Thursday, September 2, 2010

markaz n surau.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Entri kali ni, saya harap pemuda surau an-naim andalas baca, haha..

Pertama sekali saya ingin meluahkan perasaan bahawa sekarang ini saya sangat marah, dan darah di hati saya sedang membuak2 ingin melepaskan!.. kalau dahulu di Jordan, sudah saya tahu ingin lakukan bagaimana. Kini di Malaysia, belum jumpa lagi penawar nak melepaskan marah!, haha.. Peringatan saya kepada semua para ibu yang punyai anak yang kuat menjerit dan menangis untuk ‘tak payah la’ ke surau nak hadiri apa2 pengajian.. sayangkan tidak hadiri tazkirah yang dibuat di surau, sila lebih sayangi anak anda yang menangis2 dan sayangilah kefokusan orang lain ya!

Pelik~
Anak2 itu bukan usianya 5 tahun! Tetapi sudah tahun 4, tahun 5 juga tahun 6.. Jika 5 tahun, sudah tentu sudah saya cubit, guru tadika katakan, =).. Ini tahun 5, dijeling banyak kali juga tidak faham2.. Zaman kini anak2 darjah 4,5,6 berlari berkejar-kejaran pula lakukan solat apa yang tidak diketahui di belakang sana, huh~

Surau UMNO, markaz PAS…
baca : centrade haha die kate dpt ilham dr saye, hahaha...
Ha 2 ni je la, saya tak mahu ambil yang besar2 dan yang jauh2, cukup yang di sekeliling sahaja. Surau UMNO terdekat, surau ubudiyyah Taman Klang Jaya la, haha. Markaz PAS terdekat, markaz cawangan Taman Seri Andalas la, 20 minit berjalan kaki, 3 minit menaiki kereta (keluar rumah jam 7.45 pagi, sampai 7.48 pagi, haha!)

Mengikut carta yang saya geledah di markaz PAS ada suatu hari itu,di Klang Jaya pengundi Barisan Alternatif 100 lebih sahaja, yang lain seramai 500 lebih kesemuanya Barisan Nasional. Oh sangat tidak hairan mengapa surau ubudiyyah milik Klang Jaya itu kini menjadi surau UMNO. Disekat kuliah2, terkenal dan mencatat rekod terhebat surau yang paling laju teraweh nya. Jam 9.30 malam sudah tamat teraweh 20 rakaat, witir siap, =).. Handal bukan imamnya?? Padahal imam itu bukan imam muda. Dan saya rasa dalil yang menyatakan qadar sujud dan rukuk itu berqadaran menyebut ‘subhanallah’ sahaja boleh dan amat sesuai di praktikkan disini.

Di surau ini dahulu, damai mendengar ceramah2, kuliah maghrib, adakan program qiam dan sebagainya, kini kesemua itu disekat. Apabila sudah yang diatasnya begitu, apa yang dibawah ini mampu lakukan?? 2 tahun lalu ketika saya pulang ke Malaysia bercuti, juga pernah sekali solat maghrib berjemaah di surau ini, yang ada cuma imam dan 3 makmum lelaki dan saya seorang muslimat. Mujur 2 makmum lelaki itu yang bersama saya. Jika tidak hanya seorang imam dan seorang makmum. Huh, berjemaah la juga tu ye, =) ~

(Ingin sekali memasuki organisasi ubudiyyah, berharap dengan sangat jemaah surau ubudiyyah boleh mengubah surau ubudiyyah menjadi tempat yang benar2 ‘UBUDIYYAH’.. bukan kerana orang2 atasan itu UMNO atau PAS, tapi kerana Islam itu.. huhu, kesal~ )

p/s : Ayuh ramai2 kita ke surau an-naim, haha.

Markaz PAS.
Eceh baru 2 bulan duduk markaz dah kecoh2 itu ini. Haha yang markaz ok je, =p.. Saya sangat marah dengan masalah yang kami hadapi awal ramadhan lalu, tapi kini saya amat bersyukur kerana masalah itu ditimpakan kepada kami. Mulanya memang kami juga bertegang urat bertekak sesama sendiri, tapi selepas ditenangkan oleh ‘bos’ yang cool saja, alhamdulillah, benar ada hikmahnya!
“Bersabar, apa yang berlaku, insyaAllah ada hikmah yang Allah janjikan”, itu saja ayat yang diulang2 oleh ‘bos’ setiap kali ‘ahli2 mesyuarat muda’ (belum tua) mula menunjukkan reaksi tidak berpuas hati, haha..

