Friday, April 16, 2010

panjat pokok!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah, wa syukur lillah, kepada Allah tempat kita panjatkan segala kesyukuran, diatas nikmat yang luas dan rezeki yang tidak putus2.. Allah maha kaya, Allah maha besar.. Selawat dan salam keatas Rasul, nabi junjungan serta ahlinya juga umat Islam selepasnya sehingga ke hari ini..

Entri ini tidak membawa tajuk yang berat, sekadar cerita tentang aktiviti semalam petang kami saja, haha.. Berminat untuk mengetahui? Teruskan membaca.. Jika tidak berminat juga tiada masalah, =)...

Lihat dulu la gambar2 ya! Ini saja yang boleh diupload, gambar lain merbahaya, boleh disaman oleh JKK Kebajikan dan Keselamatan PERMAI, =)..


Mulanya tiada.. lihat itu buah yang dibahagian bawah kesemuanya muda dan hijau lagi, masammm..


Ok, sedang naik.. jaga2, dahan kecik tu..


Landing tempat cantik punyaa!!


Ya, itu dia monyet kita curi buah belakang rumah!! haha..
Gerangan orang yang memanjat ni terpaksa dirahsiakan.. sape yng tau pun diam2 je ek?


Jangan pelik ya, pokok mana yang anda lihat didalam gambar ini.. Sememangnya rumah kami ini dihadapannya ada 'belukar' yang menanti masa bulan 6 nanti untuk ditebas menjadi taman bunga semula.. Dan dibelakang rumah pula ada kebun, haha kebun la sangat, yang ada cuma pokok escadonia.. Jangan pula dicari pokok rambutan, atau pokok mempelam, atau pokok kedondong.. =)

Selama 2 tahun kami menetap di rumah ini, melihat escadonia yang ranum kelihatannya dari dapur, jika lapar, petik saja mana yang dapat.. Tapi buah yang tak tercapai dek tangan ini, hanya melihatnya busuk dan berlubang dimakan burung.. Oh peritnyaa hati!!

Jadi semalam, saya bersama seorang lagi sahabat telah membuat satu misi 'memanjat pokok escadonia'.. Mujur saja kami ini 'orang kampung', setakat digigit nyamuk, digigit semut, tangan bercalar terkena duri itu perkara biasa, menjadi lumrah orang kata, =P..

"Orang kampung keluar bandar"..
Naik motor keliling kampung, panjat pagar pergi sekolah, panjat pokok mempelam, itu perkara biasa.. Jika orang lain teringin makan escadonia, tahan sajalah teksi ke pasar di balad, borong saja banyak2, dan makan saja puas2.. Duit itu tidak menjadi masalah..

Bayangkan saja bagaimana seorang yang duduknya di ceruk kampung, KAmpung Jawa la tu, yang duduknya di Banting, yang duduknya di Sabak Bernam belajar di negara 'orang kaya', Jordan la tu, di kawasan 'orang kaya' pula.. Rindukan motor, rindu panjat pokok, rindu panjat pagar, mandi kolam, nyorok bawah jambatan.. Akhirnya, selepas tahun 4 di Jordan baru dapat lepas gian dengan memanjat pokok.. Kasihan, bukan?? Tinggal lagi tidak panjat bangunan saja, jika tidak, memang catat rekod menjadi spiderwoman di Irbid, =)..

Selepas ini bolehlah JKK yang terlibat membuat seminar panjat pokok dan cintai alam sekitar ya.. Saya akhiri, ada perkara lebih penting saya harus lakukan.. sekian~

~cucu2ku, musim buah sudah tibaa, ate bile nak balik kampung nyee?? ~

7 comments:

sunflo said...

assalamu'alaikum... sis, saya membutuhkan informasi ttg buah escadonia... buah apakah itu ? saya cari di google kok tak ada... terimaksih

dAk aDaB said...

k capik,kte n aishah bru2 ni dpt mkn buah escadonia..org arb blnje..
sdpla akk..dhla ktorg ni hntu bnde y msm2..
bleh la cucu nk dtg umh nenek insyirh nk mkn buah esccadonia..
hehehe..

dAk aDaB said...
This comment has been removed by the author.
Masdin said...

Hehehe... Sunflo udah komen duluan nih. Maaf nak tanya, itu image pokok tempatnya di Mesir kan?

cik santun said...

Sunflo dan masdin :
Waalaikumussalam.. Pokok ini adalah di Jordan.. Maaf tak dapat bagi info lebih, cuma buah ini bentuknya kecil saja, dan rasanya masam2 manis.. Sedap sekali.. =)

Dak adab :
Owh ye ke? akk takyah org belanja, g belakang rumah je petik, hihi.. boleh2, meh la dtg umah, jd bibik kitorg, basuh baju, masak, kemas rumah, =P..

cucu jauh said...

salam..waaa, ni yang sedey ni.nenek hapdate pasal buah kat belog je, nape x sms cucu gtau buah dah ade (oh...materialistik nye).dah lah umah cucu xde tenet.tapi memang dah rindu nak balik kg. kalau ada masa IAllah sampailah cucu ke sana.kalau ada masa...kalau ada masa... =)

cik santun said...

hahaha cucu jauh ni mesti fathiyah... hahaha tak pun ainul.. haha.. cucu2 ku sayang, balik sajo kampung.. tak lama dh kite nk bersama..