Friday, April 18, 2014

Inovasi PdP - Burung Terbang

INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PERMAINAN BURUNG TERBANG TINGGI



Saya telah menggunakan strategi didik hibur permainan ‘Burung Terbang’ sebagai inovasi pengajaran dan pembelajaran. Saya dapat melihat murid merasa sangat seronok dengan aktiviti yang saya jalankan. Ia bukan sahaja dapat membantu pelajar menguasai pembelajaran, malah mereka juga terhibur dengan permainan yang telah disediakan.

Permainan burung terbang ini telah saya jalankan pada aktiviti yang ketiga, Cara permainan burung terbang ini adalah seperti berikut :-

1)    Guru menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Guru meletakkan kad ayat pada pokok, pada tigkap dan di atas meja. Kad kalimah ini dianggapkan seperti makanan burung. Guru menunjukkan cara bermain.

2)    Murid dikehendaki bangun dan bersedia untuk melakukan aktiviti ini, seorang demi seorang murid dilepaskan untuk terbang seperti burung dan mengambil kalimah yang terdapat pada stesen2 tertentu iaitu di dahan pokok, di tingkap dan di atas meja.


3)    Murid dikehendaki mengambil kalimah tersebut menggunakan mulut dan terbang semula sambil menyebut kalimah yang telah diambil ke papan putih dan menampal kalimah tersebut pada gambar yang berkaitan yang telah disediakan.

4)    Murid membaca kalimah tersebut dengan kuat, dan murid lain mengikut bacaan tersebut.


5)    Aktiviti diteruskan berulang-ulang sehingga semua kad kalimah itu habis dimakan.


MURID BERSEDIA UNTUK TERBANG


BURUNG MENGAMBIL MAKANAN DI DAHAN



MENAMPAL KALIMAH PADA GAMBAR

No comments: