Wednesday, September 29, 2010

rumah terbuka kota raja

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah pulang juga ke rumah setelah 2 hari berkampung di PASTI menemani cikgu baru kami yang asalnya dari Sungai Burung Tanjong Karang, =).. Seronok juga duduk disana, jika ada teman lah, pagi2 bangun selepas pakcik azan (muazzin la tu woi!) datang ke markaz mengumandangkan azan, kemudian solat. Kemudian memasak untuk anak2 murid, walaupun tak habis, sekurangnya mereka ini sangat menjaga hati saya dengan berkata saya masak sedap dan tidak pernah kata akan sakit perut makan makanan saya, haha..

Ahad lepas saya berpeluang ke Jamuan PAS Kawasan Kota Raja, dengan jemputan ya! =), pada hari Ahad. Mulanya malam itu dapat mesej ajk muslimat wajib sudah ada di markaz jam 9.30pagi untuk persediaan buka gerai kek muslimat. Kemudian terima pula mesej dari nisa', minta tolong buat air di rumah kak ita, jam 8.30pagi. Waaa, nak dahulukan yang mana ini?? Istikharah punya istikharah. Fikir punya fikir, akhirnya daku yang hanya sebagai orang bawahan yang menurut perintah ini memilih untuk membuat air. Dengan sudah berpakaian 'cantik' ke rumah kak ita, terus mengambil tugas memerah carrot, oh~.. Mujur memakai pakaian gelap, tidaklah ada corak tambahan pada baju ke jamuan pagi itu, =).. Kemudian selepas ke jamuan, kami berehat di rumah kak ita, dan beraya di kawasan sekitarnya, kemudian ke jamuan briged amal di jalan kebun.


haha tgk, datang2 terus dah ada wartawan amik gambar. cekap betul pemuda ni, snap gambar pesalah2 yang datang lambat.. haih~
Abah kata, titi kayu tu, abah yang buat dulu.. Dulu ada besi kat situ, tapi sekarang taktahu dah kemana.. eleh, ye ke bah?? =p..

Inilah makanan yang buat daku banyak makan sepanjang hari Ahad lepas.. Sangat sedap. Terus mengisytihar roti canai jadi makanan kegemaran, hehe.. Mula makan di markaz tak ingat berapa keping. Kemudian malam di jamuan briged amal pun roti canai lagii??? adoiii, mana saya tak gemuk? Salahkan pembuat roti canai! =p.



Acara yang saya terlepas! Oh datang2 dah lambat, kek cantik ini sudah dipotong. Ada 3 kek kesemuanya di gerai muslimat, dan kesemuanya sedap2.. Dan mengapa kawasan mana itu tidak tertulis jangan dipersoalkan, ada kisah disebaliknya, =p..

Perasmian galeri.

Harakah


Dan.. Program hari Ahad ini pula.. Tak heran la ijtimak tarbawi kt masjid rusila tu.. Bukan Rusia pun! ~yang sebenarnya ayat menyedapkan hati je sebab tak boleh pergi Terengganu hujung minggu ni~ hahaha..

pergi.. tak.. pergi.. tak.. pergi..tak..
Haha kalau ada, ada lah saya disana, =).

Oh dan hari sabtu yang bakal menyesakkan!
- test komputer kereta.
- jamuan cawangan kampung jawa
- kenduri kawen muawwiz.
- perjumpaan muslimat.
- reunion dak Jordannnn.. wah ruginyaaaa!!
- ADEH~ ADEH~ ADEH~~~~~~

Hari Sabtu dan Ahad yang tak pernah berada di rumah semenjak pulang dari Jordan, =p. Tolongg! Tolong!

No comments: