Wednesday, October 13, 2010

seharian di PASTI

Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam untuk Rasulullah, utusan seluruh umat, para sahabat, para syuhada’ serta pengikut ajaran islam sehingga ke hari qiamat.

Tarikh 13oktober 2010 telah saya habiskan separuh hari di PASTI, bermula jam 8.05 pagi (jam yang tepat), sehingga jam 8.25 malam. Mulanya dengan keadaan kesihatan tubuh badan yang tak berapa sihat ingin sahaja saya mengambil cuti, tapi entah mengapa terasa ringan saja pagi itu seperti pagi2 lain bangun kemudian mengurus diri untuk ke PASTI, Cuma keadaan emosi yang kurang stabil. Pagi itu sebelum melangkah keluar sempat lagi mesej pada bos, “jap lagi saya sampai, tapi takde mood, sori kalau ada anak murid yang terpancung kepalanya hari ini“.. Mujur tiada yang terpancung kepalanya,dan tiada sebarang kecelakaan dilaporkan, alhamdulillah, ^^..

Kemudian sesampai di PASTI, perhimpunan baru dimulakan, saya pun mengambil masa seketika duduk di pejabat, tarik nafas, lihat note belanja dapur dari guru yang menambah kebiulan kepala, haha, ambil nafas lagi, dan terdengar suara anak2 di luar menyanyi lagu PASTI cemerlang PASTI gemilang.

Suatu yang sangat menyentuh hati saya dalam lagu ini adalah pada rangkap

Kami harapan ummah, di PASTI kami diasuh
PASTI pasti berjaya, PASTI pasti kan cemerlang..


Masya Allah, lirik inilah yang telah menambat hati saya untuk terus setia mengajar di PASTI. Kurang sebulan lalu, ketika saya mengajar seorang diri di PASTI ini, inilah penguat saya. Banyak kali saya rasa lemah, saya duduk2 di meja guru, dan buka buku agenda perhimpunan pagi, dan renung serta tenung lagu ini. Lalu berfikir, “di PASTI kami diasuh” itu bagaimana jika tiada siapa yang mengasuh. Apakah nasib anak2 PASTI yang inginkan dirinya diasuh jika tiada siapa yang sanggup menjadi pengasuh. Apalah sangat perjuangan meng’asuh’ di PASTI jika dibandingkan dengan perjuangan pejuang2 yang lain. Entah diri layak atau tidak bergelar pejuang. Huhu.

Kemudian saya pun keluar seperti biasa untuk modul2 dalam perhimpunan, kemudian mengajar seperti biasa. Melihatkan anak murid kesayangan saya yang sudah sihat dan datang pada hari ini, hati saya kembali menjadi senang. Melihatkan telatah anak2 yang pelbagai ragam, hati saya menjadi riang. Bibir yang sedari tadi tidak mampu tersenyum, kini sudah mampu bergelak tawa.

farhan- sy nak mik gambar dia buat kopiah cm banggali sekali tersangat comel lak gambar nye, tak jadi benggali, =)

PASTI sebagai medan dakwah.
Ya, inilah tujuan ‘peribadi’ saya setelah 2bulan duduk di PASTI. Mengapa? Mengajar tadika, oleh seorang besar adalah umpama mengeluarkan sedikit saja ilmu dari ilmu2nya, tapi praktikalnya dapat dilakukan disini. Siapa lagi orang besar yang masuk ke dalam sekolah dengan kaki kanan? Siapa lagi orang besar yang sebelum masuk ke tandas dengan membaca doa, dan menutup kepala? Siapa lagi orang besar yang sebelum makan membaca doa, beserta terjemahannya? Siapa lagi orang besar yang sentiasa memperbaharui wudhuknya? Inilah yang diajar di PASTI dan inilah yang seharusnya guru2 amalkan dahulu, agar dijadikan tauladan dan role model kepada anak2 murid. Dan medan dakwah yang saya maksudkan bukan setakat di PASTI saja.. Tapi tumpuannya untuk anak2 ini agar membesarnya dengan apa yang diterapkan dalam pembelajaran. Moga anak2 kami menjadi anak2 yang cemerlang dan terbilang untuk islam. Ameen ya rabb~

Pun begitu, ada seorang anak murid saya yang tidak pandai membaca terjemahan doa untuk makan,ayatnya begini.
“Ya Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari asap api melaka”.. adeh!!! =(


MEETING!

Hari ini juga ada perjumpaan bersama guru2, dan hari ini juga ada meeting muslimat. Sudah saya maklumkan pada S/U muslimat atas ketidakhdiran saya perjumpaan petang itu. Rupanya petang itu juga ada perjumpaan guru, adeh ini memang tak boleh lari! Kuturut saja lah waktu perjumpaan ‘last minute’ tu, lagipun memang tidak kemana, memang saya berada di PASTI petang itu.

Dek kerana pisang yang banyak lagi tidak termakan, jadi saya buatkan lah cekodok pisang untuk perjumpaan petang tu versi ‘anak dara’ yang tidak sama rasanya seperti mak2, haha sudah pasti, dan alhamdulillah sedap, ditambah ramuan doa pengasih dan doa kasih sayang sedikit, =)..



Alhamdulillah ‘ala kulli haal.. Sedikit sebanyak sudah dapat melupakan sesuatu yang membelenggu perasaan dan hati ini, semoga jiwaku yang resah hati yang gelisah ini dapat bertemu dengan ‘seseorang’ (=p) atau ‘sesuatu’ (?!) yang boleh membuat jiwa kembali tenang dan senang, =).

p/s : hari ini bos 2 PASTI telah mengetuk meja dengan begitu kuat kerana marah saya yang sangat suka menyakitkan hati dia, sangat memeranjatkan sehingga bos 1 pun terperanjat.. Dan dia tak mintak maaf lagi kat saya!! Huh~

p/s 2: program muslimat Ahad ni, lawatan LPO (lajnah dan politik ape ntah) PUSAT ke Kota Raja, dan buku aturcara tak siap lagi, miahaha.. Semoga program berjalan lancar, dipermudahkan segalanya, ameen ya Rabb~

syakirin cm orang bersilat, han cm otomen. luqman?? incredible hulk?? haha.

No comments: