Friday, September 24, 2010

Saya tidak tahu,.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah, dalam ke'sesak'an masa dan kelemasan 'jiwa' masih lagi diri mampu tersenyum dan bergelak tawa. Memohon kekuatan.

Selepas membahagiakan diri selama 2 minggu bercuti, beraya dan keluar bersama kawan2 dr sekolah rendah, sekolah menengah, sehingga ke kawan2 di Jordan, serta kawan2 kelab, rupanya ada kerja lebih berat menanti melambai-lambai minta diusik serta disegerakan. Ah~

cerita semalam.
anak muridku luqman nyanyi lagu lady gaga masa cikgunya (saya la tu!, haha) sedang mengajar.. secara otomatik nya, saya pun menjerit 'oi luqmannn!!' .. Sumpah saya tak ajar dia nyanyi lagu ulala-ulala tu.. Kalau dia dengar kat rumah pun, oh sangat risau anak kecil berusia 5tahun menonton klip viseo yang tak berapa elok begitu.. aduh anak-anakku.. Lepas ni, dengar lagi dia menyanyi lagu tu, tanpa was-was lagi saya mahu menampar mulutnya!

Semalam juga, saya dengan rajinnya mengemas dapur di markaz (rajinnnnnyyyaaaa!!). Segala tupperware saya buang, haha.. Kemudian saya cerita pada seorang sahabat, perangai saya yang suka membuang barang di markaz (markaz cawangan Andala yg saya maksudkan), kemudian selepas habis saya bercerita, dengan gelak tawanya dia beritahu,

'barang markaz bukan barang sebarangan, boleh kata semua barang di markaz tu adalah barang infak penduduk Andalas. Mana tahu ada orang yang bagi cekodok ke, makanan2 lain ke, dimasukkan ke dalam bekas tu, sambil diniatkan bekas tu biar saja diletak di markaz, mungkin ada kegunaan, ramai orang yang ada di markaz, boleh aku dapat saham akhirat'..


Woah, terkedu saya mendengarnya.. saham2 akhirat itu telah saya buang dalam tong sampah.. Layakkah saya mendpat keampunan dari penduduk Andalas.. Majhul ma'fu (orang yang tak tahu buat kesalahan dimaafkan) saya yakin dalil ini tidak sesuai untuk keadaan ini... Oh, ampunkan saya!!

Apa perlu lagi saya duduk di markaz?? Bolehkan cara sebegitu menebus kesilapan??

~hari ini meeting muslimat jam 2.30 di markaz bukit naga.. sabtu, kursus.. ahad jamuan raya di markaz bukit naga.. cukup bulan saya jadi mutiara naga! =)

2 comments:

13 said...

hehe....mutiara naga!!!

kim salam ngan yb yekk

cik santun.. said...

huhu tobat dah.. akk tak buat lagi, huhuhuhu.. haritu buang baucer pembayaran, haha.. semalam buang tupperware2.. pasni markaz hankrupt sbb beli balik barang yg akk dh buang je kng.. hohoho..