Wednesday, October 20, 2010

Munaqasyah dmpp n dmpns

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah, selawat dan salam atas junjungan agong Rasulullah, para ummahatul mukminun, para khulafa' seterusnya pengikut2 ajaran AlQuran asSunah sehingga detik ini..

Ahad lalu, telah berlangsungnya satu munaqasyah daripada Dewan Muslimat PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor di Markaz Kawasan Kota Raja di Bukit Naga.. Alhamdulillah program yang dirancang sebulan itu berjalan dengan lancar. Pengisian yang sangat seronok tapi dek kerana kakak P.S.U.(1) membawaku kehulu kehilir, terlepas la juga sedikit2 info berguna, adeh..

Mulanya pada hari Sabtu, dalam perancangan akan ikut ketua muslimat dan PSU muslimat untuk menghadiri mesyuarat Muslimat Negeri di gombak untuk perancangan dan gerak kerja Muslimat di Galas. Tapi dibatalkan dek kerana menjaga anak buahku Sofwan dan Rania di rumah, hoho..

Dan mahu fotostat buku aturcara juga terpaksa ditangguhkan hingga ke waktu malam! haih~ Dan terpaksa menceroboh pejabat PASTI, dan mencuri kertas berwarna hijau PASTI juga, haha menggunakan disini untuk kepentingan disana, dan adakala gunakan disana untuk kepentingan yang disini, Muslimat dan PASTI kn satu geng, oh bahagia~ kikikiki,=)..

Dan sedang daku diluar juga tiba2 kakak PSU mulimat call, minta untuk baca doa program esok. Selepas puas dipujuk, akhirnya kuterima.. Mulanya pagi, seawal jam 7.30 saya tiba di markaz Kota Raja, (awalnyee?? ) lakukan apa yang patut disana, kemudian jam 8.30 sudah mula kehadiran tetamu2 yang melibatkan 4 zon.. Subang, Shah Alam, Klang dan Kapar.

Pagi itu saya memang ditugaskan untuk menjaga pendaftaran. Melihatkan tetamu yang bukan calang jawatannya saya jadi gugup. Aduh bagaimana lah mahu membaca doa depan ustazah hebat2 begini. Sudahlah baru malam tadi diminta membaca doa, balik rumah terus tido tak sempat mencari doa2 buka majlis.. Haha nasiblah dalam doa tu saya ada doa pasal nak kawen, keh3 tak perasan, =p tau2 dah terhabis baca doa tu, adeh~ Belasah je!

Kemudian menyanyi lagu PAS yang asyik kuhafal 2 minggu sebelum program. Lagu UMNO saya hafal la. UMNOO terus mara, untuk rakyat Malaysia, =).

Kemudian munaqasyah tapi sayangnya tidak dapat dengar semua kerana sibukkan urusan lain di bilik gerakan. P.S.U 3 muslimat katanya, ceh =p. Antara isi munaqasyah :

S : Saya sudah lama bergerak dalam muslimat 'tuutt' (nama kawasannya), tapi saya tak jumpa ajk2 yang boleh bersama2 dengan saya buat kerja. sayalah ketua muslimat, sayalah SU, sayalah Bendahari. Kalau yang ada pun, mereka pun dari jemaah PAS, mereka dari UMNO.

bangun ketua muslimat negeri menjawab (ringkasan dr saya) :

Siapa yang melantik ahli2 jawatankuasa? Ketua jugak. Paling kurang pun dalam organisasi yang boleh buat kerja mesti ada 3 orang. Ketua, bendahari, s.u. boleh jalan dah. Dan kenapa orang UMNO tu jangan dipersoalkan. Kita bergerak bukan atas dasar nama PAS semata, tapi bawah jemaah islam. Kita risaukan UMNO yang membantu kita buat kerja, tak risau ke PAS ada DHPP (penyokong PAS) yang bukan orang islam. Patutnya kalau orang UMNO turun untuk membantu itulah peluang terbesar kita! Jangan disempitkn sasaran dan tujuan kita hanya untuk orang2 PAS.

Wah, terdiam semua. Panjang lagi 'bebelan' nya, kalau dapat rakaman best juga, =).

Dan beberapa lagi perbincangan2 yang hangat yang tidak boleh dikongsikan, kikikiki.. Muslimat cawangan mesti buat usrah seminggu sekali. Usrah haraki.. Usrah qiyadi.. dan sebagainya.. InsyaAllah, itulah yang sedang saya cuba usahakan, mohon doa, ^^..


Lawatan Lajnah Politik dan Organisasi Muslimat ke bilik gerakan. Wah muka dh berkilat2 sume org, yerk!!!

3 comments:

ahmad alkhani said...

dah macam mak org jeer...

cik santun said...

amboi.. amboi.. amboi!!!

sabo jek.

syi said...

Tak gi Galas ke cik santun penyantun?