Sunday, October 3, 2010

jamuan2, makan2..

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamuaalikumwarahmatullah..

Alhamdulillah dan syukur hanya layak untuk si Dia pemberi nikmat yang tidak putus-putus kepada hamba-hambaNya, selawat dan salam buat sosok agong Rasulullah, para ummahatul mukminin, sahabat2 junjungan serta orang2 yang menjadikan AlQuran Assunnah petunjuk kehidupan sehingga ke hari ini.

Malam ini secara haqnya, tidak layak untuk saya menulis entri baru, hehe bahkan bukak laptop ini juga saya tidak berhak. Seharusnya hak masa ini setepatnya diberikan kepada tubuh untuk beristirehat.. Tapi ntah mengapa tidur hanya setengah jam sahaja tadi terus sudah tak mampu melelapkan mata.. adeh! Doktor2, tolongggg! =p.

Siang tadi saya telah memontengkan diri dengan izin, untuk ke ijtimak aidilfitri anjuran muslimat Jalan Kebun Barat. Huh, memang excited mahu pergi, sudah 2.30petang, sudah bersiap, dapat mesej mulanya dari Nisa’ Kota Raja untuk reminder program ini, kemudian tiba2 dapat lagi satu mesej dari seorang sahabat untuk membantunya satu program anjuran ‘tuuuuttt’ (rahsia, ok!).

Ah, daku ini sememangnya adalah ‘kuli last minit’ (KLM) =p.. Semenjak dari dulu2 lagi, mesti jadi KLM, sudah tiada orang sangat sangat sangat, baru saya dipanggil. Tidak kisahlah dalam program apa sekalipun, mesti asalnya bukan saya yang terlantik.. Cari orang lain dulu, kemudian baru saya, sebab saya ada satu penyakit iaitu takkan menolak kerja.. haha PARAH!

Begitu juga malam semalam, jamuan di rumah datin di Sri Siantan Andalas, tidak pasal2 saya ditarik, woah!! Sudahlah auntie2 itu speaking english je, gile ah, tapi mujur mereka borak dengan saya, secara tidak langsung menukar bahasa kepada bahasa melayu asli yang tradisional, tau2 je saya tak reti cakap omputih, hihi..DAN… dia memperkenalkan anaknya, baru pulang dari US ambil engineering, baru habis, balik sini dan terus beli kereta. Haha motif ????!! =p.

Dan malam tadi, ke jamuan cawangan Kampung Jawa. Oh dan cerita malam ini. Seperti biasalah datang ke jamuan, kemudian dengar beberapa orang berucap, kemudian doa dan makan. Mulanya saya datang, saya salam dengan semua hadirat, kemudian duduk di kerusi di bilik mesyuarat, ketika itu adalah dalam 7-8 orang kanak2 kecil disitu. Tiba-tiba mata saya terpandang seseorang yang sedang tutup mulutnya. Kemudian saya tanya, ‘amin syakirin eh?’. Dia diam saja, tutup saja mulut. Amin Syakirin adalah anak murid saya di PASTI. Budak palinggg nakal, dan banyak kali kena cubit dengan saya. Hoho tiba2 tadi diam saja, sampai ada orang tegur dia, ‘hai tadi tak reti diam, jumpa cikgu nya terus kaku’.. haha biasalah jumpa anak murid sendiri di program, sudah namanya budak PASTI mesti mak ayah orang PAS, dan mesti tak lari dari program PAS, dan mesti tak lari dari jumpa cikgunya yang cantik ayu lagi gebabom ini.. kan3??

Apa 'ketua pemuda' kampung jawa buat kt situ tu.. haih~


Kemudian makan.. nyummy2.. Kemudian mak dah tak larat, mak pun baliklah rumah mak sedara berhampiran dengan markaz tu, saya duduk situ lagi tolong-tolong apa patut. Tolong habiskan makanan, tolong habiskan makanan, dan tolong habiskan makanan, ekeke.. Kemudian dalam jam 11 malam, pakcik Mail dapat panggilan katanya Dr. Mariah nak datang, waahh, boleh jumpa Dr. Mariah lagi malam ini. Saya pun menunggu lah, sambil2 bercerita sambil2 berkemas dengan makcik2 tu, kata ada anak bujang lah ( =P ) dan apa semua, Dr. Mariah pun sampai.

Mula-mula dia masuk di bahagian muslimat, salam2, kemudian baru ke khemah untuk makan, DENGAN DIIRINGI OLEH SAYA!! Hua hua hua. Diluar tu ramai lagi muslimin, wah malunya, saya pun buat bodoh saja, ikut Dr. ke meja makan, siap dah ada 3 tempat kosong. Saya sangkakan 3 itu adalah Dr. Mariah, kemudian pa nya Auntie Mariam dan drivernya. Rupanya 1 lagi tu untuk saya, kah kah kah, sebenarnya tiada tempat untuk saya tapi disebabkan saya yang iring, macam kesian pula kan takde tempat duduk, hihi takpe, tumpang fofular orang kejap, =). Kemudian borak2 dengan Dr. mempersilakan makan, Dr pun beritahu malam ini saja sudah 7 tempat, itupun tak semua undangan yang sempat pergi, sebab banyak boraknya, hehe Dr. Mariah ku sangat suka membebel! =p.

Sedang borak punya borak punya borak, sekali saya dipanggil oleh mak sedara saya, minta saya untuk pulang kerana Rania dari tadi menangis tak mahu wan nya. Bagi minum taknak, tidokan taknak, makan taknak, sume taknak.. Wa, saya pun baliklah tengok napa lah dengan Rania yang tak bagi peluang anje nya nk mesra2 ngn Dr.Mariah!! waaaa… (saya makcik yang mithali!, haha).. Bangun dan pulang begitu saja, tanpa cakap apa2 dan salam dengan Dr.faveret sy.. haha.


No comments: