INOVASI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PERMAINAN
LUBUK MAUT
Saya
telah menggunakan strategi didik hibur permainan ‘Lubuk Maut’ sebagai inovasi pengajaran
dan pembelajaran dalam pengajaran Pendidikan Islam tahun 2 Berlian bertarikh 14
April 2014. Murid kelas ini terdiri daripada murid-murid yang pandai dan saya
dapat melihat murid-murid ini terhibur dengan kaedah bermain sambil belajar
yang telah saya gunakan ini.
Cara yang telah saya lakukan
adalah pada langkah ketiga seperti berikiut :-
1)
Guru membahagikan murid
kepada 2 kumpulan, satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan perempuan.
2)
Guru menunjukkan cara
permainan lubuk maut iaitu bermain baling telur. Guru menyediakan telur mainan
dan tempat letak telur. Murid hendaklah sasarkan balingan telur itu ke dalam
tempat letak telur yang telah dihitamkan.
3)
Sekiranya murid dapat
membaling tepat pada sasaran, murid dikehendaki mengambil satu kad kalimah
kemudian membaca kalimah tersebut dan memasukkan ke dalam tempat letak kalimah
mengikut susunan kalimah supaya menjadi ayat yang betul.
4)
Murid yang tidak dapat sasarkan balingan
dengan tepat, guru mengenakan denda membaca kalimah yang diberikan tanpa dapat
memasukkannya ke dalam tempat kalimah. Dan murid ini dikehendaki duduk tepi.
TELUR
PELAJAR BERSEDIA UNTUK BERMAIN
BALINGAN TELUR PADA TEMPATNYA
TEPAT PADA SASARAN
MURID MELENGKAPKAN
AYAT
No comments:
Post a Comment