Friday, June 18, 2010

Kerlipan pari2,^^

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah.

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Kerlipan Pari2 Pelangi Petang anjuran Helwi PERMAI malam tadi. Setelah 4 tahun di Jordan yang sarat dengan kenangan indah ini, akhirnya dapat juga kami yang grad ini seramai 49orang kesemuanya menjadi bidadari hanya cuma tidak mampu terbang kerana masing2 setelah duduk Jordan bertambah beratnya, =)..

Dan telah kami ditaklifkan untuk membuat persembahan, wakil graduan Yarmouk.. Malam tadi punyai 4 persembahan kesemuanya, persembahan dari junior JUST, dari junior Yarmouk, persembahan dari Graduan JUST, juga dari kami Graduan Yarmouk.. Mantap2 belaka kesemuanya, =).

Persembahan junior JUST.
Lakonan tentang 2 orang yang berlainan universiti, seorang dari JUST, dan seorang dari Yarmouk yang tinggal bersama didalam satu rumah. Pada mulanya asik sahaja bergaduh, seorang belajar di ruang tamu dan bukunya bersepah2 di situ tidak berkemas. Dan seorang lagi sering saja buat maggi dan meninggalkan dapur juga tidak berkemas. Kuat makan agaknya pada fikiran saya. Masing2 saling menyalahi masing2, berebut mahu menjadi ketua helwi, berebut mahu jadi YDPah (timbalan YDP) yang kemudiannya seorang pn tidak dapat naik jadi ketua helwi juga YDPah.. Akhirnya sewaktu mereka sudah menamatkan pengajian mereka kembali berbaik, dan mengenangi kisah2 lama sewatu di tahun 1 dahulu. =)

Persembahan junior Yarmouk.
Ah ha lakonan mereka ini tentang 5 orang sahabat handai yang sudah lama terpisah. Mereka dahulu belajar bersama di Jordan dalam bidang berlainan. Perubatan, pergigian, ekonomi, bahasa arab juga syariah. Masing2 sudah bekerja dan mantap2 kesemuanya. Pelajar jurusan syariah dengan menjadi penceramah baru balik al-Kuliyah, ahli ekonomi yang sentiasa berjimat dengan minum air suam saja ke restoran, doktor yang sibuk di hospital menyambut ibu bersalin, dan yang paling tidak tahan perut gelak adalah doktor gigi! Gaya doktor hendak mencabut gigi sangat menggerunkan sehingga pesakit pun takut hendak mencabut gigi, sehingga terpaksa pesakit dan doktor berkejaran di aats pentas untuk mencabut gigi, =)))..

Persembahan graduan JUST.
P.Ramlee dimanakan kucari ganti juga, satu lagu mereka nyanyi ramai2 ini saya tidak ingat.

Persembahan kami (graduan Yarmouk).
Ah! malas mahu cerita tentang persembahan kami, hanya buat sakit perut saja menggelakkan sahabat sendiri juga diri sendiri. Tahun 1 dahulu juga diminta buat lakonan, tahun 4 juga buat lakonan. Jadi lah tu ya, awal dan hujung,dahulu persembahan junior, kini persemabhan senior =).

Terima kasih banyak2 kepada pengarah, junior saya Nurul Salwani aka n0m0s yang sering guna nama ini untuk mengomen di blog saya =p, kepada AJK pelaksana, MC kak nik dan nafeesa sehingga pengsan2 dia selepas habis prgram. Walaupun dalam keadaan demam tiada suara tetapi juga mahu buat untuk kakak2 katenye, terharu adik, terharu sangat. antena blink2 dan tongkat sakti itu sangat comel.. Juga anugerah HAPPENING yang hahahaha pening tu!! =)

Tahniah kepada para khirrijin dan khirrijat. (adeh, dh tktau nk cakap ape)

Kepada senior2 yang dah balik, kak ahiasah, kak nadia, kak aimi, kak timah, kak hajar, kak amna, kak cu. Terima kasih banyak2 atas sokongan yang tiada henti akk2. Kepada senior2 JUST, tahun 5, tahun 6, terima kasih sangat2 atas sokongan samada langsung atau tidak langsung.

Kepada adik2 dan sahabat2 yang berbaki lagi pengajian, teruskan usaha. Kalau rasa lemah semangat, ingat selepas ini habis belajar ni sudah bekerja lagi sibuk. Ketika itu mahu apa pula? mahu pencen? Jadi waktu belajar ini, teruskan.. teruskan.. Jangan putus asa.. Kalau rasa down, contactlah saya. haha sejak bila jadi pakar motivasi lak ni?? kam tu mi, ^^..

1 comment:

suara hati said...

wah, macam meriah ye!
rindu suasana program Jordan.. (teringat tak tido semalaman dek penangan program.. huh, kenangan terhebat~)

kalau kata study tu susah, sebenarnya kita yang malas.. kerja lagi banyak komitmen yang diperlukan. kalau malas juga, mahu goyang kaki, boleh juga jadi doktor, tapi doktor 'bawah jambatan'.. kalau malas juga, bukan jadi ustazah, tapi jadi us'gajah'.. hahaha..

belajar molek2 ye adik2..
ciksantun ni bersedia dah nk keje, atau masih sayang melepaskan tittle 'student'..??

welcome to the club buat para graduan~!