Wednesday, June 9, 2010

kertas2 dulu, dan tenet kini.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah bersyukur atas nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya yang dicurahkan buat hambaNya, selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah serta sahabat juga pendukung agama Islam hingga ke hari ini..

19 hari saja lagi untuk pulang ke Malaysia, perasaan sedih yang mengetuk2 pintu hati sudah lama menjalankan tugas. Mengemas barang, membeli barang, dan segala barangan yang hendak dibawa ke Malaysia juga dalam proses. Tidak ketinggalan juga yang sangat penting dan perlu diutamakan adalah urusan2 jamiah, dokumen yang perlu dicop, itu dan ini, harus segera disiapkan..

Siang tadi saya mengemas segala kertas2, yang saya sayang sangat, yang saya simpan selama 4 tahun, tetapi kini sedang berada di dalam tong sampah.. Saya minta dihalalkan oleh semua warga Jordan di atas duit yang digunakan untuk fotostat, serta tenaga hingga sampainya kertas itu kepada saya.. hehe~ ^^. Paling saya sayang nak buang adalah perlembagaan serta laporan tahunan juga artikel2, jadi kesemua ini selamat pada saya, tersimpan didalam kotak kargo, harap2 balik nanti tidak menjadi alas tempat makanan kucing, =)..

Kertas pertama yang saya dapat seingat saya, dan baru sebentar tadi saya buang adalah kertas makluman bayaran zakat fitrah jd0.75, yang dikeluarkan ramadhan 2006, 3minggu selepas kami berada di Jordan ^^, oh daku memang kuat mengumpul kertas dan sayang pada kertas, hehe..

Dahulu ketika di tahun 1, yakni 4 tahun yang lalu, iklan2 serta apa2 pemberitahuan kesemuanya melalui kertas. Manakan tidak, rumah kami dahulu hanya ada 4 katil, 4 almari, keperluan dapur, dan keprluan2 individu yang lain.. Itu sahaja.. Internet tiada seperti sekarang yang mampu kita ketahui iklan hanya dengan melalui internet saja.. Sudah tidak perlukan iklan berbentuk kertas juga penghantar iklan.. Sangat mudah begitu, hanya perlu pastikan kesemua maklum akan berita2 terkini dari persatuan. Blog.Portal.YahooGroup.Facebook. Kesemua ini rangkaian begitu mudah sekali penyebaran iklan, cepat, mudah dan pantas, =)

Kami dahulu, buka friendster juga hanya seminggu sekali, di Cyber Cafe, mengikut kemampuan dan keperluan. YahooGroup PERMAI itu sangat jarang dibuka, buka emel seminggu sekali itu penuh dengan emel dari PERMAI yang tidak terbuka dan terbaca.. Ah, apa lagi mahu tahu berita dunia semasa, boleh dikatakan seperti kera sumbang juga tidak menahu tentang dunia luar.

2 tahun kami begitu, saya juga tidak sangka saya boleh hidup dalam keadaan sebegitu rupa. Keadaan jauh dari ibubapa dan tiada internet! Selepas 2 tahun itu, pulang ke Malaysia bercuti selama 3bulan, cerita keadaan seperti ini kepada keluarga, mereka juga pelik. Bagaimana kami boleh hidup, di waktu bosan buat apa jika tiada internet dan tv segala??

Ah! keadaan tiada internet itu, pengerat hubungan, =).. Benar tidak, kamu boleh perkuatkan dengan bertanya pada sahabat serumah saya.. Kami, secara jujur, boleh hidup satu rumah 7 orang, bukanlah kerana kami ini secocok, dan boleh ngam antara satu sama lain.. Terus terang saya katakan, itu adalah jawapan kedua selepas yang pertamanya adalah menerima dan berlapang dada antara satu sama lain..

Bayang sahaja, dahulu kami bilik berkongsi, seorang penakut tidur pastinya dengan lampu terbuka, seorang tidur wajib tutup lampu.. Bayang sahaja, ada antara kami yang mengambil masa yang lama berada dalam tandas. Bayang sahaja ada diantara kami, yang gemar menggosok gigi, sehinggakan ubat gigi yang besar itu hanya bertahan selama seminggu, =).. Bayang sahaja diantara kami,bayang sahaja itu semua.. Bagaimana jika ada antara kami yang tidak tahan, tidak boleh menerima antara satu sama lain, pastinya terkandas dan keluar dari rumah itulah jalannya..

Tapi Alhamdulillah, Allah bagi ruang pada kami, Allah bagi masa pada kami untuk mengenali satu sama lain dan menerima segala kekurangan. Saling melengkapi, itulah jalannya.. Mungkin, kami dahulu tersepit dengan kewangan, jika tidak ada juga yang keluar dari kelompok kami mencari ketenangan dengan tinggal seorang atau sakan atau sebagainya. Tapi Alhamdulillah, kekurangan kewangan itu semua, adalah penguat dan pengerat hubungan kami.. Lebih mengenali dan saling melengkapi..

Tapi kini, 4tahun sudah bersama, tiba masa kita akan berpisah.. Dan berjumpa pula dengan orang lain, dan cuba menerima orang lain pula.. 19 hari lagi, =)