Monday, December 13, 2010

Gunung Nuang

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alhamdulillah sembah dan pujaku hanya untuk Allah, tuhan pengurnia nikmat. Selawat dan salam buat sosok junjungan tercinta, tauladan yang sempurna sepanjang zaman, para pendakwah, para penggerak amal islam, serta pemuda pemudi Islam bawah naungan alQuranul Kareem.

11 dan 12 Disember, adalah hari berlangsungnya Program Mendaki Gunung Nuang anjuran Kelab Rakan Masjid, Masjid Jamek Arrahimiah Lipat Kajang, serta DACS Kota Raja. Alhamdulillah walau saya sampai ke puncak sedikit (baca lawannya : banyak) lambat, juga paling last sampai ke basecamp, tapi secara keseluruhan Alhamdulillah best walaupun penat gile! Semalam sakit kaki saja, tapi harini dah sakit bahagian perut, tangan, senang kata seluruh badan lah. Boleh cuti lagi ke ni? =D.

Program ini memang sudah lama direncanakan dan mulanya dikhaskan hanya untuk lelaki sahaja. Lagi 3 hari nak program saya bertanya kepada bos yang juga pengarah program tentang penglibatan nisa'. Jawabnya, nisa' kalau ada yang nak ikut, cari dulu nisa' yang biasa panjat gunung, untuk jadi ketua. Jadi saya pun mesej la cari sapa yang berkelapangan boleh jadi ketua, rupanya ada seorang sahabat ini sudah pun mencari 3 orang rakannya yang lain untuk join. Saya menjelaskan semula 'yang paling peting, kita kena cari ketua, dah ada ketua baru cari orang', dia pun menawarkan diri menjadi ketua dengan syarat ada saya bersama menjadi ketua. Jadi saya pun terima. Akhirnya, dia yang tidak pergi, adeh! Dan orang2 yang dia cari itu pun kesemuanya tidak pergi, lagi sekali adeh..!!

Begitulah kisah penglibatan nisa' secara last minute, harap2 menjawab persoalan kak Dian yang bertanya mengapa last minute baru nak ajak.. Dan terima kasih juga kepada Kak Dian, wakil Nisa' Malaysia serta geng2 nya, Kak Diyana serta Sue. Juga berterima kasih sangat pada pengarah program yang membenarkan kami turut serta terlibat dalam program ini, walau sebenarnya diketahui secara umum muslimin 'malas' nak bawak muslimat untuk program begini kerana tidak mahu tanggung risiko, dan leceh. (sy la tu buat leceh)

Setelah confirm nisa' boleh terlibat, dan dipanggil untuk menghadiri taklimat, mulanya penglibatan nisa' sudah 13 orang, setelah itu seorang demi seorang, seorang demi seorang menarik diri, sehingga malam itu jam 10, penglibatan nisa' hanya 6 orang. oh~

Saya juga tidak sempat hendak memujuk seorang demi seorang memberi semangat, dengan kerja yang bergitu banyak, modul untuk summer camp tidak siap, petang itu pula kena bagi pengisian untuk usrah Muslimat pun belum ade isi nya. dan terpaksa menangguhkan usrah PASTI yang sudah 3 minggu tidak buat.. huhu.. dalam kepala fikir lagi kerja PeBT tak siap lagi, deadline Jumaat ini, tapi Jumaat dah kena ke Banting untuk JNS, kena siapkan awal lagi. JNS pula kena cari tentang Umar AlKhattab. Ya Allah, berkatilah masaku. (tp sempat pula update blog, haha ini namanya mengong~)

Hari Program
3 orang wakil DACS Kota Raja sudah siap menunggu di basecamp Gunung Nuang, jam 12 tgh malam selepas kuliah haraki mereka kesana menge'cop' camp site. Pagi program kami hanya ber4 daripada Klang, menaiki satu kereta, dan kesemuanya PASTI. Bos 1, bos 2, saya serta cikgu Min, hehe! Semuanya orang yang dah hari2 jumpa, ala bosannya, haha! Juga boleh menjadi rehlah PASTI pada tahun ini ya, =).. Bertolak dari PASTI jam 9.30 dan tiba di Hulu Langat jam 11..

ihdinassirotol mustaqim.

Jam 11, naik ke basecamp, jalan2 berhenti, jalan2 berhenti sehingga 3 jam kami baru sampai ke basecamp, tanpa warming up. 2 petang baru sampai atas, makan, solat zohor, rehat2, solat asar. Kemudian aktiviti bebas, masing2 ada yang membetulkan titi buloh, menghidupkan api, bermandi manda, potong2 ayam.