Sejujurnya, saya tidak pernah solat di markaz bulan Ramadhan ini kerana menyampah dengan imam2 muda ni melainkan ada suatu program PASTI, program tahlil, dan mak saya asyik memuji2 sedap mendengarkan jika anak2 muda yang menjadi imam dan mengalunkan ayat al-Quran.. (oh mak, tolonglah, orang aje tau cmne dorg tuh!, huh.) ..Lebih elok duit yang diperuntukkan untuk imam muda tu digunakan untuk import penceramah2 ke, tak penting sangat pun kan nk kene habiskan 30 juzuk dalam teraweh sepanjang ramadhan? Pengisian yang penting. Bayar saja penceramah, lagi bermakna saya kira.

Tapi bersyukur, masalah berkaitan imam muda yang menjadikan saya guru seorang diri, sangat2 bersyukur. Guru itu, bukan setakat mengajar, tetapi juga belajar. Ya kan? Dek kerana belajar itu luas, maka siapa yang ingin tahu, cubalah menjadi guru, ia menyeronokkan! =)
Sepanjang menjadi guru bulan Ramadhan ini, hanya sebulan sahaja, dan sebulan ini saya dapat belajar macam2, dapat ikut program macam2, dapat macam2, dan macam lagi, hehe.
Baru 3 hari menjadi guru sudah diminta ke mesyuarat, mujur ada pak soper, hehe time kasih,=). Kemudian hadiri majlis khatam quran kawasan, kemudian negeri, akan datang ni insyallah 4 sept iftor kawasan, dapat duit raya lagi, hehe! Jika ada cikgu lagi satu tu, mungkin nipis saja peluang saya nak dapat peluang begini, tambahan untuk menjadi anak emas kepada guru2 lain, hahaha, =)

Malang sekali tidak berkesempatan melibatkan diri dalam mana-mana kursus guru, =(.

Ku tak sempurna~
Ya, kerana saya menyayangi budak2 tapi tidak berapa memahami jiwa mereka. Sayang itu semua orang boleh, tapi untuk memahami tidak semua boleh lakukan. Benarkah kata saya ini? Jika salah mohon tegur. Sudahlah guru bidan terjun, haha, mengajar sebulan pula, campur dengan masalah2, campur dengan tidak pernah mengajar, campur dengan ini kerja pertama, kursus pun tak pernah pergi, sayalah pencatat rekod guru paling tidak senonoh di abad ini, haha. Saya mohon ampun kepada semua.. Kini berbaki 2 hari sahaja lagi untuk mengajar, pagi2 rasa sayang dan rasa bakal rindu kanak2 ini mengenangkan sudah tak lama untuk mengajar, tapi bila tengahari mereka sudah mula tak dengar kata, rasa seperti mahu cepat saja masa berlalu, haha.

Cikgu shafiqah : hadi, cikgu garang tak?
Hadi : cikgu tak garang sangat, cikgu baik. Cikgu kite dulu2, cikgu Yah lagi garang, kitorang takut sangat.
Cikgu shafiqah : Awak rindu cikgu Yah?
Hadi : Rindu, semua cikgu kite rindu, semua cikgu kite sayang. Kenapa semua cikgu asyik berhenti je?

(mataku kemerahan!) kah kah kah~

Sekian, ceritaku di malam 23 ramadhan ini.

4 comments:

ahmad alkhani said...

mata sy pon merah ustajah...

fa li said...

ustazah cikpiqah tgh feeling nak tinggalkan bebudak~

suara hati said...

memang best mengajar, walaupun dulu tidak bercita-cita untuk menjadi pendidik.. tapi once dah ceburi bidang tu, rasa sayang nak lepas..

akak dah keje dalam office pun, still terlibat dengan program bersama adik2 (atau anak2.. huhu..) sebab seronok bila duk ngan mereka. walaupun ada 1001 pe'el, tetap rasa bahagia.. :D

Al-Hariz said...

ai, apo kono mgeno dgn pemuda an-naim pula ni??? tak pasal2...
Ada lg bidang tugas dlm PASTI, pegurusan awk urusla kot tgh menganggur lg...