Monday, June 7, 2010

Kisah Cinta, =)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah, ucapan syukur hanya kepada Allah, selawat dan salam buat junjungan agung SAW, serta pengikut ajaran islam sehingga ke hari ini..

Ini adalah cerita 'mengarut' di malam hari, sesiapa yang mahu membaca saya silakan saja, tapi yang punya exam, dahulukan baca buku ya, pesan awal siap2! terbawak hati anda ke tempat lain saya tidak mahu tanggung, =p..

Tadi saya diajak untuk membaca satu blog ini, blog itu saya rahsiakan, entri berkisar tentang perkahwinan. Jadi saya tidak mahu terlepas dari isu ini, lantas membuat juga entri kawen.. Peristiwa ini berlaku di suatu tempat dinamakan bandar Klang bandar DiRaja..

Pelakon : wati, yusuf.. (tidak lagi bercerita menggunakan 'aku' )

Wati adalah seorang anak yang solehah, walaupun dia punyai kesenangan dan kemewahan dunia dan mak ayah yang punyai gelaran dato' dan datin. Dia sangat cintakan ilmu, dan belajar di Maktab Mahmud, Kedah.. Maktab ini memang salah satu apa yang dicitakan dalam kehidupannya sebagai tempat belajar.. Kerana kesungguhannya tidak ada apa yang tidak melayakkan Wati untuk mendapat tempat di sekolah tersebut.. Jadi, dia belajar disitu, ketika tingkatan 6 untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia selama 2 tahun.

Hasil didikan sekolah lamanya yang mengajar usrah, tamrin, jemaah dan kesemua itu masih lagi dapat diteruskan di sekolah yang baru. Walaupun dengan suasana yang berlainan, baginya tarbiyah itu perlu dimana-mana, walau apa jua situasi pun. Itu bagi diri sendiri, apatah lagi dakwah, yang perlu kepada orang ramai. Tidak pernah putus harapan, itulah Wati.

Sifat panas barannya, tertutup dengan kesabaran, dan Al-Quran sebagai peneman. Dia telah terpilih menjadi Timbalan Persatuan Bahasa Arab. Kerana kerja, Wati jalankan dengan penuh tanggungjawab, dia berasa senang dengan ketua nya, Yusuf.. Yusuf tidak akan sesekali menghubungi Wati jika tidak ada perkara selain kerja dalam persatuan.

Pesannya ketika mereka bersama mendapat tanggungjawab ini, "Ana terima kerja ini untuk jalankan amanah dari Allah, jadi bantulah ana dalam menjalankan tanggungjawab ini. Walaupun kita tidak ada sebarang hubungan, tapi enta mungkin adalah satu2nya lelaki ajnabi yang ana akan sering hubungi, apa2 kurang dan silap ana, minta jaga seperti menjaga maruah kakak, adik dan emak enta. Ana mohon, jika tidak boleh, ana mahu letak jawatan"..

Yusuf memang seorang yang baik, terima sahaja mesej berbentuk amaran seperti ini, dia sudah faham, lalu dibalas "Ya, enti juga akan menjadi orang yang akan ana kerap hubungi, membuka aib enti sama seperti membuka aib ana.. Ana faham"..

Wati membaca mesej itu dengan sedikit kerutan, ayat Yusuf seperi mahu memenjangkan lagi mesej. Tapi dibiar sahaja, tidak bertanya dan hanya lega.. Alhamdulillah, dia juga faham, kata hati Wati.. Disamping dia berfikir2 apakah yang difikirkan Yusuf ketika mendapat mesejnya seperti itu..Syadid kah? Skema kah? Takutkah?? Mengenang seperti itu,istighfar mengiringi bibir. Risaukan apa yang Yusuf fikirkan, apa pula yang difikirkan Wati..

Disamping mereka punyai jawatan yang besar, mereka juga adalah antara pelajar2 STAM yang pandai dan kuat menghafal. Jadi kerja mereka dalam berhubung telah bertambah lagi satu keperluan iaitu belajar. Dan hanya belajar. Mereka seringkali membuat prbincangan bersama sahabat, jika perlu, Yusuf akan datang mengajar Wati dan sahabat2 perempuannya.. Dan ia berterusan hingga ke habis pengajian STAM mereka, dan mendapat MUMTAZ dalam setiap subjek.

Wati dan Yusuf meminta satu institut timur tengah yang sama, cuma dalam bidang berlainan. Wati mengambil jurusan bahasa arab, dan Yusuf mengambil bidang usuluddin..Dan mereka diterima dan menerima zakat dari salah sebuah jabatan zakat, dan mengambil kursus bersama. Wati sedar dirinya tidak mudah untuk menyukai lelaki lain, tapi hanya dengan Yusuf, dia mula mendapati perasaan lain yang hadir dalam hatinya melainkan sahabat.

Wati memulakan langkah dengan menghubungi ustaz nya di Maktab Mahmud dahulu, untuk dijadikan orang tengah dalam perkara ini. Wati mendesak ustaznya "Ustaz, Yusuf disini menjadi sebutan semua muslimat, ana risau dia terima, ustaz tolong cepat sikit ya?".. Ustaz nya tergelak, sambil berkata "Wati, kalaulah sudah Yusuf itu jodoh kamu, apa lagi yang perlu kamu risau. Perkara begini tidak boleh gopoh, dan kamu masih muda, perjalanan kamu masih panjang"..

Wati tidak puas hati dengan jawapan yang diberi ustaz nya, lalu malam itu juga die menelofon Yusuf untuk meluahkan perasaannya sebenar,

Yusuf : Assalamualaikum

Wati : Waalaikumussalamwarahmatullah..

Yusuf : Ya, ada apa yang mustahak call ana malam2 begini?

Wati : Ya, ana nak tanya enta sudah ada calon belum?

Yusuf : Calon apa? (tergelak)

Wati : Enta boleh tolong jangan main2 boleh?? Ana serius..

Yusuf : Iye.

Wati : Ana.. ana.. ana.. errrr. Kenapa awak tak faham saya??

Yusuf : Ye, ana faham.

Wati : Kalau begitu, datang la rumah.. Saya risau ramai muslimat sebut2 pasal awak.

Yusuf : (tergelak), mana ada.. Enti lagi ramai muslimin sebut2.

Wati : Saya taknak diorang tu.. Cepat datang rumah.. Ana dah cerita kat umi, umi suruh datang rumah.

Yusuf : (tergelak).. Ana tak terfikir lagi, banyak lagi perlu ana sediakan, ana tak berduit.

Wati : Saya tak kisah duit awak, saya tak mahu duit awak..

Yusuf : (tergelak lagi).. Ye2, study dulu. ok la, nak sambung menghafal. Assalamualaikum..

Wati masih tidak puas hati, perasaannya waktu ini melonjak2, menangis semahunya.. Emak ayah Wati sudah berkenan dengan Yusuf, dan membelikan Yusuf handphone yang punyai keypad jawi, bagi memudahkan mereka belajar.

Pada mulanya Yusuf menolak, tapi setelah desakan Wati untuk dia menerima juga katanya Hndphone ini memang diniatkan khas ketika beli untuk Yusuf bagi memudahkan Wati bertanya kepada Yusuf tentang pelajaran, jadi kena ambil juga. Selepas begitu barulah Yusuf menerima.

Petang itu, Wati dapat satu mesej, dari Yusuf berbunyi :
"Assalamualaikum, maaf ganggu waktu enti, ana berterima kasih sangat atas hendphone pemberian mak ayah enti. InsyaAllah jika suatu masa selepas enti berjaya dan enti sudah tidak perlukan ana untuk belajar, ana akan pulangkan semula.. Jika itu niatnya, maka sampai situ saja.. Lagipula ana tidak mahu ada kisah disebalik handphone ini jika kita masing2 sudah berkeluarga"..

Petang itu Wati membaca mesej dengan berderai air mata, lalu jawabnya :
"Waalaikumussalamwarahmatullah.. Mungkin pada malam itu, kata2 saya tidak cukup jelas apa yang saya minta dari awak.. Hndphone itu tidak pelu dipulangkan, jika awak taknak, buatlah apa2 pun, kerana handphone itu kepunyaan awak.. Dan petang ini airmata ini menitis lagi, mengapa awak kata 'masing2 sudah berkeluarga'? saya mahu jadi sebahagian dari keluarga awak.."

Mesej itu tidak berbalas....




Ya, mmg tak balas, sebab saya dh nagntuk babai, nnti siang kang sambung, =) hahahaha...

3 comments:

rhazes mohamad said...

siot....style buat cerita sambung2....cis!

cik santun said...

haha betul la weyh tengah2 buat ni tibe2 aku ngntuk, smpai lupe sinopsis, keh3...

Anonymous said...

haha ngarut...tetiba klimaks..