Friday, June 4, 2010

Pengumuman

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Lama tak update blog ni, Alhamdulillah masih bernyawa, bersyukur pada ALlah atas nikmat yang tidak putus2 buat hambanya, selawat dan salam buat junjungan agung Rasulullah SAW, serta sahabat, juga pengikut yang berpegang pada al-Quran juga as-Sunnah sehingga ke hari kiamat..

Ok, disini ada pengumuman!! =)

Pertama.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Semua markah dah keluar, dan walaupun tidak berapa nak capai target, lagi sipi2 saja tapi bersyukur juga, akhirnya dapat juga menghabsikan pengajian selama 4 tahun di Universiti Yarmouk ini.. Walaupun sebenarnya boleh habis lebih awal, tapi disebabkan dah bercutian selama 3 bulan sewaktu di tahun 2 dahulu, maka cukuplah 4tahun baru dapat habiskan sepertimana didalam perjanjian surat kuning JAIS yang ditandatangan 4 tahun lalu.. Dapat habis bersama rakan-rakan seperjuangan lain, itulah hikmahnya.. Bersyukur Ya Allah..

Yang kedua.. Jadi setelah khirij, pasti ada konvo, =).. Jadi dijemput kepada semua warga Irbid, kenal mahupun tidak, yang sangat kenal mahupun yang rasa2 belum kenal tapi nk kenal, dijemput hadir ke Majlis Konvo Qisim Adab serta beberapa kuliah lain, pada 25 Jun 2010 di Stadium Madinah Hassan.. Pas masuk saya tidak pasti, tapi selalunya 'open'.. Jika sebelum ini di gymnasium Yarmouk itu saja biasanya terbuka juga, inikan pula di stadium, kawasannya lebih besar, InsyaAllah terbuka.. Pas saya ada 5, sudah ada yang punya, =).

Yang ketiga.. Tarikh penerbangan saya pulang ke Malaysia untuk selamanya itu adalah pada 27 Jun 2010, jatuh pada hari Ahad.. Dan dilarang sesiapa pun mengikut kami ke airport, melainkan dengan kebenaran.. Biar menangis di Irbid saja, jika ada yang mengikut ke airport, risau2 ada yang tak naik kapal terbang, =).. Dan tarikh ini adalah yang terawal antara kami, hehe.. Ah, terpaksa begitu kerana ada urusan keluarga di Malaysia, kakak saya kawen ^^, (bukan saya, jangan risau )..

ok, 3 dulu pengumuman buat masa ini, saya rasa pengumuman ni saya bajet hawtt pulak, sape yang nak mengambil tahu semua2 ni pasal saya. haha itu saya ketepikan, yang penting saya nak buat pengumuman!!! =), keh3..

Dan hari ini sehingga hari2 seterusnya jadual saya sangat penuh (lagi bajet howwwttt, hahaha).. Almaklum saja, detik2 terakhir di Jordan kan, rasa seperti artis pula, =).. Jangan rindu2 ya.. Ah, bakal merindui Jordan, PERMAI dan segala isinya, meja serta firasy peneman update blog yang sudah pasti tidak sama dengan keadaan di Malaysia nanti.. Mahu habiskan saat terakhir ini dengan sebaiknya, jadi sesiapa yang mahu belanja kami lagi, saya persilakan saja, =)..

Malam ini juga ada 'surprise party' dari adik2 Fathiyah, Ainul, Athirah, Adilah, Amal (junior adab tahun 1), serta adik2 nailah. Mula kami tidak menyangkakan surprise party, jam12 tengah malam, sedang2 berbaring2 balik dari jemputan, tiba mereka serbu, masyaAllah, dengan keknya, jajannya, adeih, bermula bila ya Misi Diet saya akan bermula?? hahaha.. Terima kasih diatas hadiah yang sangat comel, bersyukur Ya Allah atas kurniaan adik2 yang begitu riuh dan kecoh ^^, moga syurga penghujungnya, amin Ya Allah!!

1 comment:

author said...

ni yg bangga dan sedih nih...anyway Tahniah pada kak tun & rakan2