Monday, November 15, 2010

Berkhir sudah.

Bismillah wa syukur lillah..
Segala pujian selayaknya hanya untuk Allah, selawat dan salam buat junjungan Rasulullah, serta pemegang amanah Al-Quran As-Sunnah sehingga ke hari ini.

Hari ini hari terakhir sesi persekolahan PASTI As-Syifa'. Ya, jangan tanya, saya sendiri pun tidak tahu bagaimana saya boleh bertahan berada di PASTI tu dengan jangka masa yang saya rasa agak lama. Setiap kali mahu cakap 'minggu ni last ye, minggu ni last ye', mesti ada saja tanggungjawab saya yang sebenarnya belum saya sempurnakan..

Kadang-kadang terpaksa telan kata-kata mereka yang asyik berkata, 'PASTI tu baru, banyak masalah lagi', dan seumpama dengannya. Saya akui, bilangan ajk kami yang hanya sedikit dan kesemua 'muda-muda', yang paling 'tua' adalah bos saya berumur 28, bos 2 berumur 23, dan dikalangan guru, saya yang paling tua! oh~ Jika hadiri program muslimat atau nisa' boleh saya berlagak muda, tapi berada di PASTI, saya harus menerima bahawa saya paling tua, sedang PASTI tempat lain, semua 'makcik2', haha..

Dengan kedudukan PASTI yang bagi saya belum kukuh, belum punya guru tetap, guru yang asyik bertukar, ia sangat lah memberi tekanan. Permulaan itu sangatlah payah, bukan? Tapi apabila saya fikir, bagaimana la guru2 sebelum saya boleh mengajar disitu dengan keadaan yang sangat sangat sangat baru, itu tiada, ini tiada, mengapa tidak waktu sekarang ini, tika sudah banyak peralatan yang disediakan, sudah lebih selesa, tidak boleh hendak bertahan disitu? Jika tidak kita memulakan, siapa lagi? Semua mahu lari, bagaimana hendak maju, ya tidak? Jadi jangan salahkan sesiapa, salahkan diri yang tidak mahu bertindak itu.

Statistik!
Guru PASTI As-Syifa' 2010 adalah 8 orang, sudah boleh buat alumni untuk tahun ini saja!hihi.
Nisbah guru pada murid - seorang guru untuk 2 murid.
Nisbah bulanan - Umpama lebih kurang satu bulan seorang guru.



Bukan saya berniat untuk ceritakan satu2 masalah di PASTI, saya yakin juga anda faham bahawa sesuatu yang baru itu takkan terus tegak dan kukuh begitu saja, semua ada langkah demi langkahnya. Bersabar dan bertindak rasional, itulah jawapan, =). Menjadikan sesuatu yang tiada kepada ada juga merupakan satu kejayaan.. ya, tidak?

Kepercayaan.Ibubapa.Guru!
PASTI ini baru! Dan anak2 anda eksperimen! bukan.. bukan.. bukan ini maksud kami, tidak sama sekali. Kami, sepertimana ibubapa, mahu anak2 Islam terus terdidik dengan budaya islam yang sekarang sering diabai. Dan saya juga berharap ibubapa tidak menghantar anak ke PASTI, hanya kerana murah, atau lebih dekat dengan rumah, atau sebagainya. Bahkan lebih dari itu. Didikan di sekolah, ditambah pula dengan didikan di rumah, InsyaAllah ini cukup menjadikan anak2 berjaya. Risau sekarang mereka sudah menghafal ayat seribu dinar dan ayatul kursi, juga surah2 pilihan, kelak tidak diamal, tahun depan buka sekolah semula, lupa..

Masalah.Cabaran.Dugaan.
Ya, bertimpa-timpa. Saya berasa kesal sedikit, kedua2 bos saya adalah orang besar dalam PASTI, baik kawasan atau negeri. Saya sebagai guru dan pengurusan cawangan mereka, tidak mampu untuk mencemerlangkan PASTI cawangan sahaja sebagaimana mereka menggemilangkan PASTI Kota Raja juga Selangor. Kesal sedikit, dan semoga tahun hadapan PASTI As-Syifa' akan lebih kehadapan. Jika saya tidak berada luar (keje jauh,kawen orang jauh dll) dari Kawasan Kota Raja,InsyaAllah bersedia untuk terus jd AJK. Bukan GURU! untuk membalas dendam semula apa yang tidak terlaksana tahun ini. =)


Saf pimpinan PASTI As-Syifa' 2010.
Cikgu Safiyyah (guru pertama PASTI As-Syifa'), Cikgu Aminah (guru kini), Kak Fatihah, Kak Aisyah, Sakinah (guru lama, seperjuangan Safiyyah), saya.
Munzir, Bos pendek, Ust Hafiz, hantu kecik, Ust Ryne, Hadi.

* Sakinah dan Safiyyah diimport khas dari Sabak Bernam, guru-guru semua belasan tahun. haha mentah!

1 comment:

Al-Hariz said...

Rasanya ada budak bakal sy lazer ni..
Papa pon, tugas anda perlu di teruskan. Amik peluang yg mana ada. Pertingkatkan diri, memang apa yg awk belajar di JORDAN tak sama utk dipraktikkan. Tp konsepnya ada. Dalam berjuang & dakwah tiada akhirnya melainkan MATI... Proses 2011 telah bermula. Jd semua Jemaah pgurusan perlu berusaha...