Friday, October 1, 2010

30 hari sudah, =)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah.

Diam tak diam, kecoh tak kecoh, pejam celik pejam celik, sudah 2 bulan saya mengajar di PASTI. Tolak segala cuti yang ada, cuti merdeka, cuti nuzul quran, cuti penggal, cuti raya, genaplah hari ini 30 hari saya mengajar di PASTI.. hihi, dan sudah 2 kali menjadi ‘plastik’. Pagi guru tadika PASTI yang garang, petang penjaga kanak2 PASTI yang riang, haha!

Selepas ini, tidak tahu masih mengajar di PASTI atau tidak. Seharusnya tidak, tapi dek kerana telah memberi satu idea ‘gila’ kepada bos saya, jadi sekarang hanya menunggu keputusan. Jika diterima, maka selepas ini saya akan menjadi guru PASTI semula. Jika tidak, berakhir hari ini sahaja. Apa saja kata bos, saya redha, ^^..

kelas saya!


Day-Care PASTI.
Alhamdulillah sudah 2 minggu PASTI kami beroperasi juga sebagai day-care, dan hari pertama day care itu saya juga yang menjaga, yeah! Menjadi bibik??! Oh tidak berapa lah, kerana budak 4 dan 5 tahun sahaja. Jika mahu buang air, suruh saja mereka ke tandas. Mahu makan, saya ambilkan, suap sendiri, hoh~.. Bukan kejam, tapi mendidik, =p.. (atau sebenarnya malas?? Heu heu heu)..

30 hari.
Ya, 30 hari bermula 4 Ogos 2010 hingga 1 Oktober 2010 profesion saya adalah guru PASTI As-Syifa’, haha dan saya tidak faham kenapa guru sebelum ini berhenti sehingga saya rasa saya ingin mencadangkan pada kerajaan untuk guru PASTI dimasukkan dalam satu pekerjaan yang merbahaya sama tarafnya seperti polis dan askar. Jika masalah elaun, elaun tu sudah diberitahu awal2 lagi, apa pula masalahnya. Huh~

Pernah suatu hari di awal2 menjadi guru dahulu sedang saya menyapu di luar (oh rajinnyaa!), saya didatangi seorang kakak yang juga sedang memegang penyapu. Katanya, “cikgu baru ke?”. Saya jawab “ya”. Dia tanya lagi, “gaji berapa?”. Jawab saya, “tak tahu lah tapi alhamdulillah saya senang dengan kerja jadi cikgu ni”.. Kemudian dia tanya lagi, “ko kerja ngn akk, jage budak, akk bagi ko rm700”.. Dengan berlagaknya saya pun berkata, “oh rm700, saya ingat rm10,000 ke, rm20,000 ke. Saya, kalau saya nak, dengan kelulusan saya, saya boleh dapat lebih lagi daripada tu!”.. hohoho. (bajet cam senang je cari keje eh!). Dan elaun bulan pertama saya adalah ‘sama’ dengan ‘gaji jaga budak’ yang ditawarkan.. Kerana saya istimewa, sebab tu dapat elaun istimewa, hahaha.. ok, jangan berlagak. Itu! Tiada jijiknya jadi guru tadika. Dan guru tadika itu bukan satu pekerjaan yang merbahaya, malah membuat kita lebih bahagia, hehe.



Anak-anakku.
Luqman, adam, lutfi, hadi, amin, eyrman, syakirin, irfan, farhan, fitri, liya, syakirah, balqis, nana, umairah. Ok, cukup semua ya anak murid cikgu, 15.. ada lagi sorang, tapi dah berhenti, syafiq namanya.. Orang nama syafiq ni, pemalas betul gi sekolah, haih~

Bermacam ragam, bermacam perangai. Ada suatu hari itu, seperti biasa seharusnya habis kelas keluarkan mainan lego, puzzle dan semua lah. Tapi pada hari itu saya marah sangat jadi saya tak benarkan keluarkan permainan. Sudah tidak ada mainan yang boleh dimain, mereka pn main kejar2. Tiba-tiba salah seorang menjerit, “cikgu…. Air kencinggg!!”.. Ya Allah, tengok air kencing dah mengalir2 kat lantai. Masakan tidak, sudah seronok sangat berkejar sampai tak terasa nak buang air.. Adeh. Tak pasal2 satu tadika kene basuh.. huh.. hari itu memang sangat marah, tapi sudah lama berlalu, saya kenang2 balik, jadi satu bahan lawak je.. kehekeheke, =)..

Kisah cendol~
Pernah suatu hari, salah seorang anak murid saya bercerita, “cikgu, malam tadi ayah kite bawak kite pegi makan cendol”.. saya pun melayan la, “ oh ye, dekat mana? Sedap ke?”.. Tiba-tiba, ‘ashim’ (bunyi orang bersin), anak murid saya yang makan cendol malam tadi tu pun menjerit, “cikguu.. ada cendol kat hidung diaa”.. waaaa, tu bukan cendol, tu hingusss.. adoiiii, hahaha.. Memang saya pernah cakap dulu2, pada lutfi, ‘lutfi, lap cendol kat hidung tu’.. Oh, rupanya mereka semua sudah menyangka hingus itu adalah cendol!! Haih, guru tadika jangan cakap sembarangan, budak2 cepat tangkap.. adeh, camana lah nk membetulkan keadaan ni, kah kah kah!!

yang belah kanan inilah lutfi, yang belah kiri amir farhan.. Han comel macam anak harimau, cikgu garang macam harimau.. ngee~

Ok, sekian sahaja entri kali ini, =)..

2 comments:

ahmad alkhani said...

wa.........best gile

tapi,betul ke akak ckp kat makcik tu psl akak dpt lebih dr tu klau ikut kelulusan??

jge budak-budak je la smpai tua...keje asal jgn tension...hoho

btw,budak last tu smart n comel..wat adek angkat lor

cik santun said...

hehe ala tipu sunat.. belagak sgt, macam la die tu banyak duit sgt.. die bukan tau akk kelulusan ape.. diam2 je la jgn gtau die, hehe..

akk mmg seronok sgt mengajar dan jaga budak, tp tu bukan bidang akk, hahaha.. kesian JAIS kng, bg duit banyak2 g ngaji jordan sane, sekali balik keje jage budak, kikikiki..