Semalam berlangsungnya Hari Konvokesyen PASTI As-Syifa' buat kali pertama tahun 2010. Program pertama dan terakhir untuk sesi ini, majlis formal la yang saya maksudkan ya. Mulanya dengan bilangan murid yang sedikit, kami hanya mahu gabung majlis dengan PASTI cawangan lain, tapi dalam meeting tibe2 bos kata "kita buat hari konvo kita sendiri, kita pun ada PASTI kita, ajk kita pun ade". Hanya berbaki 2 minggu itu sajalah segala persiapan diatur.
Alhamdulillah majlis yang serba ringkas itu, meriah dan ceria, walaupun tidak begitu lancar, tapi kelam kabut hanya di kalangan AJK yang tidak cukup. Tidak pasal2 saya juga turut jadi pengiring untuk penyampaian hadiah.haha!
persembahan pelajar.
Ketika persembahan ini saya ada naik atas pentas dan berbisik dengan mereka, "nyanyi kuat2, nyanyi kuat2, kalau tak cikgu cubit", kemudian muridku Adam cakap "kuat2" dengan kuat2. Adoi, orang suh nyanyi kuat2, die g nye cakap 'kuat2' dengan kuat.. adeh!
dengan sakinah
No comments:
Post a Comment