Jam 5.45 baru Kak Dian sampai, kul 4 petang sampai, kemudian naik ke basecamp 1 jam 45minit sahaja.. cayalah!! 3 orang tu bakal pendaki Gunung Kinabalu kan, tak hairan la kalau nak berlari pun naik bukit. Gunung Kinabalu lagi kan sanggup ditawan, apa nak dihairankan setakat Nuang, ya dak? =D.. Malam itu tidur dengan sangatlah sejuk, pakai stokin, pakai sweater pun menggigil2 jugak, tahu macam ini saya bawak selimut tebal Jordan tu ha, hehehe.. Dengan pelbagai bunyi, dengan ada orang asik suluh khemah, buat2 saja pejam mata. Sudahlah takde line, adoi.

Esoknya jam 7.40 pagi mula mendaki Gunung Nuang. Seperti biasa juga saya menjadi orang pertama di awalnya, kemudian orang pertama juga untuk trip kedua, mujur tidak ramai, jika tidak orang pertama juga untuk trip keempat seperti di Gunung Datuk haritu, hehe..

saya tak suka gambar ni, sebab nampak gemuk!! haha. tapi inilah satu-satunya gambar yang ada kami berempat..
Jadi terpaksa suka. Kem pacat tuuu! jangan tak percaya..


Secara kasarnya, memang Gunung Datuk lebih tinggi dari Gunung Nuang, tapi dari segi kecabarannya, MasyaAllah Gunung Nuang sangat sangat sangatlah mencabar. Agak lambat perjalanan saya kali ini dek kaki kiri yang kejang akibat semalamnya ke basecamp tidak warming up dahulu. Terpaksa menggunakan kaki kanan sahaja untuk menampung badanku yang KURUS! dan mengimbangkan badan menggunakan tongkat kayu, keh keh keh diejek seperti nenek tua. adeh~ Alhamdulillah selamat sampai dengan hasil kegeramanku pada seorang wakil DACS yang rasa macam nak sepak terajang saja kalau kaki ku tidak sakit ketika itu. hoho.

9 orang yang sangat menawan yang telah menawan gunung nuang.. akif saja tak naik, masak kat bawah.

Sampai ke puncak kali ini tidak seperti keterujaan ku berada di puncak Gunung Datuk haritu. Kali ini sampai puncak, pertama sekali saya geram, puas dipujuk hati 'bersabarlah, bersabarlah'.. Beberapa minit, melihat pemandangan Subhanallah baru sejuk hati ni. Terngiang kalam alQuran "Tidakkah aku jadikan gunung itu sebagai pasak bumi".. "Tidakkah kamu terlihat (terfikir) mengapa gunung2 itu dijadikan?".. Tarik nafas, dan baru ok.. Kesemuanya dalam alQuran. Bodohlah diri tidak mahu mentadabbur surat2 kiriman Allah itu.

Kemudian siap2, jam 7 malam turun, sampai bawah jam 8.45 malam . Bos belanja makan tomyam kt gerai. Hehe tiap minggu balik program wajib singgah gerai makan tomyam ye?? hehe, =).. jam 12 tengah malam baru smpai PASTI, dan tido di PASTI kerana cikgu Min tak sihat.

Mak asik cakap, 'anak mak dulu tiap hujung minggu je takde kat rumah, sekarang, tiap minggu tak tdo kat rumah'.. hehe mak, sori. Nasib baik mak dah tak tanya 'bilalah anak mak nak kawen ni'.. hihi..

2 comments:

Pemuda KRM MJAR said...

Pertama-tama nya diucapkan tahniah kepada semua pihak yangg terlibat dlam menjayakan XPDC ini, terutamanya pihak Nazir MJAR, KRM MJAR, DACS Kota Raja, Nisa' dan Pasti As-Syifa'. Kerjasama semua pihak amat dihargai.maaf atas segala kekurangan semoga program seperti ini akan dapat diadakan lagi dimasa2 akan datang.terima kasih semua.

Anonymous said...

Assalamualaikum...Seronok baca blog adik ni tp ape yg sedikit musykil dh 3 minggu cuti usrah utk ikut aktiviti mendaki. Sbnrnya sbgai sorg pejuang Islam, kita kena faham kita ni gerakan Islam maka prgm tarbiyah x ade cuti maka prioriti mesti pada tarbiyah krn ia dapat menjaga akhlak kita agar tidak terlampau bebas supaya dapat keredhaan Allah. Kena amal ilmu Islam yg kita ade.