepada semua agar meletakkan status ym yang elok2, dan baik2.. Juga letak saja dimana2 semoga orang yang membaca itu sedikit sebanyak terheret dan terseret~


Suatu kisah lagi.. sikit saja, insyaallah..

Semenjak seminggu mencari2 kawan SAMTH Kampung Jawa di Facebook, setakat ini sudah terjumpa 2 orang kawan yang di rambutnya tidak punyai seutas benang pun. Lebih kecewa adalah salah seorangnya adalah ajk musolla asrama suatu ketika dahulu..

Saya teringat kata2 penolong ketua umum asrama dahulu, walau saya seorang yang nakal juga, tapi katanya memang saya ingat sehingga kini, kerana didenda lambat turun ke musolla, didenda baca asmaul husna sambil membuat gaya sedang menaiki motor di depan asrama.. sungguh malu, dan kerana itulah ingat katanya.. Katanya "Kamu ni, di zaman sekolah inilah akan dipaksa sembahyang berjemaah, turun musolla, pakai pakaian tutup aurat, solat sunat, puasa sunat, tadarrus dan semua2.. Dah habis sekolah nanti, masuk universiti, akak jamin takkan ada universiti yang paksa2 orang supaya jadi berdisiplin mengikut agama begini.. Jika tak mahu solat, terpulang. Tudung pendek, terpulang. Semua atas kehendak sendiri.. Jika tak dididik dari sekarang, di universiti nanti bagaimana??"..

Kini, sudah berada sendiri di alam universiti ini, saya temu juga kata2nya itu.. Tapi jika tudung labuh di sekolah itu diturutkan hanya kerana undang2 semata, pengakhirannya bagaimana?? Sebab itu seperti yang dilihat sekarang, di sekolah dahulu tudung hingga ke lutut, kini seutas benang pun tiada di rambut.. Dahulu menjerit2 marahkan rakan jangan memotong tudung, kini bagaimana??

Moga2 kita istiqamah dan ikhlas dalam membuat sesuatu.. Saya amat takut bila bicara soal ini, kerana takut akan diuji semula, tapi selepas mendapat kepercayaan dari rakan, baru saya berani menulis.. Hari depan kita tidak tahu.. Tegurlah jika salah..

Wallahu a'lam.. {mahu di simpan dalam draft saja atau dipublish??}

9 comments:

Anonymous said...

terpublish suda!

akhirnya berupdate jua..taniah :p
yup,jaga selagi boleh jaga.walau sukar,namun itulah sebuah mujahadah~
mmg hati manusia itu cepat berubah.kalau dlu lain,skrg lain pula jadinya.but,dis our job.BIG job ekceli!sama2 sediakan hati dan diri sblum terjun dlm realiti masyarakat..dah xlama~

p/s-penconteng crayon likes this entry much2 :D

Anonymous said...

'dia bukan pilihan aku'..

Penulis seorang yang memilih..

cik santun said...

nabilah,

hihi tersalah tekan lak mlm td, igt nk 'save now' je, taknak 'publish post', hehe..

ya, sudah tidak lama untuk terjun tu, takmo jadi bidan terjun.. keh3.. bermaksud tidak gayat, sediakan mental dan fizikal, payung terjun yang selamat.. baru boleh mendarat dgn cermat.. (analogi ntah hape2 ntah)

p/s : aih, kt sini pun die nk buat cam facebook, hihi.. likes this!!


anonymous,

ramai kata begitu, tapi saya tak rasa saya memilih orangnya.. 'bukan pilihan' yang saya maksudkan bukan suatu yang tersirat, maka fikir la sendiri.. =)

Nur said...

best post ni~
sama dengan apa yang ada di fikiran huhu.. tapi xberani nak meluahkan..

tegur la aku if aku juga kecundang~
supaya dapat mengheret... mengseret aku ke jalan yg betul hehe...

Anonymous said...

sudah ramai yg berkata, tp masih tegar untuk menegakkan jarum yang basah??

cik santun said...

tiqah,

tak berani meluahkan, ya, aku pun takut.. moga diberi kekuatan.. =)

ko ni, kene amik peralihan bahasa melayu la, mane ade kalimah mengseret, hahaha.. penat2 cikgu tusminah ajar, ish3..


anonymous,

yang lebih mengenali diri saya adalah saya!!

jika anda menganggap berat dan penting akan kata saya 'bukan pilihan' itu, jawapan saya begini : sedang memilih dalam membeli itu juga punyai hak, apetah lagi memilih pasangan hidup.. Jika barang, boleh dibuang.. Jika pasangan?? nauzubillah!

(maaf jika terkasar)

KakSu said...

Salam Shafiqah... Tersentuh dgn entri ni... Risau gak kan... Semoga di teguhkan iman... Org yg sekolah agama pun boleh berubah 360 deg, apatah lagi kaksu yg baru belajar mentarbiyahkan diri sendiri... Actually kaksu baru je start pakai tudung labuh masa ramadhan thn ni... Dulu kaksu pakai tudung biasa2 jerr... Tudung bawal. Ntah mcm mana dalam ramadhan tu hati terbukak nak pakai tudung labuh dan jubah, alhadulillah semoga sentiasa istiqomah... Lepas baca entry shafiqah ni, kaksu jadi risau jugak... Takut2 jadi mcm senior tu... Nau'zubillahiminzaliq...

C@H@Y@P3MBUK@@N said...

hem..terkesan dgn penulisan...bhati2 bila menulis sama juga berhati2 bila membuka mulut untuk brkata2

Schue said...

Jujurnya ana kagum dgn keberanian Shafiqah dlm penulisannya... ~"kalau bukan kita, siapa? Kalau bukan sekarang, bila? Kalau bukan di sini, di mana?"

Wa'Allahu 'alam...