Wednesday, November 3, 2010

huhu

Bismillah wa syukur lillah.

Hari ini ada sesuatu yang berlaku di PASTI, buat diri rasa lemah sekali, termenung sahaja seharian bagai orang bersenang lenang tiada kerja lagaknya. Perkara apa yang sangat saya sedihkan ini??

BERMUAMALAH.
PASTI bagi saya adalah salah satu jalan untuk berdakwah pada ibubapa. Sudah saya fikir begitu, seharusnya yang selaras dengan itu adalah "PASTI juga adalah salah satu jalan untuk ibubapa berdakwah kepada guru".. Bukankah saling menasihati itu perlu. Ya, memang perlu, tapi kadang-kadang nasihat itu pahit bak hempedu, umpama lainnya bagai disambar dada.. Walau diungkapkan dengan lembut dan sangat berhikmah, namun penerimaan kesalahan sendiri itu yang memeritkan.. (perlu lebih berlapang dada dengan orang-orang yang memberi nasihat, juga diri sendiri harus lebih belajar bermuamalat.. Rugi kt Joden dulu tak amik subjek fiqh muamalat, yg fikirnye fiqh munakahat je,keh3~

Borak2 dengan kawan2 yang sangat mengenaliku di Jordan, masing2 nasihat, "weh, jangan buat perangai lama! ko ngn kitorg lain, ko ngn org2 kt Malaysia sekarang lain!" -oh time kasih sume, ^^

Cabaran!!
Yeah cabaran, bermasyarakat dengan masyarakat pelbagai peringkat, yg punyai amalan berbeza, ajaran berbeza, memang payah. Pernah dahulu, sebulan lalu seingat saya, ketika baru mula2 hendak membuat usrah di PASTI, mula seperti biasa akan bertadarus, dan terperanjat apabila ada seoarang ahli usrah saya membaca 'alif lam mim' dalam surah baqarah itu dengan 'alaaamm'.. adoiii~ kataku ketika itu, kalau tambah 'ro', 'alif lam mim ro' jd 'almari' ye??

Oh dahulu di Jordan dikelilingi dengan sahabat2 yang mantap bacaannya, tutup alQuran pun boleh baca (hafizoh la tu, hihi), kini dihadapanku huruf hijaiyyah tidak mampu lagi untuk kenal walau sudah 20 tahun hidup.. Sangat lemah dan lemah, tapi inilah permulaannya.. Ntah diri mampu tidak bertahan. Ya Allah kumohon kekuatan..

p/s : tidak berniat untuk mengaibkan ahli usrahku, tapi sebagai pengajaran, lebih lagi mereka di Jordan sana, kamu balik, perkara ini akan berlaku, jika berani berdepan dengan masyarakat..

- tiba rasa syok juga kalau duduk saja di rumah, nonton tv, dan ber'sms', berchatting, bergelak tawa dan melepak..

Diriku yang sangat lemah ketika ini.. Mohon untuk memimpin tanganku...

No comments